Makin lama makin jarang dah chat dengan Fitri hm. Dia ada orang lain ke?
5 months later...
"Awak, boleh tak saya nak raya rumah nanti lepas tu kita berbuka sama-sama? Boleh tak?! Boleh tak?!" Eii kau ni Yan, tak malu betul. Kisah pula aku. I dont care apa orang nak cakap. Aku nak dia jatuh hati dengan aku.
"Ha boleh je datang raya tapi nak berbuka sama-sama tu tak kot. Saya busy la. Kerja sebab nanti takde siapa nak gantikan saya" Nasib ada alasan. Bagus la kau Fitri. Tak ada la dia nak paksa-paksa kau nanti haha. Nasib kau la Yan. Dah aku tak nak kan.
"Ala, boleh la awak. Bukan selalu nak keluar sama-sama hm. Awak taknak jumpa saya ke? Saya rindu awak tau" Perasaan aku sedikit hampa. Sampai hati dia tolak kan. Kalau lelaki lain berebut-rebut nak kan peluang ni haih.
"Tak boleh la. Boleh tak jangan paksa-paksa saya? Rimas la" Aduhh, alasan aku tak jalan doo. Dia tak faham ke? Nak cakap bahasa apa entah bagi dia faham. Aku tak suka kau la wei.
"Hm takpela. Sorry paksa-paksa awak hee. Okay la awak. Saya nak tidur ni" Air mata yang aku tahan kini menitis dan aku tidur hanya bertemankan air mata.
'Fitri, i really love you. Ya Allah, bukakanlah pintu hati dia untuk terima aku. Sesungguhnya Engkau la maha Berkuasa. Tiada yang lebih berkuasa selainMu. Tidurlah Yan, dia tak perlukan kau. Sedar diri tu. You're nothing to him' -Yan
'I'm sorry Yan. Aku memang tak terbuka hati lagi untuk kau. Aku masih sayangkan orang lain dan tak mampu untuk sayang kau. Kau layak untuk dapat orang lain yang lebih bagus dari aku' -Fitri
Kini, aku lebih suka mengelak dan cuba sedaya upaya untuk abaikan Fitri. Aku tak nak anggap dia wujud. Dia sakitkan hati aku ya Allah.
Sekali lagi air mata ni mengalir dengan deras. Menangis tanpa suara ni adalah 'another level of pain'.
Alangkah indahnya jika Fitri dapat merasakan perasaan aku terhadap dia macam mana. Aku mengalah. Aku nak tengok dia bahagia. Aku tak nak kacau dia tapi aku tak mampu.
'Kuatkanlah diri walau seberat mana ujian yang kau hadap. InshaAllah kesabaran kau sekarang akan digantikan dengan ganjaran yang indah yang kau sendiri tak duga pada masa akan datang. Keep strong, Yan!!' -Yan
✨✨✨✨✨
Aku selalu tengok status dan story dia semua ayat sedih-sedih je macam dia ni broken. Hm maybe kot tapi dengan siapa? Argh! Aku tak boleh tengok dia sedih macam ni, aku kena tanya dia.
"Awak" Aku mesti tanya untuk tahu kebenarannya.
"Ye saya. Kenapa?"
"Awak ada orang lain ke? Kenapa dah jarang chat saya?"
"Haah. Saya dengan seseorang ni tapi percintaan jarak jauh je. Dia duduk sabah" Fitri balas tanpa riak bersalah pun.
"Ha? Habis saya ni apa? Sampai hati buat saya macam ni. Saya sayangkan awak sangat-sangat hm" Tanpa sedar air mata aku terus mengalir. Selama ni aku syok sendiri dengan dia. Ya Allah, luluhnya hati aku.
"Awak kawan saya la. Saya layan awak sebagai kawan je tak lebih. Saya dah anggap awak macam adik saya dah pun. Lagipun, saya trauma nak couple dengan budak sekolah ni. Kebanyakan bagi alasan nak belajar sebab nak putus dan banyak yang tak matang. Saya tak pernah anggap awak lebih. Janganlah berharap dekat saya. Saya taknak dan tak suka" Fitri luah apa yang dia rasa selama ni. Fuhhh, lega hati aku sebab takyah nak sorok dah.
"Apa? Awak? Sampainya hati awak buat saya macam ni. Saya sayang awak sepenuh hati tau. Ni yang saya dapat. Saya tunggu awak siang dan malam untuk teman awak, hiburkan hati awak ternyata awak tak anggap saya lebih pun. Waw speechless! Tak sangkakan. Takpela awak, saya doakan awak bahagia. Kalau awak ada masalah, chat lah saya tau. Saya ada untuk awak dan akan sentiasa ada dengan awak" Luluh hati aku saat dia luahkan semuanya. Ternyata selama ni aku hanya seorang badut yang menghiburkan hati dia siang dan malam dan aku hanya syok sendiri je gais.
"Ok. Sorry" Fitri hanya sekadar membalas ni je sebagai tanda minta maaf tanpa ada riak bersalah atau kesian pun.
'Takpela yan. Kau sayang dia kan. Korbankan sikit apa yang kau rasa tu. Tak luak apa pun. Fight for true love. Kalau kau sayang dia, tunggulah dia. Andai jodoh kau dengan dia, nanti akan bersatu juga. Ya Allah ya Tuhanku, ampunilah segala dosaku andai aku terlalu obses dengan makhlukMu. Sesungguhnya ini hanya disebabkan kealpaanku. Ya Allah, andai dia adalah jodohku, kau dekatkanlah kami. Kau satukanlah kami. Engkau permudahkanlah segala urusan kami. Jika bukan, jauhkanlah dia dari aku. Sesungguhnya, hanya padaMu aku berserah. Amin ya rabbal ala min'
✨✨✨✨✨
Genap 2 bulan aku tak berhubung dengan dia. Cuma aku sahaja yang selalu mesej dia. Cari dia tapi dia? Hm dia dengan pilihan hati dia. Takpela, aku redho.
"Awak, saya rindu awak" Mata aku mula berkaca tapi aku tahan air mata tu dari terus mengalir.
"Maaf, saya dah ada orang lain. Saya tak boleh nak dengan awak dah" Fitri hanya membalas tanpa ada perasaan langsung. Kosong sebab aku tak cintakan dia! Argh!! Sibuk la dia ni.
"Em ya, saya tahu. Saya nak cakap tu je. Hehe okay la. Babai" Aku pura-pura gembira dan kuat hanya untuk tutup semua kesedihan ni.
Hari demi hari dah berlalu. Hubungan antara kami kini tinggal kenangan. Gelak tawa dan gurau senda kini sudah pudar.
'Ya Allah, aku redho jika dia bukan untukku. Sungguhnya aku tidak kuat'
Air mata mengalir deras. Setiap malam air mata aku habis kerana meratapi wajah dan kenangan kami bersama..
✨✨✨✨✨
Aku tengok status Fitri. Dia sedih, kecewa? Fitri broken ke? Apa perempuan tu dah buat? Ya ampun, kesiannya dia..
Aku memberanikan diri untuk tegur dia "Hai awak"
"Ya hai" Hanya sepatah Fitri balas.. Perempuan ni nak apa lah kacau aku ni. Aku dah serabut ni. Masalah la.
"Awak ada masalah ke? Ada apa-apa nak share? Saya sudi dengar" Aku offerkan diri untuk mendengar semua masalah dia. Takpela, aku sayang dia. Aku sanggup walaupun orang cakap aku ni ibarat 'perigi cari timba'. Biarlah, aku tak kisah.
Fitri serba salah nak ceritakan masalah dia tapi dia yakin bahawa Yan adalah pendengar masalah yang bagus. Dia memberanikan diri untuk bercerita.
"Ya, awek saya dah tinggalkan saya. Dia ada orang lain belakang saya" Fitri terus hanyut dalam perasaan yang sedih tu. Kuatlah Fitri, kau tu lelaki. Mana boleh lemah!
"Laa yeke? Kesiannya awak. Takpela awak. Bunga bukan sekuntum kan. Biarlah dia tak hargai awak, ramai lagi yang akan hargai awak. Awak kan kuat. Mana boleh sedih-sedih ni. Tak hensem dah. Senyum sikit" Aku kuatkan hati untuk ceriakan dia walaupun hati aku sedih.
'Fitri, andailah awak nampak macam mana saya sayangkan awak, mesti awak pilih saya dan bukan pilih perempuan tu. Saya akan hargai awak. Saya takkan sia-siakan awak tapi awak lebih memilih perempuan yang tak hargai pengorbanan awak. Takpelah, saya ada dekat sini dan sentiasa tunggu awak sampai awak terima saya. Ya Allah, kuatkanlah hati aku' -Yan
"Terima kasih Yan nasihatkan saya hehe" Fuhh lega sikit aku dah kongsi masalah dengan Yan. Ternyata dia bukanlah tak baik dan tak bagus cuma dia tak ada rupa sangat malah dia pun gemuk so aku decide untuk tolak dia dan taknak pilih dia. Lebih baik aku pilih yang lebih lawa dan yang kurus. Barulah sedap mata memandang. Cehhh.
'Yan, yan.. Sedangkan selipar yang dekat kaki pun orang memilih nak yang lawa dan berkualiti, inikan kekasih hati yang nak hadap 24 jam. Takkan nak pilih yang hodoh dan tak lawa. Semoga ada lelaki mampu terima kau nanti. Aku minta maaf Yan' -Fitrie
"Sama-sama awak. Saya sentiasa ada untuk awak. Kalau ada masalah, carilah saya tau. Saya akan tolong awak. Hehe"
'Hati, semoga kau kuat untuk hari-hari yang akan datang sebab aku tak akan give up selagi aku tak miliki kau hehe. Kipidap and dongibab. Iloveyou Fitri' -Yan
YOU ARE READING
I Love You, Abam Polis❤️
Romance"Tunggu abang eh sayang! Abang janji dengan duit abang kumpul ni, abang akan halalkan awak" -Fitri "I will. Datanglah banyak mana pun lelaki selagi perasaan ni masih utuh, orang akan tunggu awak, abang. I love you Abam Polis" -Yan "Jaga diri masa ab...