HEART - 5

911 53 0
                                    

"Boleh berhenti menangis? Tisu aku dah nak habis kau kerjakan." Sekali sekala mata Firash memandang Ara di tempat duduk penumpang.

Kuat bunyi Ara menghembus hingus membuatkan Firash menggeleng kan kepala.

"Kau tak faham perasaan aku, ahaaaa!" Lagi kuat dia menangis. "Tsk, Tsk, jauh dengan papa mama." Tisu diambil lagi.

Selepas tiga hari menetap di rumah mentuanya, Firash mengajak Ara menetap di rumahnya selama dua hari pulak. Sekarang mereka menuju ke rumah baharu.

Puas jugak mak mentuanya dengan mommy memujuk Ara. Perangai Ara seperti budak-budak.

"Bukan aku tak faham. Kau dah kahwin Naura. Papa dah bagi amanah dekat aku untuk jaga kau. Aku bertanggungjawab sepenuhnya untuk kau. Lagipun bukan aku kurung kau, aku bagi kebebasan untuk balik rumah mama." Suara Firash perlahan.

Ara tiba-tiba berhenti menangis.

"Serius?" Soal Ara. Firash memandang dia seketika. Dengan pipi dan hidung merah kerana menangis. Firash mengangguk.

"Dengan satu syarat!"

"Hah tengok! Ni yang aku tak suka ni," dia terus memberontak dan kembali untuk menangis. Firash mengeluh panjang.

"Sabar, aku belum habis cakap lagi!"

"Aku tak suka lah bersyarat-syarat ni. Tak suka! Menyusahkan," Firash memberhentikan kereta apabila lampu isyarat bertukar merah. Dia memusingkan badan dia sedikit menghadap Ara.

"Satu syarat je, Naura. Minta izin aku sebelum nak pergi! Itu susah ke?" Ara terus menggigit bibir. Dalam hati dia sudah mengutuk dirinya kerana tak mendengar terlebih dahulu.

Tiba-tiba emo semacam.

Ara memandang Firash. Dia menjuihkan bibir.

"Okey yang tu aku terima," balas Ara sedikit gugup. Firash tak lepas memandang dia.

"Dah hijau," sambung Ara apabila Firash masih tidak perasan lampu isyarat sudah menunjukkan hijau. Firash terus menukar gear.

"Bukan setakat tu, mana-mana kau pergi tolong inform aku dulu sebelum pergi. Kalau jadi apa-apa aku tahu kau kat mana!" Ara mengangguk faham.

Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.

"Kau kan askar, kalau kau tak ada siapa nak tolong aku kalau jadi apa-apa?" Soal Ara.

"Sebelum aku pergi mana-mana aku bagitahu kau. Kau jangan risau," ara mengangguk lagi.

Dia perasan yang Firash sudah membelok masuk ke kawasan perumahan. Ara sedikit terkejut melihat kawasan perumahan di situ.

Besar-besar. Masuk pun pakai guard.

Firash menghulurkan sebuah kad putih kepada Ara. Ara memandang huluran kad itu kemudian dia capai. Dibelek-belek kad itu sementara Firash berbual dengan pak guard di situ.

"Terima kasih!" Firash mengangkat tangan kepada guard itu. Palang di hadapan mula ternaik dan Firash terus membawa masuk kereta ke dalam.

Ara sempat ternganga melihat kawasan perumahan. Tadi tengok dari luar memang dah gempak. Bila dah masuk lagi gempak.

"Kad ni guna masa nak keluar masuk sini," Firash bersuara. Ara mengangguk. Dia masih terpesona melihat rumah-rumah di sini. Mata dia tak lepas memandang luar tingkap.

"Boleh aku tahu berapa kau beli rumah kita?" Soalan Ara dibalas dengan kening terjongket.

"Rumah kita?" Soalan dibalas dengan soalan. Ara mengetap bibir. Dia menyilangkan tangan di dada.

"Yelah rumah kau!" Balas Ara kasar. Firash tersenyum kecil melihat perangai Ara.

Bila dah sampai di hadapan rumah mereka, Firash terus memarkirkan kereta.

Dia menoleh ke arah Ara. Mulut Ara sedikit terbuka membuatkan Firash memetik jari di hadapan dia.

"Dah sampai!" Kata Firash.

"Rumah kau?" Soalan Ara dibalas dengan gelakan.

"Rumah kita Naura." Tali pinggang Ara dibuka. Firash terus keluar dari kereta.

Ara turut keluar. Terpusing-pusing badan dia melihat suasana kawasan luar.

"Ni belum tengok yang dalam lagi ni!" Kata Ara. Dia tersenyum.

Tangan Firash terus ditarik membuatkan Firash mengundur ke belakang.

"Thank you," kata Ara.

Skip.

"Naura kau memang tak reti masak ke?" Soalan daripada Firash membuatkan Ara terdiam. Dia memandang Firash.

"Kenapa?" Soal Ara.

"Aku lapar!" Ara menelan air liur perit.

"Firash, aku minta maaf sangat-sangat. Macam yang kau tahu aku tak bersedia apa-apa pun sebelum kita nikah. Aku jujur dengan kau, maybe ini yang terbaik. Aku memang tak pandai masak." Terang Ara.

Firash mengangguk faham. Dia mendekati Ara sebelum rambut Ara diserabutkan.

"Good job!" Ara tercengang. Dia membetulkan rambut dia yang disebutkan oleh Firash tadi.

"Hah! Kau gila ke weh, aku cakap aku tak pandai masak. Mana datangnya good job. Aduh," Ara menepuk dahi dia.

"At least kau jujur, Ra. Itu yang penting." Ara menggigit bibir dia. Dia termati kata. Firash terus mencapai telefon dia.

"Aku order food panda jelah," Ara terus mengangguk. Senang dengan perangai Firash. Memahami.

"Tapi kau kena ingat, belajar sikit-sikit. Takkan nak terus makan kedai, betul tak?" Ara tersenyum kecil. .

"Promise," kata Ara. Dia sambung melihat kdrama di tv. Firash yang sudah bergerak ke dapur itu dipandang sekilas.

-Done!-

Mesej di hantar ke Ina.

-Bagus! Ingat, jangan berkasar, perempuan jenis macam bini kau kena dilayan lembut. Anak mak ni susah sikit. Okey? Goodluck Firash. Aku doakan kau yang terbaik🤍.- ina💫

Firash tersenyum memandang mesej yang baru dihantar Ina.




To be continued....

HEARTWhere stories live. Discover now