Bab 1

259 12 4
                                    

Hai semua ! Saya merupakan penulis Novel yang bertajuk Kahwin Dengan Dia?. Bagi yang belum membaca novel tu, boleh la rajin-rajin kan jari swipe profile saya.

ni merupakan Novel ketiga saya. Saya tak galakkan bawah umur 18 ya. Take your own risk.

Tiada adegan 🔞🔞🔞cuma ada watak romantik yang tidak melampau batas.Ini bukan novel lucah k.. Kalau nak adegan cintan cintun, anda berada di ruangan yang betul. Muah jom layan.

----------------------------------------------------

Bau seakan Vanilla menyebabkan Risa tersedar dari lena. Kepalanya berdenyut-denyut. Rasa sakit di kepala menyebabkan agak sukar untuknya bangun. Dia memandang sekeliling. Aneh.

Aku kat mana ni? Bilik aku bukan seperti ini..

Risa perlahan-lahan bangun dan cuba explore di dalam bilik itu. Luas. Mewah. Berwarna pastle sangat menenangkan sesiapa sahaja yng melihatnya. Dia melihat ke arah pintu dan melangkah ke sana dengan perlahan. Risa cuba untuk membukanya tetapi gagal. Dia beralih pula pada tingkap. Berkunci juga.

Aku kata mana sebenarnya? Dan apa yang telah berlaku?

Risa melabuhkan punggungnya di atas katil. Dia cuba untuk ingat tetapi gagal. Jari jemarinya memicit-micit dahi. Rasa berat kepalanya.

Klik!

Pintu bilik terbuka dan seorang wanita yang berpakaian seperti pembantu rumah dan mungkin seusia dengannya membawa sesuatu . Mungkin pakaian.

" Cik Risa dah bangun? Ni baju untuk Cik Risa pakai . Tuan Eric sudah tunggu di bawah. Untuk dinner. Cik Risa perlu turun dalam masa 15 minit. Baiklah. Saya minta diri dulu."

" Sekejap ! Awak.. saya kat mana ya sekarang?dan siapa Tuan Eric tu?"

" Maaf Cik Risa.. Saya minta diri dulu. Jangan lewat ya. Tuan Eric tak suka"

" Awak ! Tunggu! Tolong saya !!  Awak !!"

Wanita itu keluar tanpa menghiraukan Risa yang ingin mendapatkannya tetapi pintu bilik sudah tertutup kemas.

Shit ! Apa semua ni? Aku tak faham lah!

Risa melihat pakaian yang dibawa oleh wanita tadi. Gaun malam berwarna hitam yang labuh paras buku lali dan lengannya paras siku.

Aku kena pakai baju ni ke? Aduh aku tak faham lah semua ni. Apa semua ni? kenapa aku tak ingat apa yang dah jadi?

Risa rasa ingin menangis. Tetapi di tahan. Dalam hatinya tertanya-tanya siapakah gerangan Tuan Eric itu. Apa hubungan dia dengan semua ni? Macammana dia boleh mengenali Risa.

Hmm apa-apa pun aku kena bersiap dan turun. Kalau tak, aku tak akan tahu apa yang dah berlaku. Ini semua sangat mengelirukan.

Risa bangun dan menukar pakaiannya. Dia berdiri di hadapan cermin dan mengeluh. Tubuhnya terlihat terbuka sedikit di bahagian dada. Risa bukan jenis yang suka berpakaian begitu. Dia terpandang ada coat di dalam almari dan disarungkan ke badannya. Dia rasa agak berpuas hati kerana dapat menutup tubuhnya yang terdedah dan dia melangkah ke pintu.

Hampir terkejut dia melihat wanita tadi ada di hadapan pintu biliknya.

" Mari Cik Risa.. Ikut saya.."

" Awak. Kita nak ke mana ya?"

" Tuan Eric sedang menunggu. "

" Awak "

Wanita itu tidak menjawap panggilannya.
Belok sana belok sini. Mereka sampai di satu bilik. Besar kediaman itu sehinggakan Risa tidak ingat jalan untuk ke biliknya semula nanti. Gaun yang agak labuh menyukarkan pergerakan gadis itu. Tangannya terpaksa memegang kain untuk mengelakkan kakinya tersadung.

Kau UntukkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang