5 tahun kemudian,seminggu selesai kes keganasan terhadap AwangKu Jin.
Babah menyiapkan rambut Wang sampai rapi.Wang melihat dirinya di cermin dan Babah menyuruhnya bergaya macam Michael Jackson Malaya;Sudirman Hj Arshad.Budak lelaki kecil memakai kemeja lengan pendek bercorak Madras Plaid, seluar pendek berwarna perang dan sandal Gladiator berwarna putih.
"Baru nampak hensem si Wang ni.Jom kita keluar dari rumah dan berjalan ke kereta,ya?" tanya Babah.
Wang hanya angguk dan Babah mendukung Wang ke luar rumah sementara menunggu sang bunga menyiapkan diri.Setibanya kedua-dua Babah dan Wang tiba di kereta Proton Saga berwarna putih,Babah membuka pintu kereta belakang dan menyuruh Wang masuk seperti VIP.Babah pergi ke pintu kereta pemandu dan startkan enjin kereta.Tidak lama kemudian,Bunda dan Dayang sudah tiba dan memasuki ke dalam kereta.
"Amboi,sayang...Lawa betul macam selebriti Madonna" Babah mengenyit mata kirinya ke arah Bunda yang memakai shirtwaist bercorak polkadot biru dan putih.
"Mengada betullah,abang" balas Bunda dengan perasaan malu.
"Babah,Dayang cantik tak?" Dayang ganggu perbualan mereka.
"Wek!" Wang menganjing dengan buat bunyi muntah.
"Cantik macam Shirley Temple" Babah senyum kerana dress pink yang dipakai oleh Dayang yang terlalu serasi dan comel.
"Babah,kita nak pergi mana?" tanya Wang.
"Adalah...Babah nak buat surprise..." senyum Babah.Babah terus memandu keretanya dan mereka meninggalkan rumah
________________________________
"Wah...Bestnya!" Wang kagum.
"Babah,nak naik tu?" tanya Dayang ke arah Babah.
"Jangan merayap,nanti korang kena culik" tegas Bunda.
"Bawa bertenang,semua tempat kita akan pergi" Babah gosok kepala kedua-dua Wang dan Dayang.Suasana pada waktu malam di funfair begitu meriah dengan lagu yang dimainkan,orang yang begitu ramai berpusu-pusu ke mari,bau makanan yang sedap,pelbagai jenis permainan boleh dinaiki serta jeritan orang yang ketakutan ketika mereka menaiki rollercoaster.
Memukau orang-orang di sekitarnya, lampu terang menyala, hampir menyilaukan sesiapa yang berani melihat ke arah mereka. Suara dari cacophony, masing-masing bertentangan dengan suara yang seterusnya, hampir memekakkan telinga.
Rasa asap diesel yang panas membakar bahagian belakang kerongkong sesiapa sahaja yang terlalu dekat untuk perjalanan Teacup yang rapi.
Sekumpulan balita yang menggembirakan dikelilingi oleh ibu-ibu yang terlalu melindungi seperti tanglung Cina yang bersinar terang. Seseorang ketinggalan, menatap Waltzers dengan keliru, sementara ibunya cuba meyakinkannya untuk pergi ke Teacups.
Remaja berkerumun di satu sudut, seseorang memegang tongkatnya seperti anak lelaki yang baru lahir.
Yang lain menghancurkan tongkatnya di bawah kakinya dan melemparkannya ke atas kepala orang ramai yang tidak curiga. Dia tidak memperhatikan kekasihnya, yang wajahnya berlumuran air mata, ketika dia menjerit kepadanya. "Saya tidak percaya, "dia menangis, melemparkan penghinaan terakhirnya, dan menyerbu, dengan cepat diikuti oleh sekumpulan gadis kecil. Mereka menghabiskan pada waktu petang melupakan teman lelakinya yang pengkhianat.
Berputar lebih cepat dan pantas, penghuni Waltzer menjerit secara histeris. "Semakin kuat anda menjerit, semakin cepat kita pergi," suara dari pengumuman mendakwa di interkom. Ketika perjalanan meletusan dengan suara bising, pengendali menguap dan melemparkan tuas. Di luar pondok kalis bunyi, perjalanan mempercepat, kemudian, klimaks berakhir, ia melambat dan berhenti. Pengawal tersandung di luar kotak dan membiarkan orang yang keluar dari perjalanan. Ada yang terus menuju ke belakang barisan, yang lain bermain-main, tersandung kaki mereka sendiri.
Menggigit giginya, seorang lelaki di tempat letak kereta menekan pemecut ke lantai, tetapi tidak berhasil.
Rumput tidak dapat dikenalipasti di bawah semua lumpur yang telah dikeret oleh kereta yang telah datang dan pergi sepanjang hari. Wajahnya memerah ketika roda berputar, menyemburkan lumpur ke Ferrari merah berkilat yang seseorang tidak cukup curiga untuk dibawa. Orang menunjuk dan ketawa dan pemilik Ferrari berteriak. Akhirnya, seseorang adalah cukup membantu untuk mendorongnya dalam perjalanan dan dia pergi dengan kelajuan tinggi, tanpa mengganggu mengucapkan terima kasih.
Di rollercoaster, seorang gadis muda menjerit, sementara kakaknya kelihatan hampir bersedia untuk tertidur. Rakan baiknya di tempat duduk di belakang kelihatan agak loya dan sangat bersedia untuk pulang. Jeritan gadis kecil itu semakin kuat di puncak tebing dan cuba menyuruh kakaknya melakukan perkara yang sama. Dia tidak akan patuh, bagaimanapun, kerana dia telah memutuskan untuk tidak pernah membawa adiknya ke pesta hiburan lagi kerana dia memalukannya.
Menggembirakan aroma wangi yang sedap dicurahkan dari gerai hotdog dan van burger, memikat orang awam yang lemah semangat untuk mencuba barang mereka. Ibu mengeluarkan poket mereka dengan cukup untuk membeli makanan yang terlalu mahal untuk anak-anak mereka yang menjerit. Remaja bertengkar dengan sesama mereka kerana mereka bertanya siapa belanja dengan siapa, dan gadis yang berpisah dengan teman lelakinya tadi dilayan dengan hotdog yang rakannya belanja.
Dayang sedang makan cotton candy berwarna pink dan Wang makan ayam goreng dan mereka nampak sesuatu yang menangkap mata mereka.Kedua-dua budak kecil itu berlari ke arah permainan kereta api dan meminta kebenaran daripada Babah bagi mereka naik.Babah melihat dompetnya dan angguk.
"Babah,kami nak naik tu"
"Boleh dan ini yang last sebelum kita pergi zoo mini dekat sana,ya?"
"Yayyy!"Mereka berjalan ke arah konduktor permainan kereta api.Babah membayar RM 2.00 kepadanya sebelum kedua-dua Dayang dan Wang duduk ke dalam tempat duduk kereta api mini itu.Apabila kereta api mula bergerak,Dayang dan Wang lambai dekat Babah dan Bunda yang hanya duduk di luar pagar kerana kereta api mini itu khas untuk kanak-kanak bawah umur 12 tahun.Babah senyum manakala Bunda yang memegang teddy bear besar yang dimenangi tadi tanya dekat babah.
"Seronoknya tengok cucu-cucu angkat kita itu gembira" Babah senyum.
"Kenapa Borhan sanggup bazir duit untuk mereka?Kita kan dah nak pokai sebelum hujung bulan.."tegas Bunda.
"Jangan risau pasal duit,Belinda.Barang stok barang dapur untuk tiga bulan dah beli,duit kecemasan dah simpan serta duit hutang-hutang dah langsai" jelas Babah.
"Kalau ye pun,janganlah boros sangat..." Bunda cubit peha kiri Babah.
"Adoi,sakitlah sayang...Ni first time saya boros demi mereka.Lagipun...inilah hari terakhir kita dapat menghiburkan Wang sebelum dia akan diberi oleh penjaga barunya dari Semenanjung Malaysia; kita tidak boleh jumpa dia lagi..."senyuman gembira Babah menjadi senyuman sedih.Bunda mengerti kata-kata suaminya itu.Selepas permainan kereta api mini sudah habis,Dayang dan Wang berlari dan memeluk Babah dan Bunda.
"Babah,kami dah habis naik kereta api" kata Dayang.
"Kami nak pergi tengok zoo" jerit Wang dengan gembira.
"Baiklah kamu berdua.Korang nak tengok binatang apa dekat sana?" tanya Babah sambil keluarga itu berjalan ke zoo.
"Ada harimau tak?" tanya Dayang.
"Insyaallah,ada..." balas Babah dengan risau.
"Wang nak tengok ular besar" kata Wang.
"Ular?!!Babah,kau pergi masuk dengan mereka berdua...Bunda takut nak masuk" Bunda terasa geli dengan perkataan ular.
"Ala,Bunda...Mereka dalam sangkarlah" balas Babah dengan selamba.
"Kalau zoo trainer keluarkan ular dari sangkar,malam ini kamu tidur luar" ugut Bunda kepada Babah.
"Yalah-yalah..." Babah mengeluh.Mereka berjalan menuju ke zoo mini yang terletak di belah Barat funfair.
___________________________
Di rumah dan jam sudah pukul 12 malam,Babah menyelimuti Wang dan Dayang sebelum dia mencium dahi mereka.Dia menutup lampu dan meninggalkan mereka berdua yang sedang tidur di ruang tamu manakala Babah dan Bunda tidur di bilik yang baharu dibina olehnya.Wang cuba tidur tetapi tidak boleh.Dia toleh ke arah Dayang dan mengejutnya.
"Dayang,Wang takleh tidur" Wang pandang ke arah Dayang.
"Pejam matalah dan kira kambing lompat pagar" balas Dayang yang cuba nak tidur.
"Wang takut berpisah dengan Dayang,Babah,Bunda...Wang takut mereka sama macam papa..." Wang menangis.
"Babah kata...Kita boleh jumpa sesama sendiri dengan tulis surat" jelas Dayang lalu memeluk Wang.
"Janji kita bersama?" tanya Wang.
"Janji selamanya..." balas Dayang sambil cium pipi Wang.Apabila Dayang lepaskan pelukan dari Wang,penglihatan Wang mula kabur.Rupa Dayang yang kecil lama-lama menjadi besar sebelum hilang di cahaya putih.
"Dayang?Dayang!" jerit Wang.
![](https://img.wattpad.com/cover/270415681-288-k256327.jpg)
YOU ARE READING
[Ejen Ali Fanfiction] Setan Itu Malaikatku
FanficWalaupun kerjayanya sebagai seorang Ketua Teras MATA sememangnya disegani oleh para ejen,kehidupan Dayang jauh lebih daripada kebahagiaan. Mempunyai ibu bapa toksik,suami yang pandai manipulasi dan anak tiri membencinya sudah dapat mengambarkan suas...