HEART - 11

1.2K 48 6
                                    

"Tuan Firash nak masuk ke?" Firash memalingkan badan ke arah si penyoal. Dia menggeleng kan kepala.

"Jangan macam tu, tuan nak masuk, masuk sajalah. Mesti nanti Ara cari laki dia dulu." Balas Maya selamba. Firash agak terkejut.

"Kau tahu?" Soal Firash. Maya menangguk seakan mengerti dengan apa yang dimaksud kan oleh Firash. 

"Ara bagitahu, hehe! Masuk saja tuan. Dari tadi dok berdiri kat luar. Kesian pulak saya tengok. Tuan jaga dia sampai dia sedar. Saya balik bilik dulu," Maya terus meminta diri untuk  beredar.

Firash terus masuk ke dalam bilik rawatan tersebut. Muka pucat Ara dipandang. Dia mengeluh. Firash sedar kesilapan dia. Banyak kali sudah Ara bagi hint yang dia takut tinggi. Tetapi Firash buat tak endah. Sekarang diri sendiri menyesal.

"Nak air," suara serak Ara kedengaran. Firash terus menghampiri Ara. Air suam yang memang tersedia dituang ke dalam gelas kosong. Kemudian Firash membantu Ara bangun.

Gelas tadi dihulur kepada Ara. Ara terus meneguk perlahan.

"Dah?" Soal Firash selepas Ara kembali menghulur gelas tersebut. Ara mengangguk. Gelas diletakkan semula di atas meja.

Firash melabuh di sebelah Ara. Tudung yang senget dibetulkan.

"Kenapa kau tak cakap kau takut tinggi?" Firash menyoal.

"Aku tak nak gagal!" Balas Ara. Firash mengeluh. Silap dia!

Badan Ara dipeluk perlahan. Dagu diletakkan di atas bahu Ara.

"Kau tahu, nyawa aku separuh hilang bila kau lepaskan tali tadi. You should tell me Naura yang kau ada achrophobia! Kalau mama tak cakap tadi sampai bila pun aku tak tahu," Firash memejamkan mata sambil mengeratkan lagi pelukan.

Jantung dia laju tengok Ara jatuh. Nasib sempat dia sambut.

"Sayang jugak kau kat aku," Firash melepaskan pelukan. Muka Ara dipandang tajam.

"Aku bunuh kau satgi Ara. Nak meletup jantung aku tadi. Kau boleh suka-suka pulak. Tembak kang," Ara ketawa. Tangan Firash dipegang.

"Terima kasih suami busuk saya sebab selamatkan saya. Apa-apa lepas ni saya akan bagitahu semua pasal saya, okey?" Firash tak mampu nak tahan senyum. Bagi dia Ara depan dia sekarang ni terlalu comel.

Macam nak gigit pun ada.

"Busuk-busuk pun orang ni jugak yang dia cari waktu nak tidur,"

"Eleh, tak puas hati nampak! Jom bertumbuk," Firash menunjal dahi Ara perlahan.

"Sudah lah! Kau nak makan apa? Kita makan dulu, lepas tu kita solat zohor sama-sama." Ara mengangguk laju. Dia pun sudah lapar!

Skip.

"Kenapa tuan Firash ada dengan Ara?" Soalan daripada Delisha dibuat tak endah. Buat apa dia nak tahu, suka-suki diorang lah nak buat apa pun.

Maya terus memasukkan baju Ara ke dalam beg kecil. Ni arahan daripada Firash. Katanya Ara tidur bilik dia.

Entah lah! Yang penting Maya suka tengok mereka berdua.

Nampak matching gituw!

"Wey, I tanya ni?" Maya memejamkan mata sambil menarik nafas.

"Del, is not your business! Suka hatilah tuan Firash nak buat apa dengan Ara. Kenapa sibuk sangat ni?" Maya berkata malas. Daripada tadi dia sibukkan pasal si tuan Firash.

"I tak suka!" Maya tersenyum sinis.

'Tak suka'

Dia ingat dia siapa?

HEARTWhere stories live. Discover now