Terngiang-ngiang dia telinga Risa akan kata-kata Eric semalam tentang hubungan mereka berdua. Eric mahukan Risa memberinya peluang tetapi gadis itu hanya diam. Uh tidak eh pun tidak .Tak tahu nak jawap apa.
Bosan...Bosan dengan hidup ni.. Hmm
"Eh semalam makcik tu kasi benda la. Mana dia.. Ha ada pun.. Apa ya kat dalam ni.."
Risa mengeluarkan kotak kecil yang diletakkan di dalam almari. Kotak itu adalah pemberian daripada ibu Adam. Dia tidak mengetahui isi kotak tersebut. Baru sahaja dia hendak membukanya, pintu bilik terbuka. Dia dengan pantas menyorokkan kotak itu di bawah bantal dan berlagak seperti biasa
" Risa "
Eric masuk ke dalam bilik dengan senyuman tetapi senyuman itu hilang tiba-tiba. Muka Eric kembali serius. Risa sedikit berdebar dan dia cuba bersikap seperti tiada apa-apa yang berlaku.
" Ya.. Ya.. Ada apa?"
Risa duduk di birai katil sambil pura-pura menyikat rambut tanpa memandang Eric yang tidak jauh darinya. Dia tahu, Eric syak kan sesuatu.
" Apa yang kau sorokkan tu?"
Eric berdiri di hadapan pintu dengan berpeluk tubuh. Menanti response dari si isteri.
" Sorok? Mana ada apa-apa"
" Ni apa? Mana kau dapat ni?"
Kotak yang di simpan di bawah bantal berada di tangan Eric . Secara spontan kotak itu beralih tempat. Eric menyimpan kotak itu di poket.
Macammana benda tu boleh ada kat dia? Ah
" Ooh..Memang ada kat situ la kot. Tahla"
" Situ tu mana? "
Risa menjongketkan bahu seolah-olah tidak tahu. Malas dia hendak berbalah dengan Eric tetapi dia tidak tahu, itu membuatkan Eric lebih marah. Geram. Sakit hati.
" Kau cuba nak lari dari aku?"
Eric sepantas kilat berada di hadapan Risa yang masih duduk di birai katil. Risa tampak gelabah. Sikat terjatuh ke lantai. Risa mengurut dadanya kerana terkejut.
Hari-hari begini boleh dapat sakit jantung.
" Mana.. Mana ada"
Risa masih menidakkan lagi.
"Benda ni hanya puak werewolf sahaja yang ada ! Macammana boleh ada pada kau!"
Eric yakin, Risa dapat kotak itu di perkampungan werewolf tempoh hari. Hanya mereka memiliki benda itu. Kotak itu boleh menyelamatkan Risa jika di dalam kesusahan. Malangnya, di ketahui Eric.
" Boleh tak awak jangan tengking ! Tak boleh ke cakap elok-elok? Saya ada depan awak , bukannya sebatu jauh pun dan saya tak pekak lagi"
Risa rimas dengan sikap Eric yang asyik marah. Nak kata datang bulan tak pulak. Bukan manusia pula tu. Jantan pula tu.
" Kalau tak nak aku tengking, ikut cakap aku!"
" Dah la Malas layan awak"
" Risa ! Aku suami kau ! kau kena hormat aku ! ikut cakap aku ! jangan degil !"
" Ok "
" Apa kau kata?"
" Ok"
" Kau cabar aku kan Risa ?"
" awak nak saya buat apa lagi , Tuan Eric?"
" Kau jangan paksa aku Risa !"
Risa membuang pandangan ke arah lain. Takde hati nak bertentang mata dengan suami yang bukan manusia. Bertekak pun sia-sia je.
![](https://img.wattpad.com/cover/271624106-288-k614060.jpg)
YOU ARE READING
Kau Untukku
VampirRisa.. Merupakan seorang gadis yang ditakdir menyerahkan hidupnya pada "lelaki" yang bukan manusia. Ini semua bermula apabila moyangnya berjanji pada "lelaki " itu bahawa dia akan menyerahkan cicitnya buat "lelaki " itu sebagai cagaran atas perjanji...