Bab 5

94 6 2
                                    

Kasi vote la sikit komen sikit rancak berdosa 😂😂😂

penat tau perah idea buat novel. Ok jomla sambung
-------------------------------------------
Risa melihat ada seseorang terbaring di pantai itu. Lalu dia melangkah laju ke arah sana.
sebaik sahaja dia sampai , dia melihat ada seorang lelaki tidak sedarkan diri. Dia cuba untuk menyedarkan lelaki itu.

" Encik!Encik!"

Risa memeriksa nadi lelaki itu. Masih berdenyut. Tubuhnya panas. Tiada response walaupun sudah di panggil.

Manusia? Dia buat apa kat sini malam-malam?

Risa melihat sekeliling jika ada sesiapa yang boleh membantu. Malangnya tiada sesiapa di situ. Ombak menghempas pantai. Angin malam menyebabkan Risa sedikit berasa sejuk. Hanya mereka berdua di situ.

Hidup lagi lelaki ni . Apa perlu aku buat?
Aduh.

Dia memeriksa tubuh lelaki itu dan Risa terlihat ada darah meleleh dari peha kiri. Lalu dia menyentuhnya. Bulan penuh pada malam itu jadi memudahkan dia melihat luka lelaki misteri itu.

ada kesan koyak  pada seluar lelaki itu dan kesan seperti gigitan di bahagian peha.

Aduh masih segar darahnya. Kalau di biarkan boleh mati ni. Darah pekat merah tidak berhenti mengalir.

Aku kena stop kan darah dia . Kalau di biarkan dia boleh mati.

Risa menanggalkan scarf yang di lilitkan di lehernya lalu mengikatnya ke peha lelaki yang cedera itu.
Tiba-tiba lelaki itu menjerit kesakitan dan dia membuka mata.

" Awak? Awak dah sedar? "

" Kau.. Kau siapa?"

Lelaki itu sedikit kebelakang apabila melihat Risa di hadapannya. Walau dalam kesakitan dia cuba menjauhkan diri dari Risa. Sebagai langkah berjaga-jaga.

" Saya..saya bukan hantu.. Nama saya Risa..Saya manusia macam awak.. saya nampak awak terbaring kt sini. Macammana awak boleh cedera?"

" Arghhh sakit "

Soalan tidak di jawap. Lelaki itu mengerang kesakitan apabila dia cuba menggerakkan tubuhnya dengan lebih kuat. Risa sedikit panik.

" Awak jangan bergerak. Awak duduk mana? saya hantar kan"

" Jangan sentuh aku ! mana ada manusia pernah datang ke sini ! kau bukan manusia!"

" Saya manusia. saya berdarah panas. Cuba sentuh saya"

Risa menghulurkan tangannya dan dengan lambat disambut oleh lelaki itu.

Benar dia berdarah panas. Tetapi kenapa dia berada di kawasan pontianak?

Angin sejuk tiba-tiba sahaja menerpa mereka.

" Risa ! buat apa kat sini? "

Sepantas kilat, Eric berada di sebelah Risa. Eric menarik pantas Risa ke sisinya. Wajahnya ketat.

" Awak , saya.. saya... tadi saya ambil angin kat sini dan saya ternampak ada orang terbaring kat tepi pantai ni. Dia cedera jadi saya bantu"

" diam ! ikut aku balik !"

" Awak , dia cedera tak akan nak biarkan ? Dia boleh mati"

Eric menggenggam tangan Risa dengan kuat. Matanya merah. Dia mendengus. Marah dengan kedegilan Risa yang tidak mahu duduk diam di rumah. Sikit-sikit nak keluar.

Asyik nak merayap je kerja. Tambat kat pokok tahu lah

" Awak.. sakit.."

Genggaman Eric menyebabkan Risa kesakitan.

Kau UntukkuWhere stories live. Discover now