HH7

170 42 4
                                    

Aku mengeluarkan kamera dari laci aku dan onn kan.

Aku meleretkan satu persatu gambar sehingga terhenti di wajah manis Haera yang sedang membaca buku.

Bukan aku tidak mahu meluahkan perasaan aku ini namun sifat pemalu aku menghalang untuk aku berbuat demikian.

Akhirnya,aku terpaksa meminatinya dalam diam.

Bagiku Haera seorang yang sempurna.Dengan wajahnya yang manis dan senyuman yang mampu membuatkan hati ramai lelaki cair.

Aku tersenyum dan meleretkan lagi gambar dan terhenti di satu gambar di mana seorang budak perempuan sedang tersenyum di hadapan kamera manakala aku tersenyum malu di sebelahnya.

Dialah kawan aku dari kecil namun kami terpaksa berpisah pada umur 7 tahun kerana ibu dan ayahku terpaksa berpindah ke Seoul.

Aku dalam usaha untuk mencari kawan lama aku yang sudah berjanji untuk berjumpa kembali.

Aku tunggu saat itu.

Aku tersenyum kecil lantas mematikan kamera aku dan menyimpannya di dalam laci.

[C] HER HEART ( 재민 )Where stories live. Discover now