Risa tersedar dari lena. Dia merenggangkan badan dan bersandar pada katil. Lehernya rasa sengal tapi dia tidak mahu melayani perasaan itu. Dia masih terpisat-pisat tetapi jika dia tidur lagi alamatnya dia akan kelesuan sepanjang hari. Risa bukanlah jenis yang suka tidur sampai tengahari. Dia biasa bangun awal pagi walau lewat mana pun dia tidur sebelum itu.Dah pukul berapa ya? Jam pun takde dalam bilik ni. Pelik betul.
Mengomel Risa .
Seperti biasa, dia akan membersihkan badan di dalam tab mandi dan mengenakan pakaian kegemarannya, seluar dan tshirt. Rambut yang lembap di sikat dan dibiarkan kering sendiri. Dia tidak suka menggunakan pengering rambut, risau rambut akan cepat rosak dek haba panas. secalit lipstick warna nude dan pelembap muka. Baru tak nampak pucat muka. Segala tok nenek alat kosmetik semua sudah ada di dalam bilik itu. Eric sudah sediakan semuanya tanpa satu pun kurang.
Ah bosannya ! Nak buat apa pun tak tahu .. Eh apa tu. Rasanya atas tu tak ada apa-apa sebelum ni.
Rantai?
Dia memegang rantai itu dan loket berbentuk hati itu menarik minatnya.
siapa punya ni? Eh boleh buka..
Mama...
Risa menangis teresak-esak melihat gambar dia dan ibunya di dalam loket itu. Bagaimana dia boleh lupa. Rantai itu pemberian ibunya pada hari lahir Risa yang ke 18.
Mama.. Risa rindu Mama..Rindu sangat-sangat.. Risa nak jumpa Mama..
Kalaulah Mama tahu keadaan aku sekarang..Mama.. Tolong Risa, Mama.
Risa melangkah ke katil dan melabuhkan punggungnya. Tangisan masih tidak berhenti. Risa berasa tersangat sedih dan rindu akan ibunya. Rantai itu dikucup dan dipakai di leher. Dia rasa dia dekat dengan ibunya tika itu. Tapi apa kan daya. Dia terperangkap di dalam dunia yang asing.
-----------------
Pagi ini dia turun sendiri untuk sarapan. walaupun hanya dia dan dua orang pekerja manusia di situ, makanan di masak seperti biasa . Risa makan atau tidak, makanan tetap sedia terhidang.
"Awak tak makan sekali?"
Risa berselera sekali. Sarapan pagi itu dia rasa lazat. Potongan demi potongan daging ke mulutnya. Dah lama Risa tidak menikmati makanan sesedap itu..Tiba-tiba dia teringat dan menoleh ke arah pembantu di situ.
" Tak Puan.. Saya makan nanti kemudian"
Jawap pembantu rumah itu dengan sopan.
"Awak, ni daging apa ya ?"
Risa menunjukkan daging di dalam pinggannya yang sudah separuh di makan. Dia rasa tertanya-tanya daging apakah itu. Sedap sangat.
"Manusia, Puan"
" Hah?"
Risa rasa dah kembang di tekak. Dia rasa ingin mengeluarkan semula makanan yang ditelannya. Perutnya rasa bergolak. Dia memegang perutnya yang rasa tak sedap. Risa membayangkan manusia di bunuh, di lapah dan di masak. Sangat menjijikkan. Garpu di tangannya terlepas dan jatuh ke lantai . Berdeting bunyinya. Pembantu yang lain turut memandang ke arah mereka.
YOU ARE READING
Kau Untukku
VampireRisa.. Merupakan seorang gadis yang ditakdir menyerahkan hidupnya pada "lelaki" yang bukan manusia. Ini semua bermula apabila moyangnya berjanji pada "lelaki " itu bahawa dia akan menyerahkan cicitnya buat "lelaki " itu sebagai cagaran atas perjanji...