Sabtu, cuti hujung minggu. Jisung bersiap-siap untuk ke sebuah pusat membeli belah di bandar. Kawannya Bang Chan ingin turut mengikutnya. Sebenarnya dia pergi pun menaiki kereta Bang Chan, jadi sudah tentu Bang Chan perlu mengikutnya. Jisung berhasrat untuk membeli kasut disebabkan kasutnya untuk ke kelas sudah rosak.
Sudah seminggu semester baru bermula. Jisung kini pelajar semester 5 di kolejnya. Bang Chan juga merupakan rakan sekelas dan sefakulti dengannya. Tambahan lagi, Bang Chan merupakan kawannya dari sekolah menengah lagi. Oleh itu, mereka sangat akrab.
Sampai sahaja di mall itu, Bang Chan mencari tempat parking. Selepas parking dengan jayanya, mereka masuk ke mall seolah-olah banyak duit. Padahal duit yang ada tu hanyalah pinjaman dari ptptn. Mereka menuju ke kedai kasut dan melihat-lihat kasut yang ada disitu. Disebabkan Jisung seorang yang cerewet, satu mall dipusingnya untuk mencari corak dan warna yang sesuai. Akhirnya dia memilih kasut yang mula-mula dia tengok sebelum 10 kedai kasut yang telah dimasuknya. Bang Chan dengan sabarnya hanya senyum dengan seikhlas hati.
Sedar tak sedar sudah 2 jam mereka berjalan tawaf mall itu, Jisung mengadu lapar. Bang Chan pun mengajaknya makan di Pizza Hut, kerana itu restoran kegemaran Jisung. Jisung suka pizza dan kek. Jadi, selain Pizza Hut, tempat makan kegemaran Jisung yang lain adalah Secret Recipe.
Masuk sahaja restoran itu, pelayan menunjukkan tempat duduk. Berbelakangkan seorang lelaki yang makan seorang diri. Jisung melihat lelaki itu dari belakang. "Mesti handsome", bisiknya di dalam hati. Ya. Jisung seorang gay. Dia suka lelaki. Manakala Bang Chan, masih tertanya-tanya apakah kecenderungan seksualnya.
Mereka memesan menu kegemaran Jisung, spagetti bolognese dan pizza aloha chicken. Juga air lime kegemarannya. Setelah memesan order, mereka berborak sambil menunggu pesanan sampai.
Setelah makan, mereka bangun untuk menuju ke kaunter bayaran. Dalam masa yang sama, lelaki di belakangnya juga bangun dari tempat duduknya untuk membayar. Jisung terkejut, lelaki tersebut terkejut. Mata mereka bertentangan, automatik pipi Jisung bertukar kemerah merahan. Bang Chan melihat situasi yang canggung itu dengan perasaan curiga.
Jisung sedar dari lamunannya lalu segera berjalan menuju ke kaunter. Lelaki itu hanya melihatnya. Jisung menjadi semakin gelisah dan malu lalu menyerahkan kad debitnya ke Bang Chan. Bang Chan membayar sementara Jisung bergerak keluar dari restoran itu.
Setelah Bang Chan membayar, Jisung segera menarik tangan Bang Chan lalu berjalan dengan cepat. Tetapi bahunya ditepuk. Dia berhenti dan memusingkan kepalanya. Seperti sangkaannya, lelaki tadi yang menepuknya. Dia memegang beg yang berisi kotak kasut. Ya. Kasut milik Jisung. Disebabkan rasa malu dan terkejutnya, dia meninggalkan kasutnya di meja makannya tadi.
"Ni awak punya kan?" Tanya lelaki itu. "Ya". Jawab Jisung. "Ambillah. Awak tertinggal tadi. Pelayan tadi yang bagi". Kata lelaki itu. "Oh, terima kasih" kata Jisung lalu menyambut huluran beg diberikan lelaki itu. Jisung segera berpaling dan berjalan namun berhenti ketika mendengar, "Awak. Boleh saya cakap dengan awak sekejap?" Lelaki tadi berkata. Jisung memalingkan semula wajahnya ke arah lelaki itu lalu bertanya, "Pasal apa?". "Pasal... Kita." Jawabnya.
Bang Chan menyedari ada sesuatu yang disembunyikan antara Jisung dengan lelaki itu, lalu berkata, "Sung, cakaplah dulu. Aku pergi tandas sekejap." Lalu Bang Chan pergi ke tandas dengan segera meninggalkan Jisung dengan lelaki itu. Jisung terpinga-pinga kerana Bang Chan sanggup meninggalkannya dengan lelaki yang tidak dikenalinya. Maksudnya Bang Chan tak kenalnya. Namun Jisung mengenalinya.