Ahad, hari yang ditunggu-tunggu oleh Minho. Jantungnya berdegup kencang. Hari ini dia akan melamar seseorang yang telah dicarinya sebulan yang lepas. Seorang yang membuatnya 'bahagia' tanpa disangka. Minho mencapai telefonnya lalu membuka aplikasi whatsapp.
Me: Sungie. I'm on my way. Are you ready?
Sungie: Yes. Awk dapat kan location saya hantar tu? Saya dah siap ni.
Me: Dapat2. Ok sayang. Kejap ya.
Sungie: (Emoji terkezut mata bulat).
Minho menghidupkan enjin keretanya lalu meluncur laju dari kediamannya menuju rumah buah hatinya.
Jisung gelisah, berdebar menunggu kehadiran Minho. Bang Chan menyedari sikap Jisung itu lalu menegurnya.
Bang Chan: Nak kemana? Wanginya.
Jisung: Hehe. Keluar.
Bang Chan: Dengan siapa?
Jisung: Errrr.....
Minho: Assalamualaikum, Sungie.
Bang Chan: Waalaikumussalam. Eh. Minho. Masuklah.
Minho: Eh takpelah. Saya nak jemput Sungie je ni.
Bang Chan: Sungie??? (Sambil memandang ke arah Jisung dengan senyum jahat). Oh i see. Ok2 Sila2.
Jisung pun mengambil begnya dan keluar mengikut Minho. Jisung terkejut melihat kereta Minho. Mercedez Benz A300 baiii.
"Kaya gila mamat ni. Bapak ahh!" omel Jisung sendirian.
Minho dan Jisung pergi meninggalkan rumah Jisung dengan kedua-duanya dalam keadaan yang berdebar. Btw. Bang Chan tahu apa yang jadi antara Jisung dengan Minho.
Minggu lepas.....
Bang Chan: Jisung. Kita dah berkawan lama. Sampai hati kau rahsiakan daripada aku.
Jisung: Rahsiakan apa?
Bang Chan: Siapa lelaki tadi? Hidung mancung, hensem, body dia nice jugak, tapi takleh lawan body aku lah.
Jisung: Adalah.
Bang Chan: Tengok tu. Beritahu jelah. Siapa?
Jisung: Ok2.
Lalu Jisung pun menceritakan apa yang terjadi antara mereka. Bang Chan mendengarnya dengan khusyuk dan tawaduk. Begitulah sifat dan pendirian Bang Chan. Dia bukan hanya seorang kawan yang baik malah boleh juga dijadikan abang, ayah dan kadang2 adik. Bang Chan terima Jisung seadanya. Sikapnya yang pelik, masaah kesihatannya, kecenderungan seksualitinya yang menyalahi fitrah, keadaan keluarganya, masa silam Jisung. Semuanya dia tahu. Walaupun begitu, Bang Chan masih berkawan dengannya. Menerima kebaikan dan keburukannya. Ramai orang salah anggap hubungan antara Jisung dan Bang Chan. Mereka menganggap Jisung dan Bang Chan adalah pasangan kekasih. Memang Bang Chan orang yang istimewa bagi Jisung. Tetapi.....