1

580 102 32
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Aku merayu, izinkan aku menghalang Haruto!"

"Lepaskan tanganmu yang menjijikkan ini dari ku."

Ucap wanita itu seraya menepis gengaman Yoshi dari pergelangan. Yoshi tidak mengalah, dia membongkokkan badannya lalu memegang kaki wanita itu sekuat kuatnya.

"Ah, dasar prevert! Hei, kalian tidak ingin menolongku?"

Soal wanita angkuh itu kepada beberapa orang bodyguard yang di upahnya.

Ketika ini, mereka berdua berada di dalam rumah mewah milik wanita yang bernama Lisa.

Dua orang lelaki dewasa yang mempunyai badan besar mendekati Yoshi lalu menarik badannya kasar supaya menjauhi wanita itu. Yoshi memberontak, dia cuba untuk menendang kaki bodyguard itu tetapi nihil.

Tenaganya tidak cukup kuat dibandingkan dengan dua orang lelaki dewasa ini.

"Aku merayu, biarkan aku bertemu dengan Haruto sekali saja."

Ucap Yoshi dengan nada suara yang serak, masih lagi cuba memberontak meski pun dia tahu yang dia akan kalah.

"Jangan jadi bodoh, kau mengikuti ku ke sini semata mata untuk berjumpanya? Lelaki yang berstatus rendah seperti kau tidak layak untuk berkawan dengan anak ku!"

Kata Lisa dengan nada suara yang sinis lalu memberi isyarat kepada bodyguard itu suapaya membuat Yoshi melutut padanya.

Seakan akan faham, dua orang bodyguard itu menolak kasar badan Yoshi ke atas lantai supaya menunduk pada wanita itu seolah olah Lisa ialah seorang ratu.

"Kau sudah mencemari akal sihat anakku hingga dia berani memberontak padaku."

"A-aku cuma ingin berjumpa dia buat kali terakhir sebelum dia mati malam ni."

PLAK!

Satu tamparan yang kuat hingga di pipi kanan Yoshi membuatkan lelaki itu meringis kesakitan.

"Jaga mulutmu! Kau menyumpah anakku? Berhenti mengatakan yang dia akan mati malam ni."

Ucap Lisa dengan penuh penekanan di setiap bait bait ayatnya. Emosinya sungguh mendadak naik saat anak lelaki yang miskin ini datang ke rumahnya dan mengatakan hal hal yang aneh.

Yoshi tergelak sinis saat ini, lalu mengusap kesan tamparan Lisa sebelum bersuara.  "Kau pasti akan menyesal jika tidak pergi sekarang. Lebih baik kau pergi berjumpa anakmu di kamarnya."

"Dia akan mati malam ni kerana perbuatan mu sendiri. Kau terlalu mengawal hidupnya hingga membuat dia ingin membunuh diri."

Ucap Yoshi dengan iris mata yang penuh amarah.

"Jangan bercakap seolah olah kau mengenalnya, tak guna!"

PLAK!

Sekali lagi tamparan itu mendarat pada pipi kanannya, Yoshi hanya bisa meringis kesakitan.

"Kau tidak percaya? Ingin aku tunjuk bukti?"

Soal Yoshi dengan nada suara yang sinis lalu mengeluarkan talefon dari poket seluarnya. Lisa menatap lelaki itu dengan ragu ragu tetapi dia membiarkan sahaja kerana rasa panasaran.

"Lihat ni..."

Yoshi menghulurkan talefonnya yang mempamerkan mesej dari Hatuto.

Haruto:

Hai, Yoshi hyung. Terima kasih atas segalanya, malam ni aku akan akhiri segalanya di dalam bilikku tepat pada pukul sembilan malam.

Selamat tinggal.

Mata Lisa membesar saat membaca mesej yang dikirim oleh anaknya, dia pantas berlari ke arah bilik anak lelakinya dengan wajah yang cemas. Jam di tangan ditilik, sudah pukul sembilan malam.

BRAK!

Lisa menolak pintu bilik Haruto dengan kasar, matanya disapa dengan pemandangan yang sungguh melemaskan.

Anak lelaki kesayangannya—Haruto, sudah rebah di atas lantai dengan mulut yang berbuih. Sebuah botol berisi pil berselerak bersebelahan mayat Haruto.

Badan Lisa terasa lemas saat ini, dia mendekati anaknya dengan tangisan yang kuat. Lalu mendakap tubuh badan yang mula menyejuk itu.

"Haruto...kamu...tidak mati lagi, kan? Hiks..."

Lisa mengoyang tubuh badan anak lelakinya yang kaku itu dengan nada suara yang serak, air matanya mula membasahi wajah Haruto.

Yoshinori.

Lelaki itu berdiri di depan muka pintu dengan wajah yang datar, semuanya sudah terlambat.

Hatuto sudah tiada.

"Haruto, kembalilah...hiks...hiks...eomma minta maaf. Mulai sekarang eomma...takkan lagi mengawal hidup Haruto...hiks...."

Inilah manusia, bila kita kehilangan seseuatu baru kita sedar kesalahan kita. Tak boleh ke, dari tadi lagi dia turunkan ego dan mendengar ucapan Yoshi.

Lisa menangis sekuat kuat yang mungkin, dia menatap Yoshi yang sedang memandangnya dengan pandangan yang sendu.

"Aku sudah beritahu tapi kau degil. Andainya kau datang awal...mungkin benda ni tidak akan terjadi."

Kata Yoshi dengan nada suara yang lirih.

"Maaf."

Hanya itu yang mampu Lisa ucapkan sekarang. Semuanya sudah terlambat, sekarang ni satu satunya orang yang ingin berteman dengan Yoshi sudah tiada.

Yoahi sendirian, sekali lagi dengan hidupnya yang penuh dengan penyesalan.

Perkataan maaf sudah terlambat kerana tak kiralah apa yang berlaku, mayat Haruto yang kaku itu tidak akan bangkit berdiri dan tersenyum manis seperti biasa lagi.

Bersambung...

Tarikh menulis:
16 May 2021

______
Maaf jika cerita ni teruk

[✓] Seven daysWhere stories live. Discover now