Bab 11 -Raya

106 2 0
                                    

Selamat hari raya,
Hari untuk bersuka ria,
Minta mak,
Kuih sepotong,
Saya mahu kerna perut kosong.

Lagu Raya dimainkan di corong radio.

Pagi aku bangun dengan gembiranya. Wah tak sabar rasanya nak pakai baju raya yang baru tu. Sebenarnya, tak sabar nak post gambar baju raya sama dengan Fitri je hehe.

"Morning sayang❤️ Selamat hari raya maaf zahir dan batin belum lagi hehe" Fitri membalas chat Yan dengan tersenyum riang.

"Morning abang. Selamat hari raya juga maaf zahir belum dan batin pun belum hehe" usik Yan. Saja je nak kenakan Fitri.

"Sayang balik kampung bila? Abang nak balik Parit dah kejap lagi" Fitri menanyakan kepada Yan. Argh sebelum balik kampung, kena jumpa dulu. Lepaskan rindu.

"Hm nak balik kampung dah? Cepatnya. Tak sempat la nak ootd raya first dengan abang" Mood gembira kini dihimpit perasaan sedih. Janganlah balik dulu!!! Nak jumpa!

"Ha'ah. Dah mandi belum ni?" Fitri cuba merancang sesuatu.

Suprise lagi ke gais?!

"Hm belum. Tak ada mood la. Malas nak mandi" Aku berasa sedih. Ya ampun!

"Mandi cepat! Lepas tu makan ye" Kata Fitri sambil memujukku. Hehe wait and see.

"Yelah. Babai perut buncit!"

"Babai budak gemok" Fitri langsung menghantar emoji julur lidah.

Poyos!

Aku siap berpakaian raya. Sebelum makan, makeup lu. Makeup? Oh my god! Tak ada la. Pakai bedak johnson baby dan blusher sikit. Itu pun rembat mak punya. Biasalah, aku tak ada barang makeup.

Menu makanan;
*Rendang ayam kampung
*Lemang

Dua makanan ni cukup buat aku kenyang. Rendang ayam mak aku memang awesome! No ones boleh challenge. Tapi tekak lain-lain kan. Aku dah biasa dari kecil dengan makanan cukup rasa dan memuaskan hati so bila jumpa makanan yang tawar, masin, kuih cair and minyak banyak tu. Tak tolak tepi, tetap makan tapi sikit je.

Seusai kenyang makan. Aku memakai aloe vera dan mengenakan liptint. Simple but nice! Duduk depan cermin dan posing sikit opss. Nampak lawa juga aku kan. Gulp! Perasan.com la.

Fitri sudah sekian lama siap. Lelaki kan pergi sembahyang raya. Fitri pun handsome but adorable! Wah cairlah. Dengan bersampin, tersongkok. Hehe.

POV Fitri;

"Mak, kita nak pergi kedai jap" ujar Fitri kepada maknya. Fitri membawa Pian sekali. Masih ingat tak gais?! Pian anak jiran sebelah rumah Fitri.

"Pian, kita pergi jumpa kak Yan jap. Jangan bagi tahu mak! Faham?" Fitri memberi amaran sambil membulatkan matanya. Garang naw.

Pian membalas "Iya abang" dengan menunjukkan riak takut-takut.

"Kejap lagi tolong tangkapkan gambar aku dengan Yan. Kalau tak, aku tak bagi duit raya" Fitri mengugut Pian. Gold digger!

"I...ya, i....... yaa. Kita tangkapkan gam...bar abang dengan kak....Yan" Pian tergagap untuk membalasnya.
END POV

Mereka sudah sampai di halaman rumahku. Aku mendapat mesej.

Ting! Ting!

"Sayang, keluar jap. Abang ada dekat luar ni. Nak tangkap gambar dan nak lepaskan rindu sebelum balik kampung hehe" Mengada!

What the??!! Dia tak cakap apa pun. Tiba-tiba muncul. Jahatnya. Suka penuh dengan kejutan. Aku dah muka ada blusher, malu la.

Sebelum nak keluar dari rumah. Okay tak tudung? Kasut? Muka? Baju? Kain? Aku melihat diri aku di hadapan cermin. Okay lawa dah ni! Perasan!

I Love You, Abam Polis❤️Where stories live. Discover now