"Good morning, mommy!" Pipi Datin Farhana dicium sekilas.
"Hey, good morning." Datin Farhana mula mengambil tempat di sebelah anaknya.
Firash yang tengah menjamah roti dipandang dengan senyuman paling manis.
"Mommy kenapa?" Firash menyoal. Dahi berkerut seribu.
"Tak ada pape," Datin Farhana menggeleng perlahan. Firash mengecilkan mata, tak percaya dengan kata-kata mommy nya.
"Tipu, mommy nak tanya apa or nak cakap apa? Abang tahu mesti ada benda yang dia nak cakap." Firash memasukkan roti seterusnya ke dalam mulut.
"Ouh abang tahu. Bagus lah tu. Semalam," Datin Farhana membetulkan kedudukan nya. Firash menjongketkan kening sebelah. "Abang borak apa dengan Ara?" Soalan Datin Farhana dibalas dengan keluhan.
Fikir kan pasal semalam memang sakit hati dia.
"Nothing to shared," balas Firash malas.
"Alah, abang. Share lah dengan mommy." Lengan Firash digoncang-goncangkan.
"Mommy tak ada benda yang menarik selain berapi," balas Firash. Datin Farhana mengerutkan dahi.
"What do you mean?" Firash memandang mommy nya.
"Abang naik atas dulu lah. Thanks kak fie for the breakfast. Sedap!" Sempat dia mengucapkan terima kasih dekat kak fie sebelum berlalu pergi.
"Abang!" Panggilan dari mommy nya pun dibiarkan.
******
"Wow!" Itu sahaja perkataan yang boleh dikeluarkan dari mulut Ara. Ye dia terpesona melihat tempat kerja dia sekarang ni.
"Hai!" Ara menolehkan muka ke arah gerangan yang menegur dia.
"Yes?" Tanya Ara terpinga-pinga.
"Hayfa Naura, right?" Tanya dia. Ara mengangguk.
"Ouh, hai! Nice to meet you. Kita sama course ke?" Ara mengerutkan dahi.
"Aku bahagian neuro." Balas Ara. Dia tergelak. Lagi bertambah kerutan di dahi Ara.
"Same with me. Boleh join kau?" Tanya dia. Ara tersengih janggal. Perlahan-lahan kepala diangguk kan.
"Nama aku Irfan, Irfan Danish!" Ara hanya tersenyum sambil mengangguk. Kami mula berjalan beriringan ke tempat perjumpaan.
Tak pernah-pernah ada lelaki nak tegur dia. Lagi kan nak dijadikan sebagai kawan. Memang tak ada.
Ara tak suka bergaul. Kawan perempuan pun dia tak ada.
Skip.
"Okay perhatian kepada semua para doktor baharu. Saya Professor Doktor Izuddin. Saya bertugas untuk mengendalikan semua doktor-doktor baharu di sini. Saya rasa anda semua sedia maklum dengan perkara itu sebelum menjejakkan kaki di sini."
Ara mengangguk. Memang semua sudah dimaklumkan tentang itu.
"So, tanpa membuang masa awak semua. Mulai dari seminggu, anda semua boleh berkhidmat sebagai doktor di sini dengan pantauan dari ketua department masing-masing. Selepas seminggu berada di sini, anda akan dihantar untuk menghadiri satu kem latihan kecergasan fizikal. Kem ini sendiri ditaja oleh pengarah hospital kita."
YOU ARE READING
HEART
RomanceApa jadi kalau kita kahwin dengan orang yang kita tak suka? Dua hati bersatu tanpa kerelaan. Muhammad Firash dan Nur Hayfa Naura. #silalahbaca #sambungandarimrsharraz #enjoy