"Lepas ni, kau tahu kau kena buat apa?" Tanya Firash.
Ara mengangguk lagi.
"Toilet perempuan je kan?" Soal Ara balik. Firash menggeleng.
"Dua-dua!" Ara terus membulatkan mata. Matilanak. Dia menghembuskan nafas perlahan. Nak tak nak dia perlu hadap.
"Apa-apa makan dulu, nanti sakit lain pulak muncul!" Firash melepaskan tangan Ara. "Aku gerak dulu," belum sempat Firash nak keluar Ara menarik lengan Firash.
"Terima kasih selamatkan aku!" Mata Ara tak lepas memandang muka Firash.
"Hm," selepas itu Firash terus beredar.
"Hm jek? Serupa aku tak payah cakap terima kasih!" Ara mencebik. Rasa macam nak marah pun ada. Dasar suami!
Skip.
"Pergi balik bilik lah, Maya!" Tegas Ara. Naik rimas dia tengok si Maya tak habis-habis menghalang perlakuan dia.
"Maya tengah jaga Ara ni, kalau pengsan lagi Maya terus berlari dapatkan Tuan Firash!" Ara menggulingkan biji mata dia ke atas.
"Aku okey, sihat dah ni tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan." Kata Ada. Sabun yang diletakkan di atas simen bilik air tadi diberus.
"Tapi Maya tetap nak dengan Ara!" Ara menghembus nafas malas. Degil!
"Suka hati kau! Kena marah nanti kau, bukan aku." Akhirnya Ara membiarkan sahaja Maya menemani dia mencuci bilik air. Cakap banyak tak ada guna! Buang air liur sahaja.
"Ara nak tahu, Tuan Firash punya tangan menggeletar teruk waktu dia tangkap badan Ara," gosokan dilantai diberhentikan. Mata memandang Maya meminta penjelasan.
"Betul Maya tak tipu, dia takut gila masa Ara lepaskan tali! Kat situ Maya dah boleh tahu betapa sayangnya Tuan Firash dekat Ara."
Ara berfikir seketika. Nak percaya tapi dia tahu Firash betul-betul ambil berat pasal dia. Masa dia sedar tadi pun Firash duduk termenung di sejadah lama. Kalau dia tidak memanggil nama Firash mungkin dia akan terus duduk termenung di situ.
"Maya tak rasa pun korang ni kahwin sebab family, tapi sebab masing-masing saling mencintai! Oh my god so sweet," sambung Maya lagi.
Kalau betul apa yang Maya cakap, KAU permudahkan lah segalanya Ya Allah.
Skip.
"You ada apa-apa ke dengan Tuan Firash?" Tiba-tiba sahaja Delisha nak bercakap dengan dia hari ni. Ara memandang Delisha agak pelik. Beg yang sudah siap, di zipkan.
Hari ini hari terakhir mereka di sini.
"Kenapa kau tanya?" Soalan di balas dengan soalan. Tangan pulak lincah mengemas alas katil yang sedikit berkedut.
"I just tanya, dia nampak caring dengan you!" Balas Delisha. Ara mengukirkan senyuman kecil.
"Kalau ada kenapa. Ada masalah?" Soal Ara dengan kening sebelah terjongket. Kini badan dia menghadap betul-betul di depan Delisha.
"Contoh?" Ara mengerutkan dahi.
"Kalau aku cakap aku bini dia, kau percaya?" Delisha terus membulatkan mata.
"You tipu!" Ara tersenyum. Dah agak.
"Baik tak payah tanya, aku tak rasa aku pernah tipu kau selama ni. So depend on you nak percaya ke tidak." Tudung dibetulkan sedikit. Ara terus melangkah keluar bilik.
"Tak mungkin!" Itu perkataan terakhir yang Ara dengar sebelum dia bergerak keluar.
Ara membuat keputusan untuk merantau seluruh tempat di sekitar kem sebelum mereka bergerak pulang hari ini. Alang-alang dia ingin mencari line sekali.
Semasa syok berjalan, Ara tiba-tiba berhenti betul-betul di depan kawasan hutan.
"Hutan jugak yang ada line laju. Patutnya dia buat bangunan kem kat sini. Tak payah gigih aku nak mencari." Ara membebel sorang-sorang. Notification yang banyak masuk dipandang satu persatu.
15 missed call from mama!
Ara menjuihkan bibir. Ni mesti kes dia pengsan tu. Tapi Firash dah maklumkan sepenuhnya dengan keluarga Ara dan dalam masa yang sama Firash dapat tahu Ara takut tinggi.
Ara menarik nafas panjang. Kepala dia memandang tepat ke arah hutan tersebut. Selangkah demi selangkah dia mendekati satu pagar yang memisahkan hutan tersebut dengan kem.
Baru sahaja setapak lagi dia ingin melangkah memegang pagar tersebut tangan dia terus ditarik dengan pantas oleh seseorang membuatkan Ara terkejut.
"What are you doing, wife?"
Ara tersengih memandang muka ketat Firash yang memerhati dia.
"Ada kucing dalam tu," Ara menunjuk ke arah satu pokok di dalam hutan.
Tiba-tiba Firash menjentik kuat kepala Ara membuatkan Ara mengadu kesakitan.
"Kau tak nampak board besar yang dah tulis depan mata kau tu!" Ara menoleh.
'DILARANG MASUK!'
Ara mengetap bibir. "Tapi dalam tu ada kucing aku cuba nak panggil dia ke sini," kata Ara sambil mencebik.
Firash menggeleng kan kepala.
"Kau pernah dengar kucing hutan tak?" Soal Firash. Ara mengerutkan dahi. Dia menggeleng kan kepala laju.
Firash mengangguk. Banyak benda Ara tak tahu. Ni dia belum bawak masuk hutan suruh berkhemah kat sana lagi. Mesti macam-macam bini dia tak tahu.
"Dia kalau gigit kau, tak silap boleh putus tangan kau. Kalau nak rasa pergi lah panggil lagi kucing yang kau tunjuk tu." Ara terus membulatkan mata. Kepala dia menoleh ke arah tempat yang tadi kucing itu berada.
Kucing itu memandang Ara tak lepas. Ara terus memeluk tangan Firash.
"Kenapa aku tak pernah tahu tentang kewujudan kucing hutan!" Kata Ara.
"Sebab kau noob!" Balas Firash selamba.
Ara membuat muka tak puas hati."Kau kan, kalau tak kucing hutan tu gigit kau biar aku yang gigit kau!" Kata Ara geram. Firash pura-pura membuat muka terkejut.
"Really, kalau kau yang gigit lagi aku suka!" Ara terkejut mendengar apa yang dikatakan Firash.
"Gila!"
To be continued.
Jangan lupa vote and comment!
YOU ARE READING
HEART
RomanceApa jadi kalau kita kahwin dengan orang yang kita tak suka? Dua hati bersatu tanpa kerelaan. Muhammad Firash dan Nur Hayfa Naura. #silalahbaca #sambungandarimrsharraz #enjoy