9

260 6 0
                                    

Hari Sabtu, Jisung bangun awal walaupun hari ini dia tiada kelas. Jisung memasak nasi goreng untuk housematenya. Tak ramai. Cuma 4 orang sahaja serumah. 2 bilik. Jisung berkongsi bilik dengan Bang Chan, manakala kawannya Changbin dan Felix di bilik satu lagi. 

Selepas selesai memasak, dia makan dulu. Kalau tunggu semua bangun, memang tengahari lah baru dia sarapan. Seusai sarapan, Jisung hanya duduk di meja makan supaya nasi gorengnya dihadam dengan baik. Jisung teringat cincin yang diberikan Minho. Jisung pun pergi ke biliknya dan mengambil cincin itu di dalam laci meja soleknya. Selepas balik dari "date" dengan Minho haritu, dia terus mencabut dan menyimpannya. Bukan kerana tak sudi, tetapi risau kalau Bang Chan nampak. Dia juga risau kalau dia tak simpan, kemungkinan nanti cincin itu boleh hilang. Habis semua cincin yang Jisung pernah beli hilang. Sebabnya dia terlupa letak dimana. 

Jisung kembali duduk di meja makan tadi sambil membelek cincin itu sambil teringat kata-kata Minho kepadanya. "Cantik". Jisung terkejut. Tanpa disedari Bang Chan sudah berada di belakangnya. 

Bang Chan: Cincin baru beli ke?

Jisung: Ha! (sambil menyorokkannya). Haah!

Bang Chan: Yeke? Nampak mahal je. Berapa beli?

Jisung: Ha! hermm.... (sambil berfikir) 20 ringgit je.

Bang Chan. ohhhhhhh. (sambil buat muka mengejek).

Jisung cuba buat muka selamba tapi tak jadi. Lakonannya tidak menjadi. 

Bang Chan: Jisung. kau boleh beritahu aku. Jangan malu.

Jisung: Hurm. Oklah. Cincin ni Minho bagi.

Bang Chan: Dah agak dah. Dia melamar ke?

Jisung: Haah. Weh! Aku tak tahu nak buat keputusan macam mana.

Bang Chan: Apa kau rasa bila dengan dia?

Jisung: Aku tak rasa apa2 melainkan malu. Tapi bila dia dekat dengan aku jantung aku berdegup laju. Rasa nak meletup pun ada. 

Bang Chan: Itu maknanya kau suka kat dia.

Jisung: Tapi aku tak rasa macam tulah. Memang dia baik, handsome. Tapi kau tau lah perangai aku macam mana kan. Aku risau kalau dia betul-betul kenal perangai aku dia akan tinggalkan aku. Aku takut.

Bang Chan: Jisung. Dengar sini. Aku selalu pesan dekat kau kan. Jangan berfikiran negatif. Jangan ikut sangat apa yang kau fikirkan. Kadang-kadang kita kena ikut hati kita. Kalau betul dia tak dapat terima keadaan kau, maksudnya dia bukan yang terbaik untuk kau. Tapi bagi aku, dia terbaik untuk kau. Kau sendiri beritahu yang dia cari kau hampir sebulan. Dari situ aku nampak keikhlasan dia pada kau. 

Jisung: Hermmm... 

Jisung hanya terdiam, fikirannya masih bercelaru.

Jisung: Apa pendapat kau?

Bang Chan: Pendapat? 

Jisung: Ya lah, sebelum ni kan aku nak buat apa-apa keputusan aku tanya kau dulu.

Bang Chan: Jisung. Kita bukan macam dulu lagi. Ini soal hati dan perasaan. Kalau soal lain aku boleh tolong kau buat keputusan. Pendapat aku, kau ikut kata hati. bukan akal. Yang penting, apa sahaja keputusan kau, aku akan sokong kau.

Jisung: Okaylah kalau gitu. Thank you weh.

Bang Chan: Most welcome. Dahlah. Aku lapar! Kau masak apa?

Jisung: Nasi goreng.

Bang Chan: Wuu.. Bestnya. Untung Minho dapat isteri pandai masak!

Jisung: YAKKK!! Isteri apa nya?!

Bang Chan: Ok2. Sorry. Maksud aku, bakal isteri. Hahaha


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 25, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

UnexpectedWhere stories live. Discover now