🌹Bab 7 (the end)🌹

27 2 1
                                    

Tiada satu kata yang mampu diluah oleh Jackson.

Dia memegang dada kirinya. Di tempat yang sama Carole pernah memegangnya .

Sakit. Hatinya bagai dirobek.

"Carole dah pindah." Sepotong ayat yang menggelapkan dunianya. Persekitaran kelas yang hingar langsung tidak dipedulikan.

Dia berlari keluar dari kelas apabila rasa di hatinya tidak terbendung lagi.

Carole sampai hati kau! Hari ni kau kena bagi jawapan bunga ros tu kat aku!

Air matanya menitis tanpa sedar. Semakin lama semakin deras. Dia Tak tahu kenapa jadi begini. Patutlah Carole tidak mahu didekati.

Jackson melabuhkan punggungnya di hadapan padang. Sunyi sepi yang dirasakan semakin membiat hatinya menggila. Dia meraup kasar wajahnya.

Perlahan, Surat yang ditinggalkan Carole di bawah mejanya dibuka.

Hye, Jackson.
Tolong lap air mata kau sekarang. Kau kata kau lelaki beku. Tapi, kenapa nangis?

Bagaikan mendengar suara Carole, Jackson menyeka cepat air matanya. Dia sambung membaca Surat itu.

Terima kasih sebab jadi kawan aku. Aku dah pesan kat kau, jangan rapat dengan aku. Sekarang tengok, kau terluka. Aku pun sama.

"Kau Tak cakap pun sebab Tak boleh rapat." Jackson merengus bagaikan Carole di depannya.

Aku nak jujur okey. Pasal kau. Kau memang sempurna. Aku Tak percaya kau Tak pernah rapat dengan mana-mana perempuan. Tapi, aku cuba yakinkan diri aku juga.
Aku minta maaf ye, Tak bagi tahu aku kena pindah. Sebenarnya, aku ada lagi dua minggu. Aku fikir nak bagi tahu kau minggu ni.
Tapi, ayah aku terpaksa pindah sekarang sebab urusan kerja. Itulah hidup aku. Aku sentiasa pindah sekolah. Jadi, aku Tak rasa aku perlu berkawan.
Tapi, tiba-tiba kau datang. Aku cuba elak. Tapi kau degil!
Tengoklah sekarang, siapa yang salah?

"Salah aku." Jackson berkata sebelum air matanya laju menitis.

Hahahhahah Tak apalah. Salah aku juga.

Bagaikan mendengar jawapan Jackson, Carole memujuk.

Thanks sebab marahkan budak tingkatan 3 tu. Patutlah aku Tak kena gelak walaupun dah tergolek depan diorang. Lagi satu, aku pelik juga takkanlah Tak ada perempuan yang nak sedang aku bila rapat dengan kau. Rupanya kau pergi cakap dengan satu sekolah, she's my girl! hahahhahah, terima kasih. You're my man too.

Jackson tersenyum nipis membaca. Manalah kau tahu ni Carole. Tapi, yes semua tu aku buat memang sebab kau!

Kau suka aku dari pandangan pertama. Itu jawapan untuk satu ros pink kau. Jawapan terakhir dari aku untuk tiga ros merah kau...

I love you too.

Air mata Jackson tumpah sehabisnya membaca perkataan itu. Kenapa tinggalkan aku Carole.

Selamat tinggal, Jackson. Semoga kau berjumpa dengan gadis yang lebih baik dari aku. Maaf untuk semua perkara yang buat kau kecil hati. Jaga diri. Terima kasih sekali lagi untuk semuanya. Aku ada satu permintaan terakhir. Boleh tunaikan Tak?

Jackson mengangguk seolah-olah Carole di hadapannya.

Lupakan aku. Teruskan hidup. Anggap aku seperti senja yang cuma lalu di antara siang dan malam kau. Cuma untuk seketika. Akan hilang.
Selamat tinggal, Jackson!

Carole yang cantik.

Sekali lagi, Jackson menangis. Tangannya menumbuk-numbuk tanah di sisinya.

Kau memang senja yang datang sebentar. Tapi, cakap dengan aku, macam Mana aku nak lupakan senja yang indah itu, Anna Carole? Aku akan tunggu senja itu lagi. Setiap hari.

Jackson menekup wajahnya yang sudah basah dengan air mata. Jiwanya lemah.

Seperti Jackson, Carole juga bermandi air mata. Dia tidak mampu berkata tidak dengan keputusan ayahnya.

Wajahnya dipandang keluar tingkap kereta, melewati perjalanan yang sangat memilukan. Dia teringat bagaimana malam semalam dia meminta untuk ke kelasnya. Konon hendak mengambil buku bawah meja. Padahal dia mahu menghantar surat pada lelaki itu.

Tiba-tiba,dia teringat akan wishnya sebelum meniup lilin pada kek yang dipegang oleh Jackson. Hatinya menjadi sayu.

Semoga aku boleh stay lebih lama. Berkawan dan bercinta dengan kau!

Carole tersenyum sinis mengingatkan hajatnya itu. Dunia memang kejam pada aku. Dadanya rasa terhimpit benar mengingatkan lelaki itu. Lantas dadanya dicengkam kuat.

Jangan tunggu aku , Jackson! Pergi cari bahagia kau!

Akhirnya, jatuh juga air matanya yang ditahan dari tadi.

Bye, Los Angeles yang memberiku rasa cinta yang tak akan aku lupa! Bye, Darren Jackson!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 31, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Lupakan Aku (COMPLETED)Where stories live. Discover now