Wooyoung yang terjaga pada tengah malam itu berjalan ke arah tandas. Sempat juga pemuda itu menguap kecil. Usai menggunakan tandas, dia melangkah pula ke arah dapur. Rasa dahaga lah katakan jadi dia mahu minum segelas air biasa.
Tiba di dapur, Wooyoung melihat Hongjoong bersama komputer ribanya. Nampaknya ketua itu sangat fokus pada monitor. Sehinggakan kehadiran Wooyoung tidak diketahui. Wooyoung pula berasa pelik dengan Hongjoong.
"Hyung?"
Hatinya berdebar. Hongjoong tidak menyahut. Wooyoung memanggil Hongjoong sekali lagi.
"Hyung"
"Hm?"
Wooyoung tersenyum dan menggosok dadanya dengan rasa lega. Dia terus meminum segelas air sehingga habis dan melangkah keluar. Namun, perasaan curiga Wooyoung pada Hongjoong tidak habis sepenuhnya.
"Aku,sambung tidur ya hyung. Jangan tidur lewat sangat"
"Hm..."
Wooyoung mula berasa cemas namun perasaan itu tidak dihiraukan. Dia berhenti di tengah ruang tamu untuk melihat waktu di jan dinding.
"Lah baru 1.30 pagi. Ingatkan dah lewat sangat"
"Saya dah balik~"
Wooyoung melihat ke arah pintu masuk asrama Ateez. Kelihatan Hongjoong yang baru sahaja balik. Mata pemuda itu membuntang dengan mulutnya sedikit ternganga.
"Hongjoong hyung..."
"Eh? Kau tak tidur lagi ke??"
Hongjoong melihat Wooyoung seperti tergamam memandangnya.
"Kenapa ni?? Ada sesuatu kat muka hyung ke??" Dan Hongjoong meraup wajahnya.
"Bukan...itu...kalau hyung baru balik...jadi tadi..."
Wooyoung lantas berlari semula ke dapur diikuti oleh Hongjoong. Hongjoong yang berada di dapur tadi sudah tiada.
"Kenapa ni??"
"Hyung. Aku baru je nampak hyung duduk kat dapur tadiiii"
"Apa kau cakap ni?? Hyung baru baliklah"
_________
Keesokan paginya
"Apa?? Kau pula kena??" - Mingi
"Iyalah. Siapa lagi yang aku nak sebut. Aku seorang je yang terbangun semalam sebab nak ke tandas. Nak minum air kat dapur. Nampak Hongjoong hyung dengan laptop dia. Aku panggil hmm dia jawab. Aku cakap aku nak sambung tidur dia jawab hmm sekali lagi. Cuma yang terakhir itu berbunyi menakutkan. Rendah nada suara dia."
Yeosang tergelak kecil.
"Kenapa gelak? Seram tahu?" - Wooyoung
"Aku tahu seram cuma bila kau sebut 'hmm' masa cerita tadi kelakar"
"Kau ni. Pula dah"
"Macam mana ni Joong? Kau pula dia menyamar" gelisah Seonghwa dengan perbuatan hantu tu. Suka pula jadi orang lain.
"Aku ada cakap dengan manager hyung kita semalam sebelum balik. Dia akan cari paderi untuk cuba halau benda itu malam ni juga"
"Bagus juga tu hyung. Lagi cepat lagi bagus" - Yunho
"Tulah. Kita kena utamakan keselamatan Hyun Soo dulu" kata Hongjoong sambil memandang Hyun Soo yang duduk di atas riba San. Bayi itu sedang bermain dengan alat permainannya. Awal benar Hyun Soo bangun. Ahli Ateez yang lain juga memandang bayi itu.
YOU ARE READING
Oh, Baby! S2 [C]
FanfictionKehidupan Ateez kembali seperti biasa. Hyun Soo berada di Amerika bersama dengan ibunya,Shin Ah dan nenek angkatnya,Puan Im. Ateez juga rapat dengan keluarga kecil itu. Sehinggalah suatu hari,Shin Ah meminta izin Ateez untuk menjaga Hyun Soo selama...