HEART - 10

880 48 11
                                    

Malam ini, Ara sudah lebih berani untuk pergi ke bilik Firash. Senyuman manis terukir sepanjang perjalanan menuju ke bilik Firash.

Sampai di hadapan bilik Firash, baru sahaja Ara ingin mengangkat tangan untuk mengetuk pintu, pintu tiba-tiba terbuka.

"Naura?" Firash memandang Ara pelik.

"Kau nak pergi mana?" Tanya Ara.

"Aku nak main futsal," balas Firash. Kasut yang dipegang itu dipandang.

"Kan dah lewat," kata Ara.

"Memang dah lewat, tapi itu engkau punya masa. Ini aku punya masa, tepi sikit!" Firash mula duduk menyarung stokin di kaki. Ara mencebik.

"Tapi aku tak boleh tidur," kata Ara perlahan. Betul-betul perlahan tapi Firash masih dapat mendengar.

Firash mengangkat muka memerhatikan wajah si isteri. Dia tersenyum melihat wajah cemberut Ara. Firash mula bangun.

"Meh," tangan Ara ditarik masuk ke dalam bilik. Ara hanya menurut. Seperti biasa tudung Ara dicabut dan diletakkan di tempat penyangkut.

Badan Ara dibaringkan. Firash duduk bersandar di kepala katil. Rambut Ara yang diikat dilepaskan. Kemudian dielus lembut rambut itu. Kepala Ara disandarkan ke dada dia.

"Kau kata nak pergi futsal," Ara mula bermain jari di atas dada Firash. Dia suka dimanjakan sebegitu.

"Lepas kau tidur aku cabutlah," Ara tersenyum. Ara menyelesakan lagi kepala nya di atas dada Firash.

Sejak akhir-akhir ini dia terlalu manja.

"Firash,"

"Hmm," Ara mendongak sedikit kepalanya memandang wajah bersih si encik suami.

"Balik dari kem nanti boleh tak aku nak tidur sebilik dengan kau?" Soalan Ara dibalas dengan senyuman. Mungkin kalau orang lain sudah berasa malu, tapi bukan si Ara. Apa yang dia nak cakap, dia akan cakap.

"Apa punya soalan lah kau ni, mestilah boleh." kepala Ara di usap perlahan. Ara mengukir senyuman paling manis. Bahagianya.

"Aku suka bau kau!" Disedut-sedut haruman di baju Firash sambil mata dipejamkan.

Tidak lama kemudian, satu dengkuran halus kedengaran. Firash terus tersenyum.

She's sleep!

Baru dia ingin mengangkat kepala si Ara yang berada di dada dia, Ara sudah merengek tidak mahu lepas. Firash agak terkedu. Lagi sekali dia cuba untuk mengangkat, tapi sama! Ara tak bagi.

Makin dipeluk erat!

Firash kembali bersandar di kepala katil. Ubun-ubun rambut Ara dikucup penuh lembut dan berhati-hati.

Firash terus mencapai telefon dia yang berada di meja lampu.

Nama di log panggilan ditekan.

"Aqil, aku tak jadi pergilah! Ada hal,"

"Ada hal mak kau, bini kau datang bilik kau kan!"

Firash tersenyum.

"Dia nak bermanja dengan aku, kau single apa tahu!"

"Kau memang kawan paling hanat, pergilah sana kau! Nak perli-perli aku pulak."

"Ouh dulu bukan main kau menganjing aku, sekarang aku balas balik tahu marah!"

Suara Firash diperlahankan apabila badan  Ara bergerak-gerak seakan terganggu dengan perbualan mereka.

"Dahlah, kita putus!"

HEARTWhere stories live. Discover now