Jisung menunduk wajahnya, malu untuk menatap wajah tampan itu. Namun lelaki itu tidak berhenti menatapnya sambil tersenyum. "Comel", katanya. Jisung semakin malu. Jelas diwajahnya merona merah. "Awak sihat?" Tanya lelaki itu. "Ya. Sihat. Awak?" Balas Jisung sambil cuba menatap wajah tampan lelaki itu. Lelaki tersebut senyum lalu berkata. "Sihat". "Awak nak cakap apa?" Tanya Jisung. "Awak nak cepat ke?" Pertanyaan dibalas pertanyaan. "Tak pun, tapi kesian lah kawan saya tu tunggu." Ujar Jisung sambil memandang ke arah Bang Chan yang duduk di bangku tidak jauh dari tempat mereka bercakap.
"Boleh tak kalau saya hantar awak balik nanti. Ada perkara saya nak cakap." Jisung terkejut dengan soalan yang ditanya. "Saya cuma nak bercakap je. Awak jangan risau. Percaya pada saya." Jisung diam seketika lalu berkata. "Awak cakap jelah sekarang. Saya tak selesa lah. Lagipun saya ada plan lain dengan kawan saya selepas ini." "Oh Yeke? Kalau gitu boleh tak kalau kita bertukar nombor. Perkara yang saya nak cakap ni penting. Please". kata lelaki itu. Hati Jisung luluh mendengar rayuan lelaki itu. Jisung berfikir seketika, "Yalah, bagi telefon awak."
Lelaki itu pun mengeluarkan iphone x miliknya lalu unlock dan memberikannya kepada Jisung. Jisung mendail nombor telefonnya lalu call. Tidak sampai beberapa saat, telefonnya berdering. Jisung mematikan panggilan dan memberikan semula iphone x itu ke pemiliknya. "Apa nama awak?" tanya lelaki itu. "Jisung". jawabnya lalu bertanya pula, "awak?". "Minho". katanya. "Sedap nama, setampan empunya." bisik hati Jisung. "Kalau begitu saya pergi dulu ya." kata Jisung. "Okay sungie", balas Minho sambil tersenyum manis. Wajah Jisung kembali memerah. Disebabkan malu dia pun segera beredar dari situ tanpa memandang wajah Minho. "Kenapa dia handsome sangat?" bisik hati Jisung.
Jisung berjalan dengan Bang Chan menuju ke kereta, tak terkira banyaknya soalan Bang Chan mengenai lelaki itu, tetapi Jisung hanya berdiam. Bukan kerana ingin berahsia tetapi dia masih dalam mood terkejut dan malu. Apabila tiba di kereta. Tiba-tiba notifikasi dari telefonnya berbunyi.
minho: Hati-hati balik. Take Care.
Jisung hanya membaca sambil tersenyum tetapi terlampau malu untuk membalasnya. Automatik ingatannya kembali kepada peristiwa yang berlaku 4 minggu lepas.