5

268 72 13
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




Saat kakinya menghampiri kawasan pagar sekolah, Nam Kyu menjerit nama abangnya tanpa henti.

"Abang!! Abang Jihoon!!"

Jihoon yang berdiri di hadapan pagar terserentak saat mendengar suara adiknya memanggilnya dengan nada suara menjerit. Dia memandang Nam Kyu yang berlari ke arahnya dengan wajah yang pucat seolah olah baru saja di kejar.

Jihoon merangkul kedua dua belah bahu adik kandungnya dengan pandangan yang bingung. "Nam Kyu, kenapa ni?!"

Soal Jihoon dengan nada suara yang khawatir.

"Ada orang ikut Nam Kyu. Tak tahu siapa tapi dia selalu ada di mana mana Nam Kyu pergi."

Ucap Nam Kyu kalut lalu memandang ke arah belakang, lelaki asing tadi sudah lenyap dari pandangannya.

Jihoon mengerutkan dahinya bingung. "Kenapa kau tak pernah beritahu aku benda ni berlaku pada kau. Dia tu stalker ke?"

"Maaf. Y-ya, dia tu stalker. Dia pernah hantar aku surat surat yang aneh."

Jihoon diam, tidak menyangka hal ini akan terjadi pada adik perempuannya.

.
.
.


"Tunggu sebentar, aku ada satu soalan?" Junkyu mengangkat tangan dengan wajah yang bingung.

"Macam mana kau boleh ceritakan semua ni dengan detail padahal kau tiada di sana?" Soal Junkyu, panasaran.

Jihoon tidak menjawab, sebaliknya tersenyum. "Hei, jangan melakukan hal yang aneh. Wajah kau menyeramkan." Kata Yoshi yang duduk bersebelahan Jihoon.

"Tenang, aku hanya tersenyum. Kalian akan tahu macam mana aku boleh menerangkannya secara detail."

.
.
.

Sejak kejadian hari tu, Jihoon sentiasa mengikuti Nam Kyu ke mana mana gadis itu pergi dan sentiasa menjaganya dari dunia luar. Dia begitu bimbang sekarang ni.

"Hati-hati. Jangan buat benda yang bahaya."

Ucap Jihoon pada Nam Kyu yang baru saja hendak melangkah masuk ke dalam sebuah kedai runcit yang menjadi tempat Nam Kyu bekerja sambilan.

Gadis itu hanya mengangguk lalu berlalu pergi. Setelah memastikan gadis itu benar benar lesap dari pandangannya, Jihoon bersuara dengan selamba.

"Keluar, dia sudah tiada."

Ucap Jihoon pada seorang lelaki yang sedang bersembunyi di sebalik tiang. Badan lelaki itu membeku saat mengetahui Jihoon sedar akan kehadirannya.

Jihoon mendekati lelaki itu dengan tatapan yang tajam.

"Siapa kau? Adakah kau orang yang menghedap adik aku selama ni?"

Kolar baju lelaki itu di cengkam kuat dengan penuh amarah, lelaki yang berpakaian hitam itu tergelak sinis saat mendengar soalan yang keluar dari mulut yang lebih tua.

Lelaki itu-Bang Yedam, menepis cengkaman Jihoon dengan kasar sebelum bersuara.

"Jangan asal tuduh je. Bukan aku yang stalker dia selama ni."

Ucap Yedam dengan nada suara yang kedengaran sinis.

"Aku tidak percaya dengan kata kata mu." Kata Jihoon dengan wajah yang datar, sejak dari tadi lagi dia perasan ada orang yang mengekori mereka berdua.

Yedam berdecit tidak suka saat Jihoon masih lagi ragu pada dirinya.

"Hei, dengar sini. Orang yang stalker Nam Kyu bukannya aku, ianya mustahil untuk aku jadi dia."

Itu kata kata terakhir lelaki itu sebelum berlari pergi dari sana.

Jihoon terdiam di tempatnya dengan wajah yang datar, dia dapat firasat yang lelaki tadi tahu sesuatu mengenai si stalker.

KRING! KRING!

Talefon Jihoon yang disimpan di dalam poket seluarnya berbunyi menandakan ada seseorang sedang menelfonnya dan ternyata orang itu ialah Mina, neneknya.

"Hello, nenek. Ada apa? Jihoon baru selesai menghantar Nam Kyu."

"Jihoon, ada sesuatu yang nenek ingin memberitahu kamu. Tolong datang ke rumah nenek sebentar."

Jihoon mengerutkan dahinya dengan wajah yang bingung, kenapa intonasi nada suara neneknya kedengaran agak mencurigakan?

"Baiklah."

Setelah mematikan panggilan, Jihoon bergegas menuju ke rumah neneknya menggunakan motosikal yang dibawanya. Tiba Jihoon di rumah neneknya, Jihoon mengernyit bingung saat melihat ada sebuah kasut yang agak asing di depan pintu rumah neneknya.

Pasti ada tetamu ni.

Jihoon membuka pintu dengan berhati-hati, badannya kaku saat melihat wajah remaja yang mengikuti Nam Kyu ada di ruang tamu rumah neneknya sekarang.

"Jihoon, duduk. Nenek nak beritahu hal penting pada kamu."

Kata Mina dengan nada suara yang perlahan. Lelaki itu memandangnya dengan wajah yang bingung, kenapa hatinya rasa tidak senang?

"Dia Yedam, sahabat kepada Nam Kyu. Dia selalu membantu nenek mengawasi adikmu."

Tunjuk Mina pada Yedam yang sedang duduk berhadapannya.

"Maksud nenek?" Jihoon tidak faham, apa yang sedang berlaku ni.

"Nam Kyu mungkin sudah beritahu kamu yang ada seseorang yang sedang menghedapnya..."

"Nenek. To the point terus, siapa stalker tu?"

Soal Jihoon panasaran, dia dapat firasat yang neneknya sedang menyembunyikan rahsia yang penting.

Mina menunduk sambil menahan tangisannya. "Maaf."

"Sebernanya stalker tu tidak wujud!"

Kata Mina dengan mata yang mula memerah. Dia menatap Jihoon yang sedang dalam mood bingung sekarang.

"Nam Kyu, dia menghidap penyakit berhalusinasi kerana traumanya dahulu. Stalker tu bukanlah siapa siapa. Aku sering lihat dia membaca kertas kosong dan mengatakan ada orang yang sedang memerhatikannya sekarang."

Kata Yedam, sudah lama dia memerhatikan tingkah laku Nam Kyu. Hari tu, semasa Nam Kyu 'dikejar' oleh stalker tu, Yedam ada di sana. Dia menyaksikan Nam Kyu berlari seorang diri bagaikan orang bodoh.






Jihoon diam, dirinya bagaikan di tampar oleh realiti saat ini. Trauma? Halusinasi? Kenapa Jihoon tidak pernah tahu? Bukankah mereka ni adik beradik kandung?!

"Trauma? Disebabkan apa?"

"Ayah kamu...sekarang dia berada di dalam penjara. Nenek sebernanya rahsiakan hal ni pada kamu...ayah kamu selalu menyiksa Nam Kyu hingga gadis itu koma satu bulan."

"Jadi inilah sebabnya hak penjagaan Nam Kyu jatuh pada nenek? Dan nenek tak pernah pun beritahu Jihoon."

Jihoon tertawa perlahan dengan mata yang mula membesar. Kelakar rasanya.

Jihoon rasa benar benar bodoh, ke mana dia selama ni? Kenapa selepas ibunya meninggal dunia baru mereka berdua berbaik?!

Kenapa?

Bersambung...

Tarikh menulis:
13 May-17 May 2021

[✓] Seven daysWhere stories live. Discover now