Di dalam bilik tidur khas untuk tetamu,Zain sedang menaip laporan dan tugasan untuk para Ejen MATA manakala Ganz sedang tidur di atas katil sambil memeluk bantal peluk bergambar Keisha Grey berbikini. Dengkuran Ganz membuat Zain ingin mencepuk muka Ganz dengan buku kamus tebal.
"Kalaulah saya boleh senyapkan mulut si Ganz yang bising itu. Tahulah rambut afro dia yang tebal itu kalis bunyi..." bisik hati Zain dengan bengang.
Zain mengeluh dan terus menaip laporan. Zain menjeling ke satu frame gambar di tepi laptopnya.Gambar itu menunjukkan sepasang budak lelaki dan perempuan umur lebih kurang tiga tahun bermain di dalam paya sawah padi. Zain tersenyum hampa dekat gambar itu.
"Dayang dan Djin...Dahulu musuh dan sekarang sudah bercinta...Tetapi adakah cinta mereka hanyalah lepasan nafsu syahwat dan kebodohan mereka?" bisik hati Zain.
______________________________
Di dalam bilik soal siasat MATA,Zain dan Ganz berdiri di hadapan Djin yang duduk dengan perasaan keliru."Kamu tahu mengapa kamu berada di sini?"
tanya Zain.
"Selepas dari mesyuarat di Menara Beta,kamu membawa saya ke sini secara tiba-tiba... Macamlah saya buat salah..." Djin buat bodoh.
"Memang pun!Dan...kamu berdua terlibat satu kesalahan besar di MATA dan negara!” Ganz mula geram.
"Kau kata aku pembelot ke,bonsai?!!" Djin mencabar kemarahan Ganz.
"Kau ni..." Ganz sudah hilang sabar.Ganz ingin menumbuk Djin tetapi berjaya dihalang oleh Zain.
"Sudah kamu berdua. Ganz,keluar dari sini. Biar saya selesaikan Djin secara aman" tegas Zain.
"Suka hati kau lah,Zain" Ganz berdengus lalu meninggalkan mereka dari bilik soal siasat.Zain mengeluh seketika dan pandang ke arah Djin dengan kesal. Djin faham namun tertanya apa Zain ingin sampaikan.
"Kamu sedia untuk ceritakan hubungan kami sebenar dengan Dayang?" Zain mula tanya soalan dekat Djin.
"Kamu kata saya ingin ambil kesempatan dalam Dayang menerima kesusahan?" Djin buat-buat keliru.
"Mungkin ya dan mungkin tidak...Djin,sebahagian daripada ejen mengetahui skandal seks kamu bersama Dayang" Zain mula mengeluh.
"Mungkin orang lain nak sabotaj nama saya dan Dayang..." suara Djin mula nak gugup.Zain mengelengkan kepalanya dan mengambil sebuah tablet hitam dari begnya. Zain mempamerkan video dari rakaman CCTV beberapa hari lepas yang menunjukkan Djin dan Dayang sedang berzina. Muka Djin telah menjadi pucat dan jantungnya berdenyut dengan kencang.
"Selepas itu,saya pergi ke pejabat kamu dan saya dapat mengumpul 'stain' air mani kamu dan air mani Dayang" Nada Zain semakin lama menjadi serius.
"Sudah,Zain!Saya mengaku bahawa saya dan Dayang telah berzina selepas sambutan akhirnya tempoh iddah Dayang." Djin akhirnya mengaku kesilapannya.Zain terkejut dengan pengakuan yang begitu berani yang disampaikan oleh Djin. Djin menarik nafas beberapa kali sebelum menyambungkan pengakuannya.
"Saya mengaku bahawa saya sudah jatuh cinta pada Dayang;bukan bermula dari nafsu syahwat... Sepanjang saya membantu Dayang dari segi mental dan psikologi, dia telah mengingatkan saya tentang mendiang isteri saya; Mei dan anak dalam kandungannya. Saya gagal melindungi dan bercinta dengan Mei sebab sikap saya terlalu workaholic dan egoist sampai dia sanggup curang dengan lelaki lain walaupun anak saya dalam rahim Mei Pada waktu itu adalah 6 bulan" Djin mula rasa sedih.
Zain berasa bersalah antara untuk merasa simpati ataupun marah dengan tindakan Djin yang terlalu kontroversi itu.
"Saya faham dengan kesedihan kamu.Tetapi,Dayang baru habis tempoh eddah dah kamu terus... Kamu berdua sudah terlanjur dengan perbuatan kamu itu"
"Terlanjur?Maksud kau..." Djin terkejut dengan perkataan itu.
"Kamu sudah mengetahui tanda itu,kan?Dayang rasa mual banyak kali sejak pagi semalam" Zain menegur Djin kerana rakannya masih tidak tahu perkara sebenar.
"Dayang bakal dapat anak saya?Tak mungkin..." Djin mendengar dengan tidak percaya.
"Kalau kamu berdua 'bermain' tanpa 'safety protection',memang dapatlah" Zain menyindir dengan tenang.
"Kalau begitu... Saya mesti memujuk Dayang untuk berkahwin dengan saya!Saya tidak mahu dia tertekan apa yang dia bakal dihadapi dengan cemuhan masyarakat luar. Terima kasih kerana sudi memberitahu saya tentang hal ini" Djin berdiri lalu beredar dari bilik soal siasat itu.Zain cuba menghalangnya tetapi gagal. Zain mengambil satu sampul surat bewarna coklat dari begnya sambil termenung dengan penuh kekesalan.
____________________________
"Perlu ke saya berterus terang daripada memberi surat ini kepada Djin dan Da-"AHHHHH!!!!!
Tenungan Zain dan mimpi indah Ganz terganggu dengan jeritan seorang lelaki serta bunyi barang jatuh di ruang tamu utama.
"Apa yang si setan buat tengah malam ini?" Ganz merungut.
"Ameer sudah menyerang Djin-lah,pokok! Kita perlu tolong dia!" Zain keluar dari bilik tidur dengan segera.
"Pokok kau panggil aku" Ganz yang masih mamai baru lompat keluar dari katil.Zain berlari dan melompat dari tangga untuk menyelamatkan rakan baiknya;Djin. Zain terkejut dengan suasana ruang tamu yang bersepah dengan sepihan kaca dari pasu,pinggan-mangkuk,meja dan sepihan kayu di perabot. Zain terlihat Ameer sedang memijak belakang Djin yang terbaring meniarap di atas lantai.
"Kau dah serik ke,setan?" tanya Ameer sambil menarik rambut Djin
"Dalam 1000 tahun,saya tidak akan mengalah dengan seorang lelaki gila yang telah membunuh anak kandungnya serta bekas keluarga mertua sebab tidak mengaku kesalahannya sendiri!"
"Sial lah ka-"Zain sempat menolak dan 'pinned' Ameer di lantai.Djin terasa sungguh sakit sambil merangkak menuju ke tangga di mana Ganz baru turun tangga. Ganz ternampak apa sudah berlaku lalu berlari menuju ke arah Djin untuk bagi dia berdiri. Ameer bergelut untuk melepaskan dirinya dari Zain tetapi hanya tangan kirinya yang terlepas.
"Kamu ingin berlari ke mana,Ameer? Baik kau menyerah diri kamu" tegas Zain kepada Ameer.
"Kamu hanya pandai menghalang saya dari belakang.Tapi..."Ameer mengambil sesuatu dari bajunya lalu memacu ke arah Djin yang sedaya upaya membangun dari merangkak.
"Jika saya tak boleh dapat Dayang, si setan ini juga sama!" jerit Ameer sekuat hatinya.
BANG!!!!
_______________________________
Dayang segera terbangun dari mimpi ngeri itu. Jam sudah pukul 7 pagi apabila dia melihat jam di telepon pintar milik Djin. Ketika Dayang sedang mengeliat badannya, seseorang telah mengetuk pintu dengan kuat bagaikan nak merobohkan rumah chalet itu."Sekejap" Dayang berlari ke pintu lalu membuka.
Dayang terkejut bahawa Babah dan Bunda sudah siap membungkus beg bagasi mereka seperti mereka ingin keluar dari chalet dengan segera.
"Kenapa, Bunda?" Dayang yang masih dalam keadaan mamai.
"Ya Allah, Dayang... Banyaknya darah haid kamu keluar..." mata Bunda terbeliak apabila ternampak seluar tidur milik Dayang dibasahi dengan 'darah haid'.
"Alamak!" Dayang menutup pintu dengan segera namun dihalang oleh Babah dengan segera.
"Tidak mengapa, Dayang. Sudah adat kamu uzur dengan tidak sengaja. Apapun, lekas mandi serta kita mesti beredar dari sini" Babah kata dengan nada jelas.
"Kenapa, Babah?" Dayang tertanya.
"Wang...sudah masuk di ICU kerana Ameer menembaknya dari belakang semasa Wang sudah separuh nyawa ketika dia-"Dayang menutup pintu bilik dengan kuat. Babah dan Bunda terkejut namun mereka tahu Dayang sedang berdukacita.
"Dayang, kalau kamu ada masalah...beritahu bunda,ya? Kami...tunggu kamu untuk bersiap ya,cu?" Bunda berasa risau dengan perangai Dayang yang tidak teratur.
Dayang melutut di pintu bilik sambil memegang janin berdarah yang tergugur dari rahimnya. Dia melihat katil yang ditidur olehnya juga berdarah banyak. Segala gambaran di dalam mimpinya adalah betul dengan berita buruk yang disampaikan oleh Babah. Dayang mula menangis dengan apa yang sudah berlaku.
"Maafkan saya, Djin... Saya gagal membawa anak kita... Saya tidak sengaja..."
YOU ARE READING
[Ejen Ali Fanfiction] Setan Itu Malaikatku
FanficWalaupun kerjayanya sebagai seorang Ketua Teras MATA sememangnya disegani oleh para ejen,kehidupan Dayang jauh lebih daripada kebahagiaan. Mempunyai ibu bapa toksik,suami yang pandai manipulasi dan anak tiri membencinya sudah dapat mengambarkan suas...