Teruskan follow k .. 😘😘
vote dan komen tauu
Kelmarin hanya mimpi atau benar terjadi?
Risa perlahan menoleh ke kiri dan ke kanan. Matanya jatuh pada pakaian di badannya. Dia masih memakai baju semalam yang agak terdedah itu. Perlahan-lahan dia bangun dan melangkah ke tingkap . Melihat pemandangan luar yang sangat asing baginya. Pandangan yang kosong. Mindanya tak dapat berfikir apa-apa..
Banyak perkara yang dia tidak dapat ingat. Dia cuma ingat namanya sendiri, ibunya, Alice dan perkara yang berlaku kelmarin. Dia pengsan semasa membaca surat perjanjian di antara moyang dan Eric. Apa yang berlaku pada masa lalu dia tidak ingat.
Betul kah aku cuba bunuh diri?Dan Eric membantu aku?
" Kau dah sedar?"
Risa hanya diam dan mengangguk perlahan. Eric dengan perlahan melangkah ke arahnya dan memegang tangan Risa. Gadis itu terkejut tetapi matanya masih memandang ke luar tingkap. Tidak punya keberanian untuk bertentang mata dengan makhluk yang bernama Eric itu.
" Aku tahu kau terkejut.. Tapi.. Semua ni tak boleh diubah.. Aku harap kau faham..."
" Kenapa..aku yang jadi mangsa ? "
Matanya masih menjamah pemandangan luar. Hanya bibirnya sahaja bergerak berkata-kata.
Genggaman tangan dilepaskan perlahan. Eric duduk di salah satu kerusi dan kakinya bersilang . Tak ubah seperti tuan besar. Memang tuan pun. Mahligai yang di duduki sekarang miliknya. Bukan kaleng-kaleng." Aku rasa aku tak perlu ulang lagi... Kau dah tahu semuanya.. "
" Apa salah aku , Eric ?"
Mata Risa berkaca-kaca. Dia rasa mahu menangis .
"Kau tak ada salah apa-apa Risa.. Kau sudah ditakdirkan menjadi permaisuri aku..sebelum kau lahir lagi"
Mendengarkan itu membuatkan hatinya pedih.
Aku sudah di jodohkan sebelum aku lahir? Malangnya nasib aku dapat nenek moyang yang pentingkan diri sendiri. Sanggup menggadaikan cicit sendiri !
Kata Risa di dalam hati. Tidak di luahkan di mulut. Hatinya sakit mengenangkan masa depannya hancur lebur.
" Kau bukan manusia.."
" Dan aku bukan hantu.. Apa salahnya? Tak salah pun .. Asalkan kita bahagia , its more than enough"
Eric cuba meyakinkan Risa tetapi gadis itu seperti tiada perasan. Risa masih melihat keluar dan tidak berganjak dari tadi.
Risa rasa jelak dengan ayat tu. Bahagia dengan makhluk yang bukan manusia? So funny..
Risa ketawa kecil. Ketawa paksa. Dia menyeka air mata di tubir mata.
" Kita? Bahagia ? Eric.. Aku tak akan serahkan hidup aku kepada kau. Dan aku tak gila untuk setuju berkahwin dengan vampire !"
" Risa! Aku tak perlukan persetujuan dari kau. And you have no choice ! Esok, kau dan aku akan disatukan... !"
Suara Eric sedikit meninggi dan dia masih berada di kerusi . Cuba untuk tenang. Dia tidak mahu bertelagah dengan Risa.
" Aku tak setuju"
Risa melangkah ke katilnya tanpa menoleh pada Eric yang berada tidak jauh dari situ.
" Risa.. Berehatlah.."
" Eric.. Aku sanggup mati dari berkahwin dengan pontianak ! Aku ada masa depan aku Eric! Tolonglah lepaskan aku.. "
YOU ARE READING
Kau Untukku
VampireRisa.. Merupakan seorang gadis yang ditakdir menyerahkan hidupnya pada "lelaki" yang bukan manusia. Ini semua bermula apabila moyangnya berjanji pada "lelaki " itu bahawa dia akan menyerahkan cicitnya buat "lelaki " itu sebagai cagaran atas perjanji...