Semua ahli Ateez telah lena diulit mimpi. Begitu juga dengan Hyun Soo. Namun,oleh kerana kehadiran satu aura yang tidak disenangi dirasakan oleh bayi itu, maka Hyun Soo membuka matanya dan di matanya itu dia melihat satu lembaga hitam melekat di atas penjuru siling bilik Seongjoong.
Lembaga itu mengukirkan senyuman ngeri dengan darah mengalir keluar dari mulutnya. Matanya berwarna putih dan diri hantu itu serba hitam. Jadi, Hyun Soo mula menangis.
Dek kerana tangisan itu, Seonghwa terjaga dari tidurnya. Dia melihat jam di telefonnya yang menunjukkan pukul 3.30 pagi.
"Hyun Soo,kenapa nangis sayang? Lapar ke?" Seonghwa bangkit dari katil dan mendapatkan Hyun Soo. Nak kata lapar, dah bagi dia minum susu sebelum tidur. Membuang? Seonghwa memeriksa lampinnya. Tak ada pun. Seonghwa terfikir mengapakah Hyun Soo menangis. Dia mendukung Hyun Soo dan mendodoinya.
Pada masa itu juga, Seonghwa sendiri berasa seram sejuk dan tidak sedap hati. Dia fikir dia tahu apa punca Hyun Soo menangis. Seonghwa melihat katil Hongjoong tapi tuannya tiada. Mungkin belum balik dari studionya.
Seonghwa berjalan ke arah katil dan menempatkan Hyun Soo di sebelah. Dia menepuk-nepuk lembut peha bayi itu sehingga Hyun Soo tertidur. Seonghwa juga sedang kawal rasa takutnya.
"Eh? Kau belum tidur?"
Seonghwa memandang Hongjoong dengan matanya yang bulat kerana terkejut. Hongjoong juga takut tengok Seonghwa begitu.
"Kenapa kau ni?? Dengan biji mata nak terkeluar"
"Nak masuk tu ketuk pintu dulu boleh?? Jangan buka dan tegur macam tu je" bebel Seonghwa dalam nada berbisik.
"Alah. Maaflah. Dah tu,kenapa tak tidur lagi?"
Tanya Hongjoong sambil mendekati katil Seonghwa. Katilnya itu menjadi katil Seonghwa buat sementara Hyun Soo ada bersama dengan mereka. Dia mencangkung."Tadi, Hyun Soo menangis. Aku terjagalah. Dia ingatkan dia membuang tapi bila periksa, tak dia tak membuang"
"Mungkin dia lapar?"
"Aku dah bagi dia minum susu sebelum tidur"
"Eh? Pelik"
"Cuma...entahlah. Masa tengah dodoikan dia ni, aku tiba-tiba rasa seram sejuk, Joong. Macam..."
"Eh dah dah. Fikiran kau je kot, Hwa" kata Hongjoong cuba menafikan Seonghwa. Padahal dia sendiri mula rasa takut.
"Aku rasa lah. Mungkin." - Seonghwa
"Tak ada apa-apa dalam asrama kita ni, Hwa. Biasalah bayi kan. Mungkin dia meragam tak ada sebab" kata Hongjoong lagi untuk buat Seonghwa tenang.
"Yelah...aku sambung tidur ya. Hyun Soo tidur dengan aku"
Hongjoong menganggukkan kepalanya. Dia terus menyiapkan diri untuk masuk tidur. Hongjoong naik ke atas dan mula tidur. Namun tiba-tiba
"Hongjoong~ Hongjoong~"
Hongjoong terus membuka matanya dan duduk dari pembaringan. Dia menggosok telinga kanannya laju dan memandang ke sekeliling.
"Siapa sebut nama aku tadi?"
"Hongjoong...kenapa?" - Seonghwa
"Eh? Tak-tak ada apa-apa hehe"
"Hmm? Ok..."
Hongjoong dengan rasa takut terus menyelimuti seluruh tubuhnya. Lama kelamaan dia pun mula lena.
________
"Selamat pagi dunia~"
San yang mengucapkan kata-kata itu ternampak Hongjoong berdiri menghadap tingkap ruang tamu dengan kedua-dua tangannya berada di belakang. San menjadi hairan.
YOU ARE READING
Oh, Baby! S2 [C]
FanficKehidupan Ateez kembali seperti biasa. Hyun Soo berada di Amerika bersama dengan ibunya,Shin Ah dan nenek angkatnya,Puan Im. Ateez juga rapat dengan keluarga kecil itu. Sehinggalah suatu hari,Shin Ah meminta izin Ateez untuk menjaga Hyun Soo selama...