Episod 22

18 4 0
                                    

Doktor yang tadi kembali semula kepada Ikram, “bertabah ya, doakan semoga arwah ditempat di kalangan orang - orang yang beriman.” sambil mengusap bahu Ikram.

“Ikram ini result kematian ibu kamu, ibu kamu meninggal dunia akibat heart attack.”

Apabila Ikram mendengarnya,Ikram menjerit “ni semua salah aku!…kalau aku tak buat ibu aku nangis tadi, mungkin sekarang ibu masih hidup…aku memang anak tak guna.” Ikram menghentak kepalanya didinding.

Doktor itu cuba menghentikan Ikram.. “Ikram bawa mengucap..beristighfar, ini semua qadar dan qada...kita kena terima takdir itu.”

“Okey saya dah call pihak masjid, nanti diaorang akan bawa jenazah ini untuk dimandikan…siap sedia nanti.”

Sesampainya van jenazah di hospital itu, pihak masjid mengangkat jenazah ibu Ikram untuk dimandikan di masjid.Ikram turut ikut bersama.

Sesampainya jenazah ibu Ikram di masjid, pihak perempuan membawa jenazah itu untuk dimandikan.Ikram masih menangis teresak - resak.

Selesai memandikan jenazah, ibu Ikram dikafankan, Ikram dan semua yang berada di masjid mula membaca surah Yassin.Selepas membaca surah yassin, mereka mula bersiap sedia hendak mendirikan solat jenazah…Ikram berjalan ke arah Imam masjid yang berada dihadapan jenazah ibunya.. “Tok Imam, izinkan saya menjadi imam untuk solat jenazah ibu saya.” Imam disitu tersenyum melihat Ikram dan memberi tempatnya.
Ikram menjadi imam untuk solat jenazah ibunya.Air mata Ikram mengalir ketika solat.Dia menahan air matanya daripada mengalir.Alhamdulillah selesainya solat jenazah, Imam masjid memanggil Ikram untuk cium wajah ibunya untuk kali terakhir.

Ikram pejam mata untuk menahan air matanya, perlahan - lahan Ikram mendekati ibunya…Ikram menyentuh wajah ibunya. “Ibu..ibu jaga diri elok - elok kat sana ya…along sayang ibu", air mata Ikram mula mengalir lagi membasahi pipi ikram..."Ibu jangan risau..along akan sentiasa doakan ibu kat sana nanti. Along sayang sangat kat ibu.”

Ikram mencium dahi ibunya..Ikram menangis…Ikram mengelap wajah ibunya yang dibasahi air matanya tadi.Selepas itu, mereka menutup wajah ibunya. Ikram sekali lagi menutup matanya, dia tidak percaya seakan - akan benda ini benar - benar terjadi kepadanya.

Mereka mengangkat jenazah ibunya untuk dibawa ke tanah perkuburan,Ikram turut mengangkatnya.Sesampainya mereka di tanah perkuburan itu. Mereka menurunkan keranda itu ke bawah dan mengeluarkan jenazah ibunya. Lalu mereka meletakkan jenazah ibunya ke dalam liang lahat. Mereka mula menutup tanah itu dengan menggunakan cangkul.

Ikram tidak tahan melihatnya..Ikram mengundurkan diri kerana tidak sanggup melihat ibunya ditanam. Selesai semua itu, mereka mula menyiram air dan tabur bunga di kubur ibu Ikram.Selepas itu mereka mengucapkan salam takziah kepada Ikram. Ikram langsung tidak beranjak dari tempat duduknya, dia duduk di tepi kubur ibunya itu sampai tertidur.

MENCINTAIMU DALAM DIAMWhere stories live. Discover now