Carole memandang kosong wajah yang tersenyum memandangnya itu.
"Nama aku Jackson." Huluran tangan Jackson dibiar tidak bersambut. Carole kemudian melangkah keluar meninggalkan lelaki itu.
"Bro, kau apahal? Punyalah banyak orang nak dekat kau, minah creepy tu juga yang kau nak." William yang memerhati adegan rakannya itu mendekati Jackson setelah hulurannya tidak bersambut.
Jackson tidak menjawab sebaliknya hanya tersenyum sinis.
"Dia lain. Aku rasa aku suka dia." Sebaik -baik kata itu ditutur oleh Jackson. Dia berlalu dari kelas itu mengejar si gadis yang cantik dengan rambut diikat ekor kuda itu.
"Carole, tunggu." Carole memalingkan wajahnya sebaik melihat Jackson.
Ah, dia lagi! Carole melajukan langkahnya. Namun, dia tidak perasan akan papan tanda 'lantai licin'.
"Carole! Jangan lari." Jackson menjerit memanggil gadis itu untuk menyedarkannya bahawa lantai itu licin.
Namun, dia terlambat apabila melihat gadis itu yang akhirnya jatuh terduduk di hadapan kelas tingkatan 3.
Carole begitu malu apabila melihat ramai yang berkata-kata serta menggelakkannya. Dia cuba untuk berdiri walaupun sakit di punggungnya hanya tuhan yang tahu.
Carole terpaku apabila ada tangan yang mencengkam lengan kiri dan kanannya untuk membantu dia bangun. Wajahnya dipaling menghadap lelaki itu yang tersenyum kepadanya.
"Tolong hati-hati" Ucap Jackson sebaik - baik Carole mampu berdiri semula.
"Aku jatuh sebab kau. Aku malu sebab kau. Pergi mampus!" Carole berbisik marah sebelum dia melangkah laju.
Sekali lagi, Jackson bagaikan terpana melihat wajah gadis itu yang memerah. Sangat cantik!
YOU ARE READING
Lupakan Aku (COMPLETED)
RomanceKisah seorang gadis, Carole yang sering berpindah sekolah. Membiatkannya tidak mahu didekati sesiapa. Namun, si lelaki di sekolah barunya itu, Jackson tidak mahu berganjak walau ditolak berkali-kali. "Berapa kali aku dah cakap dengan kau. Jangan rap...