Aku still tak mampu lupakan dia. Apa nak buat ni haih.. Fitri pun tak cari kau langsung hm.
Tak kisah la. Aku nak ajak dia call la. Teman tidur je boleh kan. Rindu sangat-sangat hm..
Fitri tengah siap-siap nak tidur tiba dapat call. Aik, dari siapa pula ni?
'Incoming call from Yan'
'Dia ni dah kenapa aduhai. Dah cakap tak nak ganggu tu, tak payah la ganggu lagi. Sibuk betul. Cakap tak serupa bikin. Deyy!!' -Fitrie
"Kenapa Yan call saya malam-malam ni? Saya nak tidurlah" Sibuk betul minah ni.
"Teman saya tidur boleh? Sekali ni je last"
Merayu punya merayu last Fitri mengalah. Walaupun terpaksa, takpela aku masih gembira. Sabar tu indah❤️
"Ha yela" Fitri jawab nak tak nak je. Yela, dah malas layan tapi masih tergedik-gedik. Tak penat ke pun dia ni haih.
"Hehe thankyou" Gembiranya hati ni. Senyum sampai ke telinga. Well, crush sudi teman kan. Siapa je tak gembira.
Senyap..
Dan terus senyap..
Tiba dengar Fitri berdengkur....
'Ini buatkan lagi rindu ni. Dengkur pun comel alololo. Kenapalah awak tak cuba buka hati untuk saya eh? Kalau awak cuba, mesti kita bahagia. Takpela, saya hormat keputusan awak. Saya tak nak paksa hati dan perasaan awak. Saya tahu kalau saya paksa, awak layan kerana kasihan dan bukan kerana sayang. Ya Allah, bukakanlah hati dia untukku dan Engkau jagakanlah dia' -Yan
✨✨✨✨✨
Aku post status whatsApp tengah oncall dengan someone. Chill, sebelum post kena crop apa yang patut, biar orang bermain teka-teki aku dengan siapa.
'Ira seen just now'
Ira terus reply status Yan..
"Yan, kau tengah oncall dengan Fitri eh?"
"Ha takdelah. Kenapa?" Yan menjawab sambil buat riak tak tahu. Ei menipu, tak baik tau.
"Takdelah. Aku call Fitri, tak dapat. Dia suruh aku kejut dia pukul 6.30a.m" Yan, yan.. Nak tipu aku la tu. Aku tahu la kau call dengan dia. Takpe, tengok je la apa yang dia jawab nanti..
Tersentak dengar jawapan Ira. Mengelak la. Biar je la dia berteka-teki aku oncall dengan siapa.
"Laa ye ke? Takpela, aku nak mandi ni. Nak solat Subuh. Babai"
'Dengan aku, Fitri tak pernah pun suruh kejut la apa la. Hm sabarlah wahai hati' -Yan
✨✨✨✨✨
Ting! Ting! Ting! Ting!
Bunyi notification masuk. Aik, siapa pula chat aku ni?
'You have messages from Fitri❤️'
Laju je tangan terus buka. Chat apa banyak-banyak ni hehe. Jangan cakap dia dah jatuh sayang dengan aku. Wahhh!!
Tiba mata aku mula berkaca. Sedikit sebanyak terasa dengan kata-kata Fitri. Sampai hati awak.
"Kenapa awak tak tutup call semalam ha? Kan Ira dah call saya tak dapat. Awak sengaja je kan nak kenakan saya" Hish serabutlah dengan kau ni, Yan!!!
"Em sorry eh. Saya tak sedar semalam. Saya minta maaf sangat-sangat. Takpela. Saya tak call awak dah lepas ni. Saya minta maaf. Bye assalamualaikum" Luluh hati aku. Dia marah aku weh. Sampai hati dia. Aku kecewa dengan dia!
YOU ARE READING
I Love You, Abam Polis❤️
Romance"Tunggu abang eh sayang! Abang janji dengan duit abang kumpul ni, abang akan halalkan awak" -Fitri "I will. Datanglah banyak mana pun lelaki selagi perasaan ni masih utuh, orang akan tunggu awak, abang. I love you Abam Polis" -Yan "Jaga diri masa ab...