Bab 4

104 6 13
                                    

Risa merenung bilik yang sudah dihias cantik. Sesuai dengan pasangan yang baru berkahwin. Dia tidak rasa gembira . Yelah . Ini perkahwinan yang tergesa-gesa. Tak tercapai dek akal manusia. Ibunya sendiri tidak ada semasa perkahwinan berlangsung.

Cantik..Tapi malangnya.. Bukan kerelaan aku..Bilik ini patutnya untuk wanita yang mencintai Eric sepenuh hati. Aku.. Aku tak cintakan Eric..

" Risa..."

Risa yang sedang berdiri di hadapan katil mengalihkan pandangan pada suara yang memanggilnya.

" Maaf.. Saya balik bilik saya dulu.."

" Risa.. Ini bilik awak.. Bilik kita.."

Bahasa Eric jadi sopan. Tiada aku dan kau seperti sebelum ni.

" Eric.. Saya dah explain sebelum ni.. Perkahwinan ni.."

" Saya faham.. saya tak paksa awak Risa.. Cuma.. Kita tak boleh tidur berasingan... Nasib malang akan menimpa jika awak melanggar peraturan.."

Risa melabuhkan punggung di hujung katil. Dia meraup wajahnya.

" Saya..saya tak boleh sebilik dengan awak.. maksud saya..antara kita tak akan ada apa-apa berlaku .. "

" maksud Risa.. Hubungan suami isteri?"

Risa perlahan-lahan mengangguk. Dia sangat maksudkannya.

" Risa.. Awak dah setuju kahwin dengan saya pun dah memadai..saya tak akan paksa awak untuk itu.. maksud saya.. hubungan sebenar suami isteri.."

" Eric.. saya bukan setuju tapi saya terpaksa..ya.. jika awak harapkan hubungan yang lebih dengan saya.. Saya minta maaf.. saya tak boleh.."

" Saya tak paksa awak Risa.. Satu hari nanti awak akan serahkan secara rela hati.. "

" Itu tak mungkin akan berlaku.."

" Akan berlaku.."

Eric betul-betul tak mahu kalah.

" cukup.. Err saya nak tukar baju.."

Eric senyum. Dia tahu Risa tidak akan menang apabila berdebat dengannya.

" semua pakaian awak dalam almari kita..hmm awak tukarlah dulu pakaian.. nak saya bantu turunkan zip tu?"

" eh tak apa., saya boleh buat sendiri..Awak, boleh pusing ? "

Eric ketawa dan memalingkan wajahnya ke arah lain.. Sementara itu, Risa berusaha untuk menurunkan zip baju nya. Setelah 5 minit percubaan, dia menukar fikiran.

" awak.. Boleh tolong saya? Kenapa susah sangat baju ni.."

Eric bangun dan melangkah ke arah Risa yang masih lagi sedang cuba menurunkan zip bajunya. Gadis itu berdiri di hadapan cermin. Eric berdiri di belakang Risa dan dengan perlahan dia menurunkan zip baju itu yang panjangnya hingga ke paras pinggang.

Bentuk badan Risa tidak seperti gadis yang berusia 18 tahun. Cukup matang dan menarik. Eric menelan air liurnya. Eric cuba untuk mencium bahu isterinya itu. Risa seperti sedang terpaku dek sentuhan dari tangan Eric yang sudah melingkar ke pinggangnya.

" Awak sangat cantik harini.. dan seksi..sayang.."

Risa memejamkan mata , dia rasa terbuai. Tidak pernah mana-mana lelaki menyentuhnya selama dia hidup 18 tahun. Ciuman Eric yang menggila di lehernya membuatkan Risa rasa sedikit rimas. Dia baru tersedar dari mimpi tetapi apa yang sedang berlaku adalah realiti.

Risa menolak Eric . Gaun pengantin masih terlekat di tubuh badannya walaupun zip di bahagian belakang sudah terbuka luas.

" Risa.."

Kau UntukkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang