Carole berjalan melintasi gelanggang bola keranjang itu. Namun, telinganya sangatlah terganggu mendengar sorakan gadis-gadis yang menjerit kegilaan memanggil nama Jackson.
Kepalanya dipusing menghadap gelanggang itu mencari seraut wajah yang berjaya membuatkan detak jantungnya berdetak dengan irama yang mendebarkannya.
Matanya tertancap pada wajah itu.
Keningnya yang tidak tebal dan tidak nipis. Matanya yang sangat redup. Hidungnya yang mancung terletak. Dan bibirnya yang cantik.Dia mengaku bahawa wajah itu sangat sempurna. Setiap lekuk wajah itu sangat memukau.
Sesaat, dua saat, tiga saat. Carole masih terpukau. Namun, dia tiba-tiba tersentak. Lantas, wajahnya ditampar lembut untuk menyedarkannya dari lamunan itu.
Aku tak boleh suka dia! Aku tak mungkin boleh bersama dengan dia! Jangan beranganlah Carole!
Carole menggeleng-gelengkan kepalanya dan meneruskan langkah. Namun, setiap langkahnya menuju ke rumahnya terasa begitu perlahan.
Dia tidak mampu menahan rasa di hatinya. Dia tidak mampu berkata tidak untuk rasa yang bertandang di hati. Dia tidak mampu menolak perasaan ini.
Kenapa kau dekati aku, Jackson?!!? Carole menempik kuat dalam hatinya. Tanpa sedar, ada mutiara jernih yang jatuh di pipinya menemani perjalanan pulangnya.
YOU ARE READING
Lupakan Aku (COMPLETED)
RomanceKisah seorang gadis, Carole yang sering berpindah sekolah. Membiatkannya tidak mahu didekati sesiapa. Namun, si lelaki di sekolah barunya itu, Jackson tidak mahu berganjak walau ditolak berkali-kali. "Berapa kali aku dah cakap dengan kau. Jangan rap...