Jom sambung novel baru saya ni.. love story tau tapi kira ada paksa-paksa sikit. Biasala kena paksa baru seronok kan kan hahah feel free to comment and vote k..
Ingat. Ini bukan novel porno k.. Sweet-sweet tu ada..
----------------------------------------
" Risa, dah siap belum? Jangan lupa sarapan. Bekal atas meja ya ?Mama pergi kerja dulu tau. Jangan lambat ke sekolah"
Alice, ibu kepada Risa, berusia 40 tahun merupakan seorang jururawat di sebuah hospital di pekan mereka. Kerjayanya membuatkan dia jarang ada di rumah. Tetapi itu bukan penghalang Risa dari terus belajar dan belajar. Risa tahu ibunya bersusah payah membesarkannya. Dia ingin menyambung pelajaran ke universiti dan cuba untuk mendapatkan biasiswa dari sekolah tinggi. Keputusan akan keluar tidak lama lagi , Risa rasa sangat-sangat berdebar.
" Ok Mama ! Hati-hati."
Mana pula buku aku ni. Aduhai menyesal tak check malam tadi. Tak bawa nanti cikgu marah..
Jam di tangan menunjukkan 7.05 pagi. Lagi 15minit akan perhimpunan. Masak dia kalau lewat ke sekolah.
Risa mencari dan terus mencari. Tiba-tiba dia menepuk dahi.
Aduhai. Buku Math tu kan dekat Cindy. Macammana boleh lupa ni? Umur baru 18 dah lupa. Arghhh !
Bekal di ambil dan di masukkan ke dalam beg. Dengan pantas dia mengeluarkan basikal yang berada di dalam garagenya dan mulai mengayuh. Cuaca agak sejuk menyebabkan terketar-ketar gadis itu.
Pelik. Musim panas sekarang tetapi kenapa rasa sejuk sangat. walaupun pagi, selalunya tidak akan sesejuk begini. Dengan hanya uniform sekolah dan cardigan yang nipis serta skirt paras peha, membuatkan Risa bertambah sejuk.
Tiba-tiba Risa rasa seperti di ekori dan dia mempercepatkan kayuhan. Malas hendak ambil tahu siapa dan dia mengayuh laju dari biasa. Sedikit pun dia tidak menoleh ke belakang. Nak cepat punya pasal , habis semua di langgarnya. Bonggol jalan pun dia langgar. Ada tahi anjing di tengah-tengah jalan, hampir nak di lenyeknya. Kus semangat. kalau terlenyek, confirm pure baunya.
Ada orang ikut aku ke? Mungkin perasaan aku je ni. Fikir bukan-bukan. tapi kenapa aku rasa seram sejuk ni. Baik cepat sampai sekolah. persetankan tu semua Risa. Dah tak jauh ni.
Setibanya Risa di sekolah tinggi, Jam di tangan menunjukkan 7.18 pagi . dia memarkirkan basikal dan melangkah ke perhimpunan. Selepas perhimpuan selesai, dia masuk ke kelas untuk subjek Biologi. Subjek yang sangat digemarinya.
" Cindy.. Buku Math aku ada bawa tak?"
Cindy, merupakan sahabat baiknya sejak tadika. Mereka tidak pernah berpisah. Tempat duduk dalam kelas pun sebelah menyebelah. Sampaikan buku sekolah pun pinjam. Sikit hari lagi coli spender pun di pinjamnya.
" Buku Math kau? Kejap..aku cari dalam beg.."
Selepas mencari , Cindy mencuit bahu Risa yang sedang mengunyah nugget yang dibawa dari rumah.Dia tersengeh.
"Risa..maaf. Tertinggal kat rumah . Risa, im so sorry. Lepas aku tiru semalam, aku lupa nak masukkan dalam beg. Aduhai"
Jari yang berminyak di lap dengan tisu.
" Mati aku.. Karang Miss Jenny check aku nak jawap apa ni? "
" Aduh Risa. Aku boleh terlupa pula..Aku
minta maaf sangat-sangat"Risa mengeluh kecil. Berserah je la jawapnya.
nak marah pun tak guna. Nak di katuk si Cindy pun lagi tak guna, tak dapat apa pun.
YOU ARE READING
Kau Untukku
VampirRisa.. Merupakan seorang gadis yang ditakdir menyerahkan hidupnya pada "lelaki" yang bukan manusia. Ini semua bermula apabila moyangnya berjanji pada "lelaki " itu bahawa dia akan menyerahkan cicitnya buat "lelaki " itu sebagai cagaran atas perjanji...