1 bulan lepas dia kerja, tibalah hari jadi aku. Sedihnya sebab tak dapat nak sambut sama-sama sebab jarak memisahkan. Tak apa la, kuat dan redha. Aku dapat hadiah dari Fitri iaitu jam tangan yang aku nak sangat. Aku tak nak hadiah yang mahal cukup yang murah je asalkan dia hargai kehadiran aku. Aku gembira sangat dan malam tu aku menangis sebab terharu ternyata dia tak lupa hari jadi aku.
"thankyou sayang" - yan
Hujung bulan aku decide untuk pergi Johor ikut Kak Ida sebab kawan kahwin alang alang tu jumpa dia hehehehe. Hari demi hari, debaran tu makin berdebar tau sebab rindu sangat sangat.
Tibalah waktunya...
Aku pergi Johor dalam keadaan demam okay. Tinggalkan hari sukan demi dia tau. Cinta perlukan pengorbanan right? Aku tak bagitahu dia yang aku pergi Johor. Aku taknak dia datang sebab dia baru kerja kan, duit tak ada. Eiii complicated betul!
Sampainya hari kenduri, secara tiba tiba dia datang muncul dan pakai baju yang aku pilih tu. Oh gosh! So cute.
Kami luangkan masa bersama sama sepanjang hari. Gembiranya hati ini walaupun masa tu tengah demam tapi tak apa la demi buah hati, kuatkan diri hehe. Tiba-tiba aku perasan sesuatu, dia beli telefon baru tapi kenapa dia tak bagitahu aku ek? Kitaorang tak ada rahsia antara satu sama lain. Semua share sama-sama. Overthinking sudah haih tapi husnuzon je la maybe dia lupa.
Tibalah waktu malam, aku nak pulang ke Perak. Sedihnya hati. Berat nak tinggalkan dia dalam masa yang sama, hati masih rindu. Tak apa la, sabarlah wahai hati. Mesti ada pelangi selepas hujan.
Dalam bas, Fitri telefon aku dan dia teman sepanjang perjalanan pulang ke Perak. Perasaan sayang tu makin kuat.
'Semoga Allah jagakan hati dia untuk Yana, amin' -yana
Makin hari, makin renggang hubungan kami. Setiap hari bergaduh. Ya Allah, kuatkanlah hati kami. Makin hari makin hati aku rasa lain. Aku rasakan dia curang dengan aku.
'Fitri dah makin berubah. Dia ada orang lain ke? Aku tak terbaik ke buat dia? Dia tak nampak ke pengorbanan aku?' luluhnya hati ni.
Suatu hari, kami bergaduh besar. Aku sengaja hilangkan diri kerana terlalu sedih, kecewa selama 3 hari. Sepanjang 3 hari, aku tak dapat satu mesej pun dari dia kecuali hari keempat aku dapat mesej dari dia;
'hai'
Cuma 'hai'. Tiada pujukan seperti sebelum ni, hati aku kecewa sangat masa tu. Mungkin betullah, dia dah berubah. Aku? Aku masih dengan perasaan sayang yang sama walaupun dia buat aku macam ni.
Pada hari Ahad, dia cuti. Aku ingat nak call dengan dia sebab cuti je boleh luangkan masa lebih sikit rupanya tak. Dia keluar, bila tanya nak kemana? Dia hanya jawab keluar dengan kawan. Aku tak terfikir langsung dia keluar dengan perempuan. Betapa aku percaya dia.
Tiba aku ternampak status dia, dia send boomerang dengan seorang perempuan. Hati aku terkejut yang teramat. Ya Allah, sabar.
Hati aku kecewa tapi aku masih boleh sayangkan dia tapi ni aku dapat. Dia post boomerang tanpa ada bersalah. Bila aku tanya, dia kata kawan lama. Esoknya aku dah boleh terima yang tu kawan dia. Hati kena kental sebab sayangkan. Kena terima cara dia.
Lepas dari hari tu, dia makin kasar dan tak seperti Fitri yang aku kenal. Dia berubah. 2 hari lepas tu, dia post status pasal perempuan tu. Weh aku ni siapa? Tapi aku tak marah/maki dia langsung.
Aku terdiam. Hati aku hancur Setiap malam air mata aku mengalir. Pengorbanan aku selama ni tak akan sia-sia? Aku kuatkan hati. Aku terima dia dengan perempuan tu. Aku sanggup terima asalkan dia bahagia. Aku korbankan hati aku demi kebahagiaan dia. Kebahagiaan aku adalah melihat dia bahagia.
Tak apa hati aku, dia tak fikir yang penting hati dia aku jaga. Yang penting aku setia dan sayang dia.
Lepas dari tu banyak kali dia post pasal perempuan tu sampailah dp dia bertukar dari gambar kami berdua ke gambar perempuan tu sahaja. Sedih, kecewa, pecah hancur hati aku hanya Allah yang tahu.
Aku rasa aku bukan sesiapa dah bagi dia. Sampailah aku fikir panjang tak panjang, aku mengalah untuk pergi demi ingin melihat dia bahagia dengan perempuan tu.
'Abang, tak apa la. Sayang mengalah untuk semua ni. Semoga dia mampu menggantikan tempat sayang. Sayang sanggup undur diri demi melihat kebahagiaan abang. Bagi sayang, semua ni berat. Ya, sangat berat. Semoga abang bahagia dengan dia' -yan
'hmm' -Fitri
Aku terus off fon aku dan menangis. Setelah 3 hari menangis tanpa kata, aku kuatkan diri. Aku hilang Fitri, aku hilang kawan baik aku juga. Aku tabahkan hati.
'Allah tarik mereka sebab Allah tahu mereka bukan yang terbaik untuk aku. Keep calm' -yan
Aku jatuh, down sangat time tu. Aku sorang sorang dan nasiblah ada ikhwan yang setiap hari beri nasihat untuk aku.
Aku fikir dan aku sedar diri bahawa aku hanya budak sekolah yang tiada apa-apa.
YOU ARE READING
I Love You, Abam Polis❤️
Romance"Tunggu abang eh sayang! Abang janji dengan duit abang kumpul ni, abang akan halalkan awak" -Fitri "I will. Datanglah banyak mana pun lelaki selagi perasaan ni masih utuh, orang akan tunggu awak, abang. I love you Abam Polis" -Yan "Jaga diri masa ab...