HH2

285 43 7
                                    

Bunyi kicauan burung sedikit menenangkan fikiran aku.

Aku menghalakan kamera aku ke arah dua ekor burung yang sedang bertenggek di satu dahan kayu.

KLIKK!!

Aku tersenyum puas melihat gambar yang telah aku rakamkan sebentar tadi.

Dalam ralit aku mencari pemandangan yang cantik untuk dibuat koleksi,mataku terpandang ke arah dua orang gadis.

Dialah gadis yang aku minati sedang bersama kawannya.

Bibirku mula mengukirkan senyuman.

KLIK!!
KLIK!!
KLIK!!

Aku berpuas hati dengan hasil tiga tangkapan aku tadi.

Senyumanku semakin melebar apabila wajah manis Haera yang mampu membuatkan orang lain cair berada di skrin kamera.

Sekali lagi aku ingin menangkap gambar gadis itu,namun tidak berhasil kerana dia dan kawannya memandang ke arah aku.

Dengan pantas,aku berpaling ke arah lain dengan harapan mereka tidak melihat wajahku.

Ketika aku berpusing kembali ke tempat tadi,gadis itu seperti tergesa-gesa pergi.Aku hanya mampu mengeluh.

[C] HER HEART ( 재민 )Where stories live. Discover now