HH17

227 43 17
                                    

Aku merakamkan gambar budak2 sedang gembira bermain di taman permainan.Aku tersenyum kecil.

Tiba-tiba mataku menjadi gelap.Aku cuba menyentuh mataku namun aku tersentuh satu tangan yang mungkin punca mataku menjadi gelap.

Aku tersenyum kecil apabila dapat mengenal pasti tangan siapa itu.

Aku menghalakan tanganku ke belakang dan mula menggeletek pinggangnya.

Gadis itu mengekek ketawa sambil cuba mengelak dari terkena dan akhirnya mataku menjadi jelas kembali.

Nara duduk di sebelahku dengan senyuman.Aku membalas senyumannya.

"Terima kasih sebab sudi terima saya walaupun bukan saya orang yang awak minat."Ujar Nara dengan senyuman manisnya.

"Siapa kata?Awaklah orang yang saya minat.Takkan saya nak berharap dekat tunangan orang.Mahu kena parang saya nanti.."Aku ketawa kecil.

"Saya sayang awak.."Ujar Nara.

"Saya sayang Czennies.."Ujarku selamba.

"Siapa Czennies?"Soal Nara pelik.

"Kucing saya.."Jawabku sambil cuba menahan tawa.

"Kejap..Awak mana ada kucing!!"Marah Nara sambil memukul lenganku.

Aku tergelak besar.

"Ya...Saya sayang awak.Saya bersyukur sebab saya dapat jumpa balik kawan lama dan sekarang dah jadi girlfriend saya yang cantik."Kataku disambut dengan tawaan Nara.

Aku tahu ia geli tapi itulah yang aku rasa sekarang.

BAHAGIA.

THE END ❐

[C] HER HEART ( 재민 )Where stories live. Discover now