Alhamdulillah aku dah kenal dengan mak dan keluarga Fitri. Orang cakap bila seseorang tu dah kenalkan pasangannya dengan orang tua dia bermakna dia serius dalam perhubungan tersebut.
Argh! Aku tak nak berharap nanti makan dalam. Sakit..
Macam dalam potongan lagu; Achey- Sakit
Sakit,
Aku rasakan,
Terlalu dalam,
Pedih.Makin hari, perasaan sayang tu makin dalam. Alhamdulillah Fitri sudah terima aku. Syukur ya Allah. Fitri membuka hatinya untukku, terima kasih ya Allah kerana makbulkan doa seorang insan yang lemah ini.
Walaupun kadang hati ini sakit tapi diri ini cukup kuat. Aku tak nak rasa kehilangan sedangkan aku tahu setiap pertemuan pasti ada perpisahan tapi biarlah ajal dan maut sahaja yang memisahkan kita.
Aku mencintai Fitri dengan seikhlas hati. Semua pelik dengan aku. Semua bertanya kenapa aku sayang sangat dekat Fitri sedangkan Fitri cuma kerja kilang dan tak ada sebarang harta malah keluarganya pun bukan orang berada.
Bagi aku cukuplah dia mampu jaga dan sayang aku tu pun dah lebih dari cukup. Harta, pangkat dan darjat bukanlah lambang kebahagiaan pun. Rezeki tak pernah salah alamat. Ada rezeki nanti, semua berubah dari tak ada apa-apa terus ada apa-apa cuma jangan pernah putus asa minta dari Allah.
Harta, duit boleh cari tapi nak cari seseorang yang betul-betul ikhlas bukan mudah. Hargai setiap orang yang hadir. Jangan pertikaikan aturan cara hidup kita. Semua tu ada hikmah dan sebab disebaliknya. Terimalah dengan hati yang terbuka.
Jangan dengar cakap orang yang dengki dengan kehidupan kita sendiri dan jangan hiraukan setiap ayat dan perkataan yang dikeluarkan oleh mereka. Mereka ingin melihat kita jatuh tersungkur dan mereka ingin merampas semuanya.
Be careful and beware kalau jumpa manusia macam ni. Sekali kita masuk dalam perangkap mereka, kau akan menyesal tapi yakin dengan takdir Tuhan. Allah sudah aturkan kisah hidup kita dengan indah. Jangan mengeluh! Jangan merungut!
*
Eh lari dari topik la! Hehe terikut emosi.
Ok, sambung.✨✨✨✨✨
Seminggu sebelum nak sambut hari raya AidilFitri. Mestilah sibuk cari baju raya, buat kuih raya dan macam-macam lagi. Hehe bukan tu nak dibicarakan. Lek lu. Santai-santai aje mengkome...
Fitri menghantar mesej kepada aku.
One messages from 'GeGe❤️'
(Photo)"Sayang, abang beli baju warna peach. Sayang baju raya warna apa?" Soal Fitri dengan teruja. Wah first time nak raya sedondon dengan kekasih hati. Feeling-feeling macam dah kahwin jap hehe.
"Tak beli lagi. Hm lagipun sayang tema warna hitam. Tak dapatlah nak sama warna" ujar Yan. Sedihnya. Baru nak rasa macam mana perasaan pakai baju sedondon ni.
"La hm tak apa la" Muka Fitri yang teruja tadi kembali monyok. Sedih naw rupanya.
"Ala, janganlah macam ni. Nanti sayang try hard cari sama warna tau" Kata Yan sambil menyakinkan kepada Fitri yang mereka akan memakai warna baju raya yang sama. Mengadalah Fitri ni. Pok kang.
"Hehe iya sayang. Ni sayang ketat-ketat ni" Wajah yang monyok tadi kembali gembira. Wah tak sabarnya.
"Mengada" Manjanya Fitri ni haih. Bertambah sayang la dekat dia. "Sayang abang padat-padat juga"
✨✨✨✨✨
Tiba masa aku nak cari baju raya. Satu yang menarik hati. Waw rasa-rasa ada saiz aku tak? Hm wait and see je la.
YOU ARE READING
I Love You, Abam Polis❤️
Romance"Tunggu abang eh sayang! Abang janji dengan duit abang kumpul ni, abang akan halalkan awak" -Fitri "I will. Datanglah banyak mana pun lelaki selagi perasaan ni masih utuh, orang akan tunggu awak, abang. I love you Abam Polis" -Yan "Jaga diri masa ab...