Bab 12 -Menangis

154 2 2
                                    

Dalam tak sedar dah raya ketujuh dah. Kami oncall. Dah tak buat apa-apa kan.

"Sayang. Abang ada benda nak cakap ni" Suara Fitri kelihatan serius. Apa dia ek?

"Ya abang. Kenapa? Ada apa?" Soal aku. Tak sabarnya nak tahu.

"Abang dapat rekrut polis 6 bulan dekat Johor" Ujar Fitri dengan nada yang makin perlahan. Sedih kena berjauhan.

"Ha? Series la? A...bang" Terus tergagap-gagap kerana tidak percaya. Air mata terus mengalir dengan derasnya. Sumpah sedih!

"Shh shh, sayang jangan menangis. Please. Abang ada lagi ni. Jangan macam ni. Tak sangguplah nak pergi macam ni" Pujuk Fitri tanpa sedar suara Fitri pun terketar-ketar. Fitri menangis.

"Hm sayang sedih. Siapa nak layan bila abang tak ada nanti? Siapa nak bawa sayang pergi makan? Siapa nak bawa sayang jalan-jalan? Siapa nak ada dengan sayang time sayang sedih? Siapa nak teman sayang call hari-hari? Siapa nak teman sayang chat?" Kata aku sambil teresak-esak menangis. Aku akan rasa kehilangan. Tak sanggup. Aku tak kuat.

'Ya Allah, kuatkanlah hati aku untuk tempuh semua ini. Jagakanlah Fitri untuk aku. Sesungguhnya, aku menyayanginya seikhlas hati aku. Satukanlah kami' -Yan

Sejak daripada tu, setiap hari aku keluar bersama dia. Teman dia joging. Aku tak bersedia. Ya Allah.

Hari-hari kami meluangkan masa bersama. Setiap hari juga dia membawa aku pergi ke rumah dia untuk tolong mak dia siapkan goodies untuk kenduri kakak dia. Setiap hari juga aku mengadu yang aku tak sanggup nak hadap semua ni tapi Allah dah takdirkan semua ni. Aku terima.

Perangai aku lebih manja berbanding sebelum ni. Aku tak sanggup nak berjauhan. Setiap kali kami bahaskan pasal ni, aku menangis teresak-esak. Sungguh, aku sayang dia sangat-sangat.

"Sayang, jangan macam ni eh. Redhakan abang pergi. Abang janji dengan duit polis ni, abang halalkan sayang. Sabar eh. Abang tahu sayang kuat, abang tahu sayang mampu. Dah eh, jangan sedih. Abang pun sedih juga" ujar Fitri untuk memujuk aku.

"Hm abang janji eh? Jangan tinggalkan sayang kalau abang dah ada semuanya. Jangan wujudkan orang ketiga" Aku memesan dan air mata aku masih mengalir. Sedihnya hati ini.

"Abang janji sayang. Abang ada sayang sorang je yang sanggup ada time abang susah sampai abang nak capai cita-cita abang ni. Abang akan halalkan sayang. Sabar sikit eh. Kuat untuk abang. Fight for our love" Fitri terus memberi semangat kepadaku walaupun dalam diam, dia juga sedih kerana tak sanggup untuk berjauhan.

"Abang, sayang tunggu abang tau. Jangan tinggalkan sayang eh. Sayang tak nak rasa kehilangan. Cukup dengan rasa kehilangan arwah ayah. Orang sayang abang"

"Iya sayang. Sayang sabar eh. Ikhlaskan pemergian abang ni untuk awak, family abang dan untuk keluarga kita nanti" Kata Fitri.

"Sayang akan rindukan perut abang yang buncit ni dan kepala botak ni" Aku membayangkan perut dan kepalanya. Hehe comel!

"Abang pun akan rindukan perut sayang yang buncit tu dan lemak-lemak yang berlapis tu. Tak lupa juga dengan pipi yang tembam tu" Usik Fitri. Fitri memang suka buat orang ketawa.

"Iloveyou abang"

"Iloveyoutoo sayang"

✨✨✨✨✨

Seminggu sebelum Fitri pergi, emak Fitri mengadakan doa selamat. Aku datang dan menolong emak Fitri.

Emak Fitri sentiasa pesan supaya kuat untuk pemergian Fitri. Ini untuk masa depan.

Aku kuat dan aku gagahkan semua ini demi cinta kita, Fitri!

Ketika di kenduri, tak ada siapa yang tegur aku. Sedihnya kecuali seorang budak perempuan ni.

I Love You, Abam Polis❤️Where stories live. Discover now