🌹Bab 1🌹

47 1 0
                                    

Carole baru sahaja berpindah ke sekolah itu. Dia masih begitu.

Diam. Asing. Sunyi.

Sedihkah dia? Tidak. Malah dia terlalu biasa dengan semua ini.

Berpindah dari sebuah sekolah ke sebuah sekolah sejak dari tingkatan 1 hingga kini tingkatan 5.

Kehadirannya di sekolah hanyalah selama sebulan dua sebelum dia berpindah ke sekolah lain. Pekerjaan ayahnya memaksa dia menerima semua ini.

Akhirnya, dia sudah terbiasa untuk tidak berkawan apa lagi...
Bercinta.

Kerana sedar perpisahan yang dibenci adalah pengakhiran kepada sebuah cerita.

Waktu rehat itu, dia hanya duduk di mejanya bersendirian menikmati nasi lemak yang dibekal dari rumahnya.

Tiada walau seorang pun yang cuba mendekatinya.

Kenapa?
Muka aku buruk sangat ke?
Entahlah, mungkin semua anggap aku tidak mahu berkawan.
Lantaklah, bulan depan aku pindah pun.

Jackson sedari tadi memandang gadis itu yang pada pandangannya sangatlah asing. Apa yang dia tahu tentang gadis itu hanyalah, Carole. Ya, Carole.

Carole sangat misteri. Diamnya menimbulkan tanda tanya. Namun, Jackson tidak mampu menidakkan bahawa gadis ini berjaya membuatnya terpukau walau hanya dengan sekali pandang.

Manis. Kulitnya putih bersih dengan anak mata hitamnya yang bulat pekat.

Uniform sekolah yang tersarung ditubuhnya sangat berbeza dengan gadis lain. Padanya, gadis itu sangat cantik walau hanya dengan uniform sekolah yang berskirt pendek itu.

Selain dari itu, yang dia tahu, gadis ini hanya duduk di mejanya dari pagi hinggalah tamat waktu sekolah.

Hanya pada waktu rehat, dia akan bangun sebentar untuk ke tandas.

"Wehh, kau tengok si Carole macam nak telan tu kenapa? Kau biasa kaku, beku. Takkan dah cair kot?" William hanya menegur rakannya yang sangat pelik beberapa hari ini.

Siapa tak kenal dengan Jackson. Wajahnya cukup memukau mana-mana gadis yang memandang. Namun, tidak sekali pun Jackson memanfaatkan wajahnya untuk tujuan itu.

Malah, dia membiarkan dirinya berimej beku dan kasar untuk mengelakkan gadis-gadis itu daripada terpikat dengannya.

"Diamlah kau!" Jackson merengus geram lantas bangun dari duduknya dan menghampiri Carole yang sedang menuju ke pintu kelasnya untuk keluar ke tandas.

Dia memintas di hadapan gadis itu. Jackson tersenyum melihat wajah gadis itu yang...
Kosong.

Lupakan Aku (COMPLETED)Where stories live. Discover now