HH10

157 41 2
                                    

Haera memerhati Nara dari jauh yang sedang sibuk membelek-belek sesuatu di tangannya.

Dia mendekati Nara yang duduk di bawah sebuah pokok yang rendang.

"Apa tu?"Soal Haera ingin tahu.

Nara mendongak memandang Haera dan memberikan isyarat agar Haera duduk di hadapannya.

"Sejak bila kau minat kamera ni?"Soal Haera lantas mengambil kamera dari tangan Nara.

"Bukan aku punya.."Nafi Nara lantas kembali mengambilnya dari pegangan Haera.

Haera berkerut dahi,pelik.

"Ada seorang lelaki tertinggal..Jadi aku bawak baliklah dan aku harap dapat jumpa balik dan pulangkan kamera dia ni.Tapi tak tercapai.."Ujar Nara lantas mengeluh.

Haera hanya mengangguk malas bertanya banyak.

"Aku nak tunjuk sesuatu ni.."Ujar Nara serba salah.

Haera mengangkat keningnya.

Nara menunjukkan  gambar yang dilihatnya daripada tadi kepada Haera.

Haera menutup mulutnya kerana terkejut.

Terkejut kerana wajahnya berada di dalam skrin kamera tersebut.

Banyak juga gambarnya yang dipercayai diambil secara senyap.

Haera mengeluh.

"Satu lagi aku nak tunjuk.."Ujar Nara lagi.

Haera kembali memberi perhatian kepada skrin kamera tersebut.

Matanya terbuntang sekali lagi.

[C] HER HEART ( 재민 )Where stories live. Discover now