🌹Bab 6🌹

15 1 0
                                    

"Buat apa kat sini? Kau cakap nak hantar aku balik!" Carole menempik kuat memarahi Jackson. Dia ingatkan Jackson serious mahu menghantarnya pulang, malah gadis itu dibawa ke sebuah taman yang terkenal di Los Angeles iaitu Descanso Garden.

"Kau memang tak nak turun motor ke?" Jackson muka mengeluh memandang gadis itu yang sangat degil. Walaupun dia sudah turun dari motornya, Carole tetap di atas motor tidak mahu turun.

Jackson melangkah lemah menghampiri gadis itu. Tangan Carole dicapai. Matanya teguh merenung dalam ke anak mata gadis itu.

Carole berpura-pura melihat ke arah lain. Jangan Jackson, kau Tak boleh macam ni!

"Tengok aku Carole. Tolong." Jackson mencari anak mata gadis itu sebelum mereka bersabung pandang.

"Aku tak mahu tahu kenapa kau Tak nak rapat dengan aku atau orang lain. Tapi, tolong. Aku minta hari ni. Tolong jadi kawan aku. Cuma kawan. Walaupun aku rasa kau tahu apa yang aku rasa." Jackson menutur lembut kata-kata itu tepat menikam hati Carole.

Zapp! Hati Carole benar-benar terpanah. Sakit! Sangat sakit! Namun, dia kuatkan juga hatinya walaupun dia tahu wajahnya sudah panas. Mungkin kerana mahu menangis!

"Berapa kali aku dah cakap dengan kau. Jangan rapat dengan aku! Hubungan aku dengan kau atau sesiapa sahaja takkan pernah lama." Carole berkata dengan suara tertahan-tahan.

Jackson hanya mengeluh lagi. Wajahnya diraup kasar. Sekali lagi. Dia penat. Dia Tak faham kenapa? Apa masalahnya?
Lantaklah! Aku tak kira semua tu.

"Tak kisahlah semua tu. Dah, Jom. Teman aku jalan-jalan." Jackson menarik lembut tangan gadis itu. Carole akhirnya mengalah. Beg sekolah mereka ditinggalkan di motor.

Jackson menggenggam kemas tangan gadis itu bagai tidak mahu dilepaskan.

"Kau nak apa? Aku belanja." Jackson mula bersuara memecahkan kebisuan mereka. Namun, Carole hanya menggeleng.

"Kalau macam tu, kau duduk sini sekejap. Nanti aku datang balik." Jackson membawa Carole ke sebuah bangku yang menghadap sebuah taman yang penuh dengan bunga pelbagai warna.

Carole hanya menurut tanpa membantah. Dia hanya memandang Jackson yang semakin hilang dari pandangannya. Dia memandang ke hadapan. Memikirkan hatinya.

Betul ke apa aku buat? Aku bagi harapan dekat dia ke? Atau dekat diri aku sendiri? Macam Mana kalau dia terluka? Kalau aku terluka?

Carole menggeleng-gelengkan kepalanya menepis semua itu. Batu sahaja dia nekad untuk lari, suara Jackson menyanyikan lagu Happy Birthday masuk ke corong telinganya.

Dia memandang ke arah lelaki itu. Jackson tersenyum sebelum mengambil tempat duduk di sebelah gadis itu.

"Buat wish. Dan tiup lilin ni." Jackson berkata gembira. Sekali lagi, Carole hanya menurut.

Hajat yang dibuat mungkin mustahil untuk ditunaikan. Namun, dia tetap melafazkannya. Selesai membuat hajat, Carole memandang Jackson semula dengan pandangan yang lebih lembut.

"Macam mana kau tahu?" Carole tersenyum nipis melihatkan telatah Jackson yang mengusik jiwanya. Sejujurnya, tiada seorang pun rakannya yang tahu hari lahirnya. Apa lagi menyambutnya begini.

Tanpa sedar, ada titik mutiara yang bertakung di tubir mata gadis itu. Carole terharu bercampur takut. Perlahan, air mata itu menitis.

Jackson terpempan melihat keadaan Carole. Lantas, kek itu diletakkan di sebelahnya sebelum dia mengelap air mata gadis itu.

Dia membawa gadis itu ke dalam pelukannya. Semakin lama, semakin kuat tangis Carole.

"Janganlah nangis. Aku tak sukalah. Kalau kau Tak berhenti aku cium!" Carole terus berhenti menangis sebelum dia menumbuk perlahan lengan lelaki itu.

Dia membetulkan duduknya semula. Air mata yang berbaki dikesat kasar.

"Macam mana kau tahu?" Sekali lagi Carole bertanya.

"Adalah" Jackson menjawab sambil tersenyum nakal. Sejujurnya, dia udah bagaikan pencuri yang menyelinap masuk ke dalam ruangan guru semata-mata mahu mencadri data si gadis ini. Risau juga kalau ulang tahunnya sudah terlepas. Tapi, nasib dia memang baik!

Carole hanya ketawa hambar. "Ni hadiah aku kan?" Carole mengambil kotak kecil bewarna merah jambu itu yang cantik diikat bersama tiga kuntum bunga mawar merah di atasnya.

"Aik, tiga kuntum pula ya? Biasa satu je." Carole berbasa-basi.

"Hurm... Itu ada maksud tau." Jackson ralit memerhati dengan senyuman masih di bibirnya.

Carole mencium mawar itu seperti kebiasaannya. Jackson hanya tersenyum sambil memerhati.

Perlahan-lahan, Carole membuka kotak kecil itu. Matanya bersinar melihat cincin gangsa yang ringkas di dalam kotak itu. Ada dua cincin. Satu untuk lelaki. Satu untuk perempuan.

"Kau melamar aku ke ni?" Carole berkata sambil ketawa kecil. Matanya terus memandang mata redup lelaki itu.

"Mungkin." Jackson mengangkat keningnya sambil tangannya mencapai kotak kecil itu daripada tangan Carole.

Cincin untuk perempuan yang saiznya lebih kecil itu diambil dan kemudian tangan Carole ditarik mendekatinya.

Sambil dia menyarungkan cincin di hati manis gadis itu, dia berkata.

" Kau macam sebuah kunci yang aku cari selama ni. Tapi, sayang. Kuncinya pulak Tak nak masuk dalam mangganya. Asyik nak mengelak. Tapi, aku perlukan kunci aku."

Carole tersenyum mendengar ayat itu. Wajahnya mula terasa hangat. Dia kemudian mengambil cincin lagi satu dalam kotak kecil itu.

Sambil menyarungkan ke jari manis lelaki itu, dia berkata.

"Jangan layankan perasaan tu. Aku Tak mahu Kita terluka. Tapi, terima kasih sebab kau satu-satunya orang yang berani dekat dengan aku." Carole berkata lembut. Dia tidak mahu berkasar lagi.

"Cakaplah apa kau nak cakap. Aku akan tetap dengan perasaan aku."

"Kau akan terluka."

"Kita tengok nanti." Jackson berkata lembut sebelum tangannya mencapai tangan si gadis.

Tangan itu dibawa ke dada kirinya. Carole yang terpaku semakin terpaku. Dia dapat rasa degupan yang sangat laju di situ.

Lantas matanya memandang tepat mata lelaki itu.

"Kau rasa Tak?" Jackson bertanya perlahan.

"Inilah yang aku rasa setiap kali pandang kau. Yang peliknya, aku tak rasa pun bila dengan orang lain."

Carole masih membisu. Sama. Detak jantung itu sama dengan dirinya.

Melihatkan Carole yang masih membisu, Jackson berkata.

"Jangan lupa cari makna tiga ros yang aku bagi tu. Nanti minggu depan naik sekolah, kau bagi tahu aku."

Lupakan Aku (COMPLETED)Where stories live. Discover now