🌹Bab 5🌹

18 0 0
                                    

Dua minggu sudah Carole bersekolah di sekolah barunya itu. Tinggal lagi dua minggu sebelum dia terpaksa pindah ke New York.

Sebaik loceng tamat sesi persekolahan berbunyi, dia mengemas beg sekolahnya. Wajahnya diangkat memandang ke arah sekujur tubuh yang sering menggetarkan hatinya akhir-akhir ini.

Mana taknya, hari-hari lelaki itu pasti berikan bunga untuknya. Belum lagi dia menemaninya setiap rehat tanpa diminta walaupun Carole hanya melayannya acuh tak acuh.

Carole tersentak apabila Jackson tiba-tiba turut memalingkan wajahnya ke arahnya.

Jackson hanya tersenyum tiap kali melihat Carole begitu. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa hanya Carole yang mampu menahan sekeping hatinya.

Jackson melangkah ke arah gadis itu dengan beg yang disandang malas.

"Carole, rasanya dah 99 kali aku sebut perkataan ni. Tak apalah, aku cukupkan seratus je. Tapi, untuk yang ke seratus ni, aku tak kiralah kau nak ke tak. Kau mesti nak. Jom, aku hantar kau balik." Selesai menutur kata-kata itu. Jackson menarik tangan Carole mengikutinya.

"Taknak lah! Lepaslah." Carole meronta meminta tangannya dilepaskan. Dia cuba menyentak tangannya. Namun, genggaman lelaki itu begitu kemas.
Tangan mereka saling berpegangan.

Jackson memperlahankan langkahnya apabila menyedari Carole yang sengaja berjalan perlahan di belakangnya.

"Kau nak aku dukung ke? Tapi, ni masih kawasan sekolah. Kalau kau nak, aku okey je." Carole mendengus geram mendengar ayat itu.

"Lepaslah" Carole masih meminta. Dia takut detak jantungnya yang berdebar itu didengari Jackson.

"Tak nak. Sebab kau degil." Jackson masih enggan melepaskan tangan Carole. Dia suka begitu walaupun dadanya turut berdebar.

Mereka akhirnya tiba di tempat parkir motor. Carole menyentak tangannya sehingga terlepas dari pegangan Jackson.

Jackson hanya membiarkan. Kadang dia penat dengan tingkah gadis ini. Tapi, perasaan cintanya jauh melebihi rasa penatnya.

Ya, dia sedar dia mula cintakan Carole.

"Cepat naik." Jackson menhgarahkan Carole yang masih berpeluk tubuh dengan muka masamnya. Dengan lembut, tangan gadis itu ditarik mendekatinya.

Tempat duduk motor bahagian belakangnya ditepuk-tepuk. "Cepatlah. Jangan reject aku please. Kau orang pertama yang aku ajak naik motor dengan aku."

Carole merengus sebelum diturutkan juga. Inilah masalahnya. Otak kata jangan. Tapi, perbuatan kau Carole selalu Tak ikut otak! Carole memarahi dirinya.

Sepanjang keluar dari kawasan parking sekolah itu, Carole hanya menundukkan wajahnya. Bimbang dilihat orang lain yang pastinya pelik melihat Jackson membonceng gadis.

Jackson yang menyedari ketidakselesaan gadis itu, segera memeris motor kuasa tingginya itu supaya cepat keluar dari kawasan sekolah.

Jackson hanya tersenyum bahagia. Dia gembira! Dia tidak sabar meneruskan rancangannya.

Lupakan Aku (COMPLETED)Where stories live. Discover now