HEART - 4

986 57 1
                                    

Ara membuat muka terpaksa senyum kepada tetamu-tetamu yang hadir di majlis pernikahannya. Hanya keluarga dan teman rapat sahaja yang dijemput hadir. Seakan tidak percaya, lelaki yang berdiri di sebelahnya sekarang sudah menjadi suaminya. Apabila tiada tetamu yang menghampiri mereka Ara terus mematikan senyuman.

"Senyum lah sikit," teguran Puan Hazura dibalas dengan anggukan. Senyuman tidak rela! Secepat ini dia bernikah. Macam tidak percaya.

"Yelah mama, Ara senyum ni." Sengaja Ara mempamer senyuman panjang bagi mamanya puas.

"Pegang lah lengan suami tu," Ara menarik nafas panjang sebelum tangan dia mula dilingkarkan di lengan Firash.

"Mama happy?" Puan Hazura terus mengangguk. Selepas sahaja Puan Hazura beredar, cepat-cepat Ara menarik semula tangan dia.

Firash memandang Ara. Jelas sekali raut muka dia tidak suka. Firash terus memegang tangan Ara. Ara membeliakkan mata.

"Kau buat apa ni?" Dia cuba melepaskan tangan dia yang dipegang Firash.

"Sekejap jek, Naura. Tetamu masih ramai, diaorang pelik tahu tak tengok kita macam bukan pengantin baru." Bisikkan Firash membuatkan Ara terdiam. Ara tersenyum kelat.

"Okey," perlahan sahaja suara dia.

Setelah semuanya sudah beransur pulang ke rumah, Ara cepat-cepat menapak ke tangga. Badan dia sudah tidak selesa dengan pakaian pengantin.

Majlis pernikahan diadakan di rumah dia.

Puan Hazura yang jadi memerhati hanya dapat menggeleng kan kepala. Bukan nak ajak si suami ni naik ke bilik sama-sama.

"Mama minta maaf ea Firash, Ara memang macam tu." Firash menggeleng kan kepala sambil tersenyum.

"Firash okey lah mama," Puan Hazura mengangguk. Dia senang dengan perangai Firash. Tak banyak karenah. Layan kan saje.

"Firash kalau si Ara tu mengada, marah jek." Kata Puan Hazura membuatkan Firash tergelak.

"Firash nak ambil baju dekat kereta kejap," Firash meminta diri untuk ke kereta. Puan Hazura mengangguk.

Di dalam bilik, Ara terus membaringkan badan di atas katil setelah siap mandi. Lega sikit badan. Dia mengerling ke muka pintu. Ara bangun untuk duduk.

Tuala yang masih tersangkut di kepala dibiarkan. Dahi dia dikerutkan.

"Mamat ni memang tak nak masuk bilik ke?" Soal Ara sendiri. Ara mengeluh sebentar sebelum bangun menuju ke pintu.

Baru sahaja dia ingin membuka pintu, pintu tersebut sudah ditolak. Ara membuat muka terkejut. Dada dia diusap. Nasib baik tak terkena kepala dia.

Dia memandang Firash atas bawah. Dah siap mandi?

"Kau mandi dekat mana?" Soal Ara.

"Bilik tetamu," dia terus melangkah masuk. Ara mencebik sambil menutup pintu biliknya.

"Mama tak marah ke?" Soal Ara.

"Mama tak tahu," balas Firash. Dia meletakkan beg yang dibawa nya tadi di sisi katil.

Ara memandang sahaja tingkah laku Firash. Dia sendiri jadi tak tahu nak buat apa. Ini kali pertama dia sebilik dengan lelaki.

"Dah ambil wuduk?" Tiba-tiba Firash menyoal. Ara terus memandang Firash.

"Belum," Ara menggeleng kan kepala.

"Pergi ambil wuduk, kita solat sama-sama." Firash terus menuju ke meja solek Ara. Rambutnya yang sedikit basah disikat bagi rapi.

HEARTWhere stories live. Discover now