Bab 6 -Sekolah

178 5 2
                                    

Hari demi hari berlalu begitu saja. Aku dan Fitri kini tidak berhubung langsung. Last seen dan chat yang dulu dijadikan peneman dikala rindu mengusik jiwa.

'Sayang tak semestinya kita harus miliki. Kadang melepaskan orang yang kita sayang adalah pilihan yang terbaik untuk melihat dia bahagia di sisi orang yang dia sayangi walaupun orang itu bukanlah aku. Melihat dia tersenyum bahagia sudah memadai bagi aku. I'm sorry dear. Berat hati untuk melepaskan kau pergi Fitri tapi jika untuk melihat kau bahagia, aku harus kuatkan hati untuk biarkan kau pergi dan lepaskan semua memori kita bersama. Ya Allah, kuatkanlah hati aku untuk tempuh semua ini.' -Yan

Tak mudah untuk melepaskan orang yang kita sayang. Ya memang betul pun tapi untuk lihat dia bahagia, aku sanggup. Aku tak nak dia terseksa dengan aku.

'Bismillahirrahmanirrahim, aku lepaskan kau Fitri' -Yan

Air mata yang mengalir aku kesat dengan lembut. Aku kena kuatkan diri. Kalau dia jodoh aku, aku akan bersama dia kembali.

✨✨✨✨✨

Kring! Kring! Kring! Masuk kelas, masuk kelas!

Waktu pendidikan jasmani adalah waktu yang paling pelajar gemari kerana dapat bersukan tapi bukan aku. Aku hanya ikut mood je la. Bila rasa nak main, aku main la bila rasa tak nak tu, janganlah dipaksa.

Bukan tak minat cuma aku cepat penat. Sedia maklum la aku seorang yang gemuk tapi kebanyakan rata-rata orang cakap aku bukan gemuk pun cuma CHUBBY! Suka hati korang la nak cakap aku pun HAHAHAHA.

Apabila waktu pendidikan jasmani, aku hanya menghabiskan waktu tu dengan membaca novel atau buat nota ringkas dalam buku.

Lari pula tajuk hehe. Sorry!

Iqa tiba-tiba bersuara "Weh, kau nampak tak apa yang aku nampak?"

Aku, Ira dan Jihah menjawab serentak "Siapa?"

Iqa tersengih lalu menjawab "Budak baru gais. Welcome tu SMKK"

"What? Budak baru? Mana? Cantik tak? Dari mana? Duduk mana? Kurus ke gemuk?" Bertalu-talu aku tanya dekat mereka. Bukan apa cuma excited sikit ada budak baru masuk haha. Jangan marah ye budak baru.

"Ish kau ni. Tengoklah sendiri" Jihah memarahi aku. Banyak pula tanya.

****

Aku memulakan perbualan setelah habis waktu pendidikan jasmani, "Hai budak baru. Dari mana ni? Nama apa?"

"Hai. Dari Selangor. Ana. Btw nama awak apa?" Ana tersenyum malu. Guess what ada orang nak tegur aku. Mesti dia peramah kan. Budak baru kena sopan sikit kalau tak, luar sekolah atas jejantas settlenya haha.

"Yan tapi kebanyakan semua panggil Min" Aku tersenyum macam kerang wangi. Wangi okay. No busuk, busuk!

"Ohh. Selamat berkenalan"

"Ya selamat berkenalan"

*

"Gais! Gais! Lepas ni mesti Daud taken. Kalau tak percaya, tengoklah nanti haha" Aku buat pengumuman dalam kelas. Ish tak malu betul Yan ni. Well, siapa je tak kenal aku dengan sikap suka kacau orang, mulut kecoh sekampung dan paling penting baik. Ceh angkat bakul sendiri😂

"Weh Min kau ni. Jahatlah" Daud berteriak kerana malu. Ish Min ni, macam tahu-tahu je aku nak masuk line dekat Ana tu.

Ni Yan la. Aku dah tahu taktik ninja korang la walaupun baru sekelas tak sampai setahun pun.

4 bulan kemudian..

"Anak-anak, nak tak kita cat kelas? Tapi awak semua kena stayback la. Saya beli cat, awak semua pilih la warna apa yang awak nak. Nanti saya bagilah duit tambang balik untuk yang naik bas dan yang tak naik bas pun saya bagi hihi" Teacher Diah menanyakan kepada murid 4P. Aku tahu anak murid aku ni semua baik-baik sebab apa-apa majlis mesti muka kelas ni dan kelas sebelah je yang tolong.

I Love You, Abam Polis❤️Where stories live. Discover now