HH11

157 41 0
                                    

Aku duduk di hadapan televisyen menonton televisyen namun hakikatnya hati aku langsung tidak tertarik dengan rancangan yang dilayarkan sekarang.

Aku masih terkenangkan kamera aku yang hilang.

Kamera yang dibeli daripada hasil titik peluhku sendiri.

Walaupun ayah dan ibu aku menawarkan untuk membelikannya aku tetap menolak kerana bagiku apa yang dibeli dengan usaha sendiri ia akan lebih berharga.

"Jae termenung apa?"Soal eomma yang baru duduk.

"Mana ada apa2..Tengok tv."Nafi aku lantas tersenyum.

Kelihatan eomma menggeleng kepala.

"Eomma tahu Jae tak tengok pun tv tu..Jae ada problem?"Soal eomma lagi.

"Kamera Jae hilang.."Jawabku lantas mengeluh.

"Belilah yang lain.."Cadang Eomma dan aku menggeleng.

"Jae sayang kamera tu.Lagipun banyak gambar berharga dalam tu.."Ujarku perlahan.

Eomma mengangguk.

"Jae dah jumpa dengan 'dia'?"

Soalan eomma itu menyentakkan aku lantas aku menggeleng kepala kerana gagal mencari 'dia' sampai sekarang.

Lagipun aku hanya ada gambar 'dia' semasa 7 tahun.Kalau ikutkan sekarang, 'dia' sebaya dengan aku.Jadi susah untuk aku mengecam wajah 'dia'.

"Eomma ada gambar dia sekarang?"Soalku dengan harapan namun hampa bila dibalas dengan gelengan eomma.

[C] HER HEART ( 재민 )Where stories live. Discover now