Yunho dan Leena berada di bahagian barangan bayi. Mereka berdua bersepakat. Yunho mencari susu tepung manakala Leena mencari lampin bayi dan sedikit alatan mandi.
Yunho yang telah menjumpai susu tepung untuk Hyun Soo itu berlari anak lalu meletakkanya ke dalam troli. Dia ternampak Leena cuba untuk mencapai lampin bayi. Yunho tergelak kecil melihat Leena terjengket.
"Mari oppa tolong"
Yunho mengambil lampin bayi itu lalu diberikannya kepada Leena.
"Terima kasih,Yuyu oppa"
Leena berjalan ke arah troli dan meletakkan lampin itu ke dalam. Leena meminta senarai barang dari Yunho.
"Okey....semua barang dah beli. Jom,kita balik ke kereta" ujar Leena kepada Yunho.
"Jom. Hehe"
________
"Korang,ingat tak kita letak mana katil Hyun Soo?" Soal Yeosang. Ahli Ateez yang lain memandang ke arahnya.
"Kenapa?" - Wooyoung
"Seonghwa hyung ada hantar mesej kepada aku. Dia minta kita letak katil Hyun Soo dalam bilik Seongjoong. Hyun Soo tengah tidur sekarang"
San dan Wooyoung berpandangan sesama sendiri.
"Bukannya korang yang alihkan katil Hyun Soo?" Teka Mingi
"Memang kitaorang yang alihkan. Rasanya dalam bilik tu" kata San lalu dia berjalan ke arah satu bilik yang ada dalam asrama mereka,diikuti oleh Wooyoung.
San mengambil kunci untuk membuka pintu bilik itu.
"Ha! Itu pun dia" - San
"Mingi dengan Hoho tolong aku dengan San angkat katil ni. Yeo,tolong kemaskan tempat tidur Hyun Soo" Arah Wooyoung.
"Fuh dia punya mengarah tu" kata Mingi sambil berjalan ke arah Woosan. Jongho tergelak dengan kata-kata Mingi.
"Kan hyung" - Jongho
"Diam lah. Baik kita cepat. Nanti Hongjoong hyung balik dia marah kita pula" - Wooyoung
Mereka berempat menggunakan tenaga jantan mereka untuk mengangkat katil itu ke bilik Seongjoong. Yeosang membuka pintu bilik Seongjoong untuk mereka. Setelah itu,Yeosang mengambil tuala putih yang telah dibasuh untuk menjadi lapik tilam. Dia juga menukar sarung bantal Hyun Soo.
Mingi dan Yeosang membantu Jongho mencari mainan Hyun Soo yang disimpan di dalam satu bekas.
"Jumpa pun!" - Mingi
"Aku nak letak dalam katil Hyun Soo" Jongho merampas mainan itu dari Mingi.
"Hei! Hyung nak letak dulu!" jerit Mingi lalu dia mengejar Jongho. Yeosang sudah tergelak melihat si termuda itu mengusik Mingi.
YOU ARE READING
Oh, Baby! S2 [C]
FanfictionKehidupan Ateez kembali seperti biasa. Hyun Soo berada di Amerika bersama dengan ibunya,Shin Ah dan nenek angkatnya,Puan Im. Ateez juga rapat dengan keluarga kecil itu. Sehinggalah suatu hari,Shin Ah meminta izin Ateez untuk menjaga Hyun Soo selama...