TW:Nudity,Domestic Violence
Djin baring di atas katil bersaiz bujang seketika selepas dia bangun pada pukul 9.15 pagi.Fikirannya bercelaru tentang malam semalam;adakah kesan lebam tangannya berpunca dari pergaduhan dengan arwah ketua penjenayah geng motosikal ataupun sememangnya berpunca dari rumahtangganya.
"Awang,bangun!Dah besar panjang pun nak mak kau kejutkan" jerit suara perempuan yang berumur awal 50an dari bilik tidur Djin.
"Ya...mak.Awang dah bangun ini..." jawab Djin dalam keadaan 'mengantuk'.
"Tak payah berpura-pura mengantuk, Awang!Lekas bangun." balas mak Djin dengan marah.Djin meronta di atas katil kerana merajuk sebelum lompat darinya.Dia berjalan ke arah almari dan mengambil kemeja-T putih bergambar logo Versace celup,seluar jeans hitam baggy fit,spender FUKR bewarna hitam dan tuala mandi bewarna putih sebelah berjalan ke bilik air sambil menyapa mak angkatnya.
-------------------------------------
Djin berdiri kaku di bawah aliran air yang disembur dari kepala shower.Badannya yang tiada seurat benang dan rambut hitamnya sudah basah kuyup kerana kepalanya asyik tertunduk dari tadi tanpa menggosok badan dengan sabun.Djin tutup mata dan menghembuskan nafasnya beberapa kali.Belakang disentuh oleh seseorang dan Djin menoleh ke arah belakang dengan perlahan.Hatinya seakan-akan tidak percaya apa dia nampak;Dayang berdiri di belakangnya seperti keadaan Djin sekarang.
"Kamu inginkannya ke,Dayang?" tanya Djin dalam nada lemah lembut.
Dayang meletakkan tangan kanannya ke pipi Djin lalu mereka menyentuh bibir sesama sendiri sebelum bermulanya aksi bercumbuan di bawah air hujan bilik air kecil itu.Kedua-dua tangan Djin merayap di belakang,punggung dan paha Dayang yang gebu dan ghairah itu.Selepas habis sesi memanaskan nafsu,Djin lepaskan pelukan dan ciumannya dari Dayang.Namun,Djin terkejut bahawa itu sekadar khayalannya.
"Awang,kamu tidur ke dalam bilik air tu" jerit mak Djin sambil mengetuk pintu dengan kuat bagaikan nak merobohkan rumah banglo semi D itu.
"Awang dah nak siap ini" Djin balas dan menyiapkan dirinya dalam keadaan kelam-kabut.
_____________________
"Ini jer mak sudah siapkan untuk kita berdua" kata mak Djin.Setiap pinggan mereka mempunyai dua keping roti bakar yang disapu dengan mentega dan jem oren serta secawam milo setiap seorang.Djin tidak kata apa-apa dan kedua-dua anak beranak mula makan sarapan pagi itu.
"Kamu tidak pergi kerja ke hari ini?" tanya mak Djin.
"Hari ini saya dapat cuti hujung minggu ini sahaja,mak" balas Djin.
"Anak angkat kamu;Rudy tidak boleh balik ke minggu ini?"
"Tidak boleh sebab asrama dia telah mengadakan kelas tambahan setiap minggu.Maklumlah,UPSR bakal bertemu dengannya." kata Djin dalam nada lawak.
"Baguslah cucu angkat saya yang bersungguh-sungguh nak berjaya... Bukannya macam salah satu anak murid saya yang asyik gagal jer dalam kelas saya itu..." merungut mak Djin kerana dia seorang guru.
"Kalau budak itu ada masalah pembelajaran, mak kena perhatikan apa yang dia tidak faham;lagi-lagi soalan Matematik..." kata Djin.
"Yelah tu,Awang...Dahlah kita berbual tentang hal ini.Boleh tak kamu hantar mak ke sekolah?Kereta mak kena hantar ke bengkel semalam dan mekanik cakap petang ini kereta itu akan siap" jelasnya.
"Boleh saja,mak.Tinggalpun,mak boleh menahan tahap kelajuan Awang akan press minyak motor" kata Djin dengan angkuhnya.
____________
"Aduh...Kuat juga cengkaman mak aku tadi.Tambah pula dengan ceramah jalan raya dan pesanan-pesanan untuk membeli barang dapurnya." merungut Djin yang baru merantai motorsikal BMW S1000RR bewarna perak di tiang tempat parking motosikal.Djin berjalan ke dalam Pasaraya Giant Cyberaya dan mengambil troli besi yang besar yang sudah tersedia di pintu masuk.Djin mengambil barang-barang yang sudah disenaraikan oleh maknya itu sebelum dia masuk ke kawasan sekolah.
"Banyak gila mak aku suruh beli barang ini.Gaji belum masuk dan hanya tinggal RM250.50 sahaja dalam akaun saya ini.Nasib baiklah hari ini hari Sabtu;jualan pasar setiap pagi Sabtu dan dapat diskaun." bisik hati Djin.
![](https://img.wattpad.com/cover/270415681-288-k256327.jpg)
YOU ARE READING
[Ejen Ali Fanfiction] Setan Itu Malaikatku
FanfictionWalaupun kerjayanya sebagai seorang Ketua Teras MATA sememangnya disegani oleh para ejen,kehidupan Dayang jauh lebih daripada kebahagiaan. Mempunyai ibu bapa toksik,suami yang pandai manipulasi dan anak tiri membencinya sudah dapat mengambarkan suas...