15

306 76 8
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


BANG!

Doyoung hampir saja jatuhkan pisau di tangannya saat bunyi tembakan itu kedengaran dari arah luar bilik, dahinya berkerut seribu.

Junkyu dan Yoshi yang masih lagi bernafas di sana turut tergamam, dari mana bunyi tembakan itu datang? Jihoon pula sudah kehilangan kesedarannya walaupun dia masih lagi bernafas, mungkin pingsan.

"Mana Changbin?"

Soal Doyoung pada Minho, dia sedar dari tadi lagi Changbin menghilang.

Bukankah dia sepatutnya ada di sini untuk melihat Junkyu mati? Mereka berdua begitu rapat sejak kecil. Lelaki yang lebih tua itu menggeleng kepala tidak tahu dengan wajah yang mula panik.

Tanpa membuang masa, mereka berdua berlari ke arah luar untuk menemui Changbin, ada sesuatu tidak kena di sini.

BRAK!

Pintu bilik lelaki itu dibuka kasar, badan Doyoung dan Minho melemas saat mata mereka berdua dijamu dengan Changbin yang terbaring lemah di atas lantai biliknya. Dan yang paling teruk adalah kepala Changbin terdapat kesan peluru pistol.

Netra mata Minho jatuh pada pistol yang berada di dalam gengaman tangan kanan Changbin. Dia menggeleng kepalanya keras dengan air mata yang mula mengalir laju, tak mungkin...

Tak mungkin Changbin bunuh diri.

Tangan Doyoung tergetar getar mengambil talefon yang digengam Changbin pada tangan kirinya, remaja itu cuba menahan tangisnya. Dia menemukan sebuah pesanan suara dalam talefon milik Changbin.

Tombol play ditekan.

"Kepada Minho, Junkyu dan Doyoung..."

"Aku minta maaf Doyoung, aku sudah tidak kuat untuk hadap semua ni. Kalau kau nak bunuh Junkyu, aku pun ingin mati juga."

"Aku sayang kalian semua, aku selalu ikut arahan kau sebab aku sayang kau tapi...membunuh orang yang kita sayang bukanlah sesuatu yang mudah, kan? Kalau boleh aku pun ingin mati sebab tidak tahan dengan keadaan kita sekarang ni..."

"Tapi aku tak sanggup mati di tangan orang yang aku sayang...ha ha ha jadi aku buat keputusan bodoh ni..."

Terdengar tawa Changbin yang sudah lama mereka tidak dengar.

"Aku mahu minta maaf sebab tinggalkan kalian lebih awal. Dan sekali lagi aku ingin minta maaf, aku sudah panggil polis.. Aku tak sanggup lihat kau  jadi pembunuh lagi.."

"Dan Minho...terima kasih sebab selalu ada di sisi aku."

"Beritahu Junkyu yang aku ucap selama tinggal...hiks...kalau dia masih hidup lagi..."

Dan setelah itu, pesanan suara tamat begitu saja. Doyoung cuba menyekat air matanya yang bakal mengalir tapi nihil dia kalah. Cecair itu jatuh di pipi psychopath muda itu.

"Changbin...hiks...hiks..."

Doyoung terduduk di situ bersama tangisannya dan juga....penyesalannya.

Minho hanya menutup mata sambil menyapu air matanya, dia sudah penat dengan semua drama ni.

Dan setelah itu, bunyi siren polis kedengaran di luar rumah mereka dengan suara orang yang berisik namun Doyoung dan Minho tidak peduli. Mereka sudah penat dengan semua ni.

........


Jaehyuk, Jeongwoo dan Junghwan tergaman saat sekumpulan polis datang menyelamatkan mereka, apa yang berlaku sebernanya? Netra mata Junghwan jatuh pada Yoshi yang sedang memapah Jihoon yang kelihatan tidak berdaya.

"Yoshi!"

Mereka bertiga berlari ke arah Yoshi. "Apa yang terjadi? Jihoon masih hidup lagi, kan?"  Soal Jaehyuk panik.

Yoshi tersenyum nipis.  "Kau ingat Changbin yang culik kita semua? Dia yang lapor pada polis dan..."

Yoshi menoleh ke arah Junkyu yang sedang terisak menangis di hadapan mayat Changbin di ruang tamu rumah mewah itu.

Mayat Changbin sudah dibalut kain putih oleh pegawai polis tadi. Jujur patutkah dia rasa lega sebab mereka selamat? Tapi Yoshi tak rasa drama ni masih tamat di sini lagi.

Minho dan Doyoung pula hanya berdiri di sisi Changbin tanpa bergerak, tangan mereka berdua sudah diborgol oleh polis. Tapi melihat riak wajah remaja itu, nampak sangat dia tidak akan bertindak luar kawalan lagi.

"Jihoon dalam keadaan parah sekarang ni jadi kami sedang tunggu ambulans datang secepat yang mungkin."  Sambung Yoshi, cuba mengabaikan fikirannya.

Mereka berempat tidak sedar akan sesuatu sebernanya.

Junkyu yang sedang menangis tersendu sendu bangkit berdiri lalu mendekati Doyoung yang hanya bisa menunduk bersebelahan pegawai polis.








SPLASH!

"Argh..."

Semua orang yang berdiri di sana tergaman besar saat Junkyu tiba tiba saja mengeluarkan sebilah pisau dari jaket yang dipakainya lalu menikam tepat pada perut Doyoung dengan sekali tikaman.

"Junkyu!!! Kau sudah gila, kah?!!"  

Jerit Yoshi yang berdiri tak jauh dari Junkyu, dia berlari ke arah Junkyu yang sedang ditahan oleh beberapa polis yang turut kaget dengan tindakan lelaki muda itu.

Jaehyuk, Junghwan dan Jeongwoo diam. Mereka bertiga memapah Jihoon yang masih lagi pingsan.

"Doyoung...."  Minho ingin memberontak melihat keadaan Doyoung yang terkulai lemah di atas lantai tapi bila difikirkan balik, dia tahu kenapa Junkyu ambik tindakan ni.

Doyoung terjatuh atas lantai dengan penglihatan yang memburam, jadi ini perasaan ditikam? Sungguh menyakitkan.

"Aku sayang kau..."  Itu kata kata terakhir Doyoung sebelum menutup matanya kerana tikaman yang cukup dalam.

Junkyu menutup matanya rapat, dia hanya bisa pasrah saat seorang pegawai polis menggari tangannya.

"Mana dia dapat pisau ni?"

Soal pegawai pada Yoshi dengan rada yang shock.  Polis itu tidak perasan yang pemuda ini juga berbahaya, dia baru saja menikam sepupunya di hadapan lima orang polis yang bertugas. Sungguh menakutkan.

Yoshi terdiam, mengingat balik koleksi pisau Doyoung di atas meja tadi.  Ah, Junkyu mungkin mengambilnya semasa mereka tidak sedar tadi.

"Kami perlu bawa mereka pergi..."  Ucap pegawai polis itu.

Yoshi mengangguk kaku lalu menatap Junkyu yang hanya bisa tersenyum nipis.




"Maaf."

Itu kata kata terakhir Junkyu sebelum dia dan Minho dibawa pergi oleh pegawai polis. Tak lama kemudian, ambulans datang dan membawa pergi mayat Changbin dan Doyoung serta Jihoon yang masih lagi pingsan.





Yoshi masih berdiri di tempatnya dengan air mata yang mengalir.  'Fikiran manusia memang susah ditebak...' Batinnya sebelum tertawa seorang diri.







Jadi orang yang mati hari tu bukannya Yoshi, Junkyu, Jihoon ataupun mangsa mangsa yang lain lain. Tapi Changbin dan Doyoung sendiri yang mengalir darah malam tu.

7 hari yang sial bagi mereka.

Bersambung

Tarikh menulis:
6 ―7 July 2021

________
Please don't be silent readers

[✓] Seven daysWhere stories live. Discover now