“Haa Ain ini kelas baru kamu.” Ain melihat kelas barunya itu cantik sekali..dipenuhi dengan perhiasan - perhiasan flora. Meja tersusun
Rapi. Ain melihat pelajar di dalam kelas itu menyambut kedatangan dia dengan penuh senyuman.
Pelajar…memperkenalkan kawan baru kamu semua iaitu Ain. Mereka mula menyapa Ain…sambut kedatangan Ain dengan meriahnya.Selepas itu, terdengar suara lelaki di pintu kelas, “Assalammualaikum..”Ain memandang ke arah suara itu...Ain terkejut kerana pemilik suara itu adalah Addy. “Eh Addy…”kata Ain dengan terkejut.
“Ain…kau pindah sekolah ni ke?” tanya Addy kepada Ain kerana terkejut juga dan tidak menyangka bahawa Ain satu kelas dengan dirinya.
“Haah..uishh aku tak sangka kau sekolah kat sini juga,wah - wah kau pengawas sekolah ya…banyak yang aku tak tahu pasal kau ni Addy…mistik”..sambil merenung tajam ke Addy.
“Hahahahahaha..aduh kau ni …tergelak aku.” Addy tidak berhenti senyum kerana ketawa dengan gelagat si Ain ni.
Dalam - dalam Ain dan Addy sedap berborak, cikgu dan rakan kelas yang lain memerhatikan dua orang itu bersembang. Cikgu dan rakan kelas yang lain mengejek.. “uwuu..korang tengah bercinta ke tu..kita orang dari tadi perhatikan korang je..kitaorang dah macam patung tngok jee.”
“Maafkan saya cikgu..saya terlupa cikgu dan yang lain - lain ada kat sini..terbawa suasana tadi.. eheks..”kata Addy untuk cover suasana awkward tadi.
“Ya - ya cikgu..saya pun sama tak perasan tadi..sowwy hehehehe”.kata Ain untuk back-up Addy..
.
Situasi Ikram
.
.
Ikram terjaga dari tidurnya di waktu subuh ketika azan berkumandang.Ikram tersedar bahawa dia tertidur di tepi kubur arwah ibunya. “Ya Allah..baru sehari ibu pergi,aku dah mula rindu.”Ikram bangun lalu berkata… “Ibu nanti Along lawat ibu ya..Along pergi dulu Assalammualaikum.”Ikram pergi ke masjid untuk menunaikan solat subuh berjemaah. Selesai solat, Ikram langsung pulang ke rumah. Sesampainya dirumah, Ikram memasuki rumah itu.. “Assalammualaikum”..Ikram terasa kosong dan melihat sekeliling.
Ikram mahu menangis tapi dia menahan air mata nya daripada jatuh… “aku tak boleh nangis,aku kena reda..aku kena kuat semangat untuk teruskan hidup.”Ikram mengusap air mata dan mengetap giginya untuk menahan air matanya mengalir keluar.
Selepas beberapa jam Ikram di rumah itu, Ikram berasa lapar… “Ibu..Along..”Ikram terdiam..Ikram terlupa bahawa ibunya sudah tiada. “Allah…rindunya aku ke arwah ibu,masih tak dapat lupa.” Ikram membaca surah al-fatihah untuk sedekahkan ke arwah ibunya sebagai tanda rindu.
Petang itu dalam pukul 6, seorang lelaki berpakaian kemeja datang ke rumah Ikram. Dia mengetuk pintu dan memberi salam. Ikram terdengar bunyi ketukan di pintu dan menjawab salam.. “waalaikumussalam, sekejap.”
Ikram membuka pintu dan melihat seorang lelaki berpakaian kemeja. “Encik ni siapa ya?”.
YOU ARE READING
MENCINTAIMU DALAM DIAM
KurzgeschichtenKisah ini menceritakan seorang lelaki yang bernama Ikram yang menaruh perasaan kepada seorang perempuan yang bernama Ain sejak dari zaman sekolah.Namun mereka terpisah selama setahun dan bertemu kembali di Universiti.Mampukah Ikram meluahkan isi hat...