12

290 68 50
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





Make sure sudah baca bab 11
__________

"Aku dapat panggilan dari Junkyu semalam. Tentang penipuan kau selama ni, Jangwook."

Tubuh Jangwook bergetar setelah mendengar ucapan Mira, dalam hati dia ingin saja memukul anak saudaranya itu.

"Jadi, luka di badan Doyoung selama ni bukanlah kerana dia dibuli. Tapi ulah mu sendiri?"

"Aku sungguh bodoh kerana mempercayai kau. Aku tak kisah jika kau mahu bermesra dengan jalang ini..." Kata Mira sambil menyeringai kecil, dia duduk bersila bersebelahan mayat jalang itu.

Mira menunding jarinya pada mayat perempuan simpanan yang di tembaknya tadi dengan pistol. "Tapi jangan sesekali cederakan anak aku..."

BANG!

Walaupun wanita simpanan itu sudah mati tetapi Mira masih lagi belum puas untuk menyiksa mayatnya.

"Mira! Tolong maaf kan aku!"

"MAAF? Setelah apa yang kau lakukan...kau hanya meminta maaf? Ha ha ha...sungguh kelakar." Kata Mira dengan gelak tawa yang semakin besar lalu kembali bersuara.

Anak mata Mira teralih pada Doyoung yang masih lagi sedang melutut di dalam posisi yang sama. Sungguh, hatinya rasa sakit saat mengetahui apa yang dilakukan sang suami pada Doyoung sejak lahir lagi.

"Bukankah permohonan maaf itu sepatutnya dituju oleh Doyoung? Kau menderanya, bukan?" Sinis ayat itu keluar dari mulut Mira.

Wanita itu bangkit berdiri dari posisinya lalu mendekati Doyoung yang masih lagi diam tidak terkutik, reaksi wajahnya benar benat kosong. Mira mengisi peluru pistol dengan seringgai kecil.

Teruja melihat keadaan Jangwook yang bagaikan hamba sekarang ni.

"D-doyoung...ayah minta maaf." Terketar ketar ucapan itu keluar dari mulut Jangwook membuat Doyoung tersenyum.

Senyuman yang menggerikan, jika mereka tahu.

"Sekarang Doyoung...semuanya bergantung pada kau..." Pistol yang dipegang Mira tadi diletak tepat di hadapan Doyoung yang nampak bingung dengan tindakan ibunya.

"Bunuh ayah mu...atau pun kau ingin dia selamat. Semuanya bergantung pada keputusan kau..."

Ayat yang keluar dari mulut Mira membuat Jangwook menghela nafas lega, dia yakin anaknya takkan sanggup untuk membunuhnya. Doyoung terlampau naif untuk mengambil pistol itu, fikirnya.

GREP!

Mata Jangwook membesar saat Doyoung mengambil pistol tadi lalu mendekatinya dengan senyuman sinis yang terukir di wajahnya. "Kau mesti ingat aku akan lepaskan kau, kan?"

[✓] Seven daysWhere stories live. Discover now