Walaupun kerjayanya sebagai seorang Ketua Teras MATA sememangnya disegani oleh para ejen,kehidupan Dayang jauh lebih daripada kebahagiaan.
Mempunyai ibu bapa toksik,suami yang pandai manipulasi dan anak tiri membencinya sudah dapat mengambarkan suas...
Di parking lot hotel,Djin sedang menyahbaiki kereta seseorang yang merupakan kereta Ameer.Djin yang mempunyai kemahiran asas automobil dan memecah masuk kereta telah mencabut enjin-enjin penting dalam bonet kereta serta menconteng perkataan-perkataan lucah sebagai tanda membalas dendam dekat Ameer.
"Baru puas hati saya...Kau rosakkan semangat diri Dayang dan saya merosakkan kereta kesayangan kamu..." Djin beredar dari kereta yang telah dicacatkan olehnya.
Djin masuk ke dalam hotel seperti biasa dan berjalan menuju ke ruangan lobi untuk menikmati suasana kekayaan dan tenang dalam hotel 5 bintang itu. Namun,perjalanan singkatnya itu telah tergendala kerana seseorang terlanggar Djin sampai mereka berdua terjatuh. Djin melihat kearah perempuan itu dan dia adalah Dayang. Receptionist wanita perasan situasi itu lalu menolong mereka berdua bangun.
"Tuan,Puan...Kamu tidak mengapa?" tanya receptionist sambil menarik tangan Djin "Saya okay,tetapi yang puannya itu..." kata Djin sambil melihat keadaan Dayang tidak terurus. "Puan,ada apa-apa masalah ke?" tanya receptionist sambil membawa Dayang ke sofa. "Semuanya sudah berakhir,Djin..." Dayang mula menangis.
Djin dan receptionist memandang sesama sendiri dengan perasaan bersalah. Receptionist melutut sambil mencuba memujuk Dayang yang kecewa itu.
"Puan janganlah sedih.Cuba bagitahu kenapa.Mungkin kita berdua boleh membantu" kata receptionist dengan lemah lembut. "Dia curang sama saya..."kata Dayang dengan teresak-esak. "Sa...Saya rakan seperjabat,cik.Yang curang sama dia adalah suaminya" Djin membalas dengan segera apabila tukang receptionist memandang tajam ke arah lelaki Cina itu. "Cik,jangan salahkan kawan saya ini...Dia yang membantu menangkap suami saya berkhalwat dengan perempuan simpanannya" jelas Dayang sambil mencuba menahan tangisannya.
Receptionist hanya mengangguk serta memberi ruang kepada kedua-dua Djin dan Dayang.Selepas dia beredar,Djin berdiri di sebelah Dayang yang duduk di sofa panjang ruang lobi.
"Dayang,adakah kamu perlukan bahu untuk menangis?"
Dayang hanya mengangguk.Djin duduk di sebelah kanannya lalu menyuruh Dayang meletakkan kepalanya di bahu kirinya yang luas itu.Dia mengusap lengan kiri Dayang sambil sedia mendengar luahan kecewa Dayang itu.Ketika Dayang ceritakan apa yang sudah berlaku terhadapnya,seorang lelaki tua yang tegap berjalan menuju ke arah mereka.
"Ganz,apa yang berlaku sele- Oh.Maafkan saya,encik." kata Djin selepas dia sedar lelaki itu bukannya Ganz. "Tidak mengapa,anak muda.Saya sebenarnya ayah mentua kepada perempuan yang kamu pujuk itu"kata lelaki tua itu dengan tenang. "Betul ke,Dayang?Mak...maksud saya...Apa yang sudah berlaku,encik-" Djin terasa gugup. "Panggil saya Khaleed" Khaleed berjabat tangan dengan Djin. "Encik Khaleed,bolehkah saya ingin meminta diri?" tanya Dayang. "Kamu dan Dayang...Ikut uncle ke dewan makan hotel ini."Khaleed perlawa dua orang itu.
Dayang dan Djin pandang sesama mereka dalam keadaan keliru.Khaleed memujuk mereka dengan menyatakan bahawa dia belanja mereka berdua makan bersama serta dia ingin membincangkan sesuatu kepada mereka.Dayang dan Djin akhirnya terpaksa mengalah. _______________________________________________________
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Suasana di restoran rooftop di hotel sungguh menenangkan pada malam itu.Cahaya kuning dari lilin pada setiap meja dan lagu irama jazz menenangkan jiwa Dayang yang bergelumung dengan tekanan.Mereka menikmati air Atopia Spiced Citrus yang dipesan oleh Khaleed.Ketika mereka menikmati minuman itu,Khaleed ingin bermula berbicara dengan Dayang.
"Dayang,kamu sudah tenang ke?" "Saya sedaya upaya Encik Khaleed" "Panggil saya 'papa',Dayang.Saya sudah menganggap kamu itu anak uncle sendiri." "Mereka tahu ke jika saya berada di sini?" "Papa berbohong kepada mereka yang papa 'gagal' kejar kamu.Tetapi,uncle perasan yang sebenarnya lelaki ini yang membawa kamu ke hotel ini,kan?" senyum Khaleed ke arah Djin. "Tidaklah saya pandai sangat,Khaleed.Apa-apapun,panggil saya Awang" kata Djin. "Tetapi,mengapa dari tadi Dayang memanggil kamu 'Djin'?Macam tak elok jer nama panggilan kamu itu..."tanya Khaleed mengenai nama panggilan Djin. "Sebenarnya,nama panggilan saya 'Jin' yang bermaksud 'emas' dalam bahasa Cina.Cuma yang silapnya itu...Saya terlupa jelaskan maksud nama itu dan last-last,diorang panggil saya 'Djin'"Djin tersenggih malu "Haih...Macam-macamlah orang zaman sekarang ini.By the way,Dayang...papa setuju menjadi lawyer untuk kamu untuk kes perceraian kamu" kata Khaleed kepada Dayang. "Biar betul,papa?Kena bayar berapa ribu,ya?" tanya Dayang. "Free of charge termasuklah bayaran perubatan demi keselamatan Dayang" senyum Khaleed. "Maaf jika soalan ini terlalu peribadi untuk kamu berdua.Tetapi,mengapa kamu sanggup menolong Dayang seperti anak kandung sendiri?" tanya Djin. "Sebab Dayang pernah menyelamatkan dan menjaga uncle sewaktu uncle terlibat dalam kemalangan.Dayang sanggup berkerja melalui online ketika uncle sakit tenat manakala Ameer dan Sarah hanya mendesak uncle menandatangani wasiat uncle itu sebab mereka nak kaut harta uncle.Ibubapa Dayang pun tidak pernah menanya khabar ataupun melawat uncle waktu itu." jelas Khaleed ketika mengenang budi Dayang kepada Djin.
Pipi Dayang menjadi merah kerana malu dengan pujian Khaleed yang ibarat seperti ayah mithali kepadanya berbanding ayahnya sendiri.Djin jelingbl ke arah Dayang sambil tidak sengaja tersenyum.Khaleed melihat ke arah mereka dan dia dapat merasa hubungan mereka lebih erat daripada hubungan persahabatan.
"Jadi papa...bila saya ingin pergi mahkamah tentang urusan perceraian saya?" "Kamu sudah membuat laporan polis dan perubatan tentang kes ini? Kamu sudah ada mengambil 'duit simpanan bersama Ameer' sebelum membuat pelan ini?Serta,kamu telah mengambil barang penting daripada rumah kamu itu?" tanya Khaleed dengan nada tegas. "Sudah,papa.Tetapi,apa berlaku jika keluarga saya akan mencari saya?" tanya Dayang. "Yang itu...kamu tidak perlu risau kerana uncle akan selesaikan kes ini" senyum Khaleed. "Dayang,kamu ada tempat tinggal buat sementara waktu tak?Jiran saya ada buat sewa rumah dan ia sesuai untuk seorang penghuni." tanya Djin kerana teringat dengan tempat tinggal Dayang. "Tidak mengapa,Djin.Buat sementara menunggu 3 kali suci selepas perceraian itu,saya hendak tinggal dengan Bunda dan Babah" balas Dayang sambil meneguk air Atopia Spiced Citrus dari cawan tinggi. "Bunda dan Babah kamu itu...siapa?" tanya Djin seakan-akan terkejut dengan nama itu. "Nenek dan atok saya.Dulu mereka tinggal di Sarawak dan sekarang saya membawa mereka tinggal di Cyber Heights" jelas Dayang.
Djin dan Khaleed mengangguk faham.Khaleed memandang ke arah Djin kerana dia dapat merasa bahawa Djin dan Dayang mengenali antara satu sama lain sejak kecil.
"Bunda dan Babah?Macam pernah dengar nama itu...Jika mereka adalah orang 'itu',maknanya...Dayang adalah..." fikir Djin yang menghabiskan secawan air itu tanpa berhenti sambil menjeling ke arah Dayang yang masih berbincang dengan Khaleed.