Di highway, kereta Audi RS E-Tron GT bewarna hitam telah memotong beberapa buah kereta seperti cerita Fast And Furious. Bunda duduk di tempat duduk belakang bersama Dayang manakala Babah sedang mengambil alih tugasan pemanduan dari Dayang.
"Abang...Boleh kamu bawa kereta Wang ini perlahan tak? Ini bukan kereta kita; tapi kereta orang..." Bunda berasa ketakutan dengan kelajuan Babah memandu kereta milik Djin.
"Nyawa Wang sudah macam telur di hujung tanduk...Sejak bila kamu baru panggil Babah...'abang'?" pipik Babah mula merah.
"Itu tidak penting...Yang penting, kamu senyap dan saya pujuk Dayang yang sedih ini" kata Bunda sambil mengusap belakang Dayang untuk bertenang.Babah hanya mengangguk. Bunda melihat wajah Dayang yang sedih seperti orang mengalami kemurungan yang teruk.
"Dayang... Ini bukannya salah kamu sepenuhnya " Bunda memujuk Dayang
"Maafkan saya,...Bunda..." Dayang menangis.
"Bunda sudah lama maafkan kamu,cu" Bunda senyum hampa.
"Babah pun saya,Dayang ku intan... Kita semua sentiasa memberi sokongan pada kamu; tidak kira senang ataupun susah" kata Babah kerana terasa dia ditinggalkan.
"Babah ni..." Bunda geram.
"Sorry,Bunda..." Babah terus senyap.
"Apa-apapun,kamu sudah sedia untuk memberitahu tentang... Anak kamu dan dia?" Bunda mengusap perut Dayang yang sudah tiada kandungan anak.
"Kalau Djin benci saya tanpa mengetahui hal sebenar, macamana? " Dayang mula risau dengan reaksi Djin.
"Babah kamu akan selesaikan dengan cara soal siasat polis..." Bunda muncung mulutnya ke arah Djin.
_________________________
Setibanya di Hospital Cyberaya, Dayang dan kedua-dua atok-neneknya berlari menuju ke bilik ICU.Setibanya mereka tiba di selekoh hallway, Dayang terlanggar seorang makcik pendek yang berbaju kurung oren dan bertudung kuning.Mereka berdua terjatuh."Aduh,sakitnya..." rengek Dayang yang kaki kirinya terseliuh.
"Kau ni...takde guna mata ke nak- Eh?" belum makcik pendek habis marah, dia perasan seseorang yang dia kenal.
"Dayang, kamu okay? Maaflah kamu sebab nak pergi ke bilik ICU,Puan...Munah?!!" Bunda terkejut dengan orang yang pernah dia jumpa sejak zaman 70-80an sudah kembali.Bunda mengangkat Munah manakala Babah memapah Dayang yang kakinya terseliuh dan letaknya di kerusi panjang yang berdekatan.
"Munah ada sakit apa-apa ke?"
"Saya okey kecuali anak angkat saya berada di bilik bedah sekarang"
"AwangKu Jin macamana punya keadaan"
"Masih dalam proses pembedahan,B-"
"Sekejap!Bagaimana Babah dan Bunda kenal Puan Munah?"
"Nanti Babah ceritakan bagaimana Puan Munah ambil Wang sebagai anak angkatnya...Sekejap,ya?"Krack!
Bunyi tulang kaki kiri Dayang patah terlalu kuat. Dayang menahan sakit manakala Munah dan Bunda terasa ngilu.
"Sudah betulkan,Dayang..." senyum Babah dengan bangga.
"Terima kasih,Babah" Dayang mula berdiri secara perlahan-lahan sebelum boleh berjalan seperti biasa.
"Jom,kita perlu pergi ke bilik pembedahan" Babah mengajak kesemua para wanita ke bilik itu.Semasa dalam perjalanan mereka di dewan pembedahan,Babah menceritakan bagaimana Munah mengambil Djin sebagai anak angkatnya.
"Sewaktu kamu kecil dan ayah Wang..." Babah mula bercerita.
"Saya panggil dia 'Awang'-lah..." Munah mula menyampuk
"Apa-apa jerlah...Diakan orang sama,kan?" balas Babah dengan bengang.
"Ya..." Munah pandang ke tempat lain.
"Mana ya saya nak cerita?Oh ya...Selepas sesi mahkamah tentang kes papa kepada Wang,Babah dan Bunda menjaga Wang seperti saya menjaga kamu seperti anak sendiri;kecuali Wang ada masalah PTSD disebabkan oleh kecederaannya didera oleh papanya.Selepas beberapa minggu,Puan Munah inilah yang berjumpa dengan kami untuk mengambil Wang sebagai anak angkat.Baru balik dari Maktab Perguruan di semenanjung Malaysia bersama-sama suaminya..." Babah menceritakan bagaimana Munah ingin mengambil Djin sebagai anak angkat.
"Loqman itu ex-boyfriend saya dan kami berputus selepas beberapa bulan kami bersama sebab arwah ibubapanya tidak restu dengan perkahwinan kami" jelas Munah dengan bengang.
"Saya tidak tahu perkara itu... Nak dipendekkan cerita, semua urusan proses mengambil Wang sebagai anak angkat sudah selesai" Bunda sempat menghabiskan cerita itu.
"Tentang hal itu,Wang masih dalam agama Buddha ke?" tanya Dayang tentang status agama Djin.
"Saya tidak memaksa Awang masuk Islam sebab saya banyak jumpa kebanyakkan orang bukan Islam di Borneo ada nama ala-Melayu... Lagipun, Awang masih berdukacita dengan kematian mendiang bekas isterinya serta menantu saya;Mei" kesal Munah.Dayang diam seketika kerana jika Djin terpaksa tukar agama semata-mata untuk menyembunyikan status anak luar nikah mereka,maka ia menjadi sia-sia kerana anak mereka sudah mati dalam keguguran yang tidak sengaja.
Setibanya mereka sampai ke dewan menunggu di bilik pembedahan,Zain dan Ganz segera bersalaman dengan Babah.Rudy pula berlari dan memeluk Munah,Bunda dan Dayang. Babah terkejut dengan keadaan kedua-dua Zain dan Ganz; lengan kiri Zain berbalut kerana patah dan rambut afro Ganz terpaksa dinipiskan kerana doktor ingin membalut kepalanya yang berdarah dari kesan hantukan.
"Astagfirullah...Apa sudah berlaku pada kamu berdua ini?" Babah mula risau.
"Selepas Djin ditembak oleh Ameer,saya terpaksa bergelut dengan Ameer ke bahagian dapur rumah manakala Ganz mengheret Djin ke tempat lebih selamat dan menghubungi polis dan ambulan" jelas Zain.
"Selang saya menghubungi talian kecemasan, saya terdengar tulang lengan Zain patah dengan kuat dan Ameer sedia untuk menembaknya.Saya berlari ke arah Amer untuk menghentikan perbuatan Ameer itu.Namun..." Ganz terhenti seketika.
"Namun apa?Kamu tertembak Ameer ke?" tanya Bunda.
"Malangnya,ya...Sebab dia gunakan kepala bucu pistol untuk mengantuk muka saya sampai berdarah.Saya cuba mengambil pistol itu dan secara tidak sengaja,saya tertekan picu pistol semasa muncung pistol itu betul-betul mengacu ke leher Ameer" Ganz menyambung kata-katanya.
"Innalillahi... Apa-apapun, terima kasihlah kamu bertiga sudi menamatkan riwayat orang gila itu" Babah menarik nafas leganya.
"Zain,Ganz... Teruk sangat ke keadaan Djin yang dikerjakan oleh Am-"Belum sempat Dayang habis tanya soalnya, seorang doktor pakar bedah keluar dari dewan pembedahan itu. Semua orang berkerumung sekeliling doktor itu.
"Doktor,bagaimanakah keadaan anak angkat saya?" Munah berjalan ke arah doktor pakar pembedahan itu.
"Segala proses pembedahan hampir selesai kecuali dia perlukan darah AB- jenis Rh null... Kami ada masalah pembekalan banyak darah sejak kebelakangan ini" jelas doktor dengan nada risau.
"Darah O+ tidak boleh derma ke?Kan darah O+ boleh derma kepada kesemua kumpulan darah" Babah rasa janggal.
"Lagi bagus jika darah itu sama dengan dengan dua-dua belah pihak.Malangnya... Darah AB- Rh null itu antara darah terjarang di bumi ini" jelas Doktor dengan nada kesal.
"Sa...Saya ada darah itu. Tolonglah selamatkan nyawa dia" Dayang bersuara sambil berjalan menuju ke doktor
"Dayang..." Bunda memeluk lengan cucunya itu.
"Bunda,kamu semua...jangan risau.Saya sudah sedia untuk membantu Djin" Dayang menarik nafas dengan tertekan.
"Baiklah,cik Dayang.Ikut saya sekarang." doktor membawa Dayang ke bilik tabung darah.Kesemua orang di ruang menunggu bilik pembedahan itu risau dengan keadaan genting mereka hadapi.Zain mula rasa kesal dan dilema ketika dia mengingatkan sesuatu berita yang berbahaya untuk untuk memberitahu kepada kedua-dua Djin dan Dayang.
"Harap-harap,kamu berdua bakal terima berita yang menguji tahap kehidupan kamu berdua nanti..." bisik hati Zain dengan penuh kesal.
![](https://img.wattpad.com/cover/270415681-288-k256327.jpg)
YOU ARE READING
[Ejen Ali Fanfiction] Setan Itu Malaikatku
FanficWalaupun kerjayanya sebagai seorang Ketua Teras MATA sememangnya disegani oleh para ejen,kehidupan Dayang jauh lebih daripada kebahagiaan. Mempunyai ibu bapa toksik,suami yang pandai manipulasi dan anak tiri membencinya sudah dapat mengambarkan suas...