Minho: Han Jisung, will you be my boyfriend?
Jisung terkejut dengan tindakan Minho yang melutut di depannya. Jisung tengok ke kiri dan kanan jika ada pelanggan-pelanggan lain yang melihatnya. Mujurlah meja mereka jauh dari orang lain. Tiada yang melihat.
Minho: Sungie?
Jisung: Awak, saya tak tahu nak cakap macam mana. Saya terkejut.
Minho: Saya faham. Maaf buat awak terkejut macam ni. Tapi boleh tak saya tahu apa jawapan awak.
Jisung: Saya tak tahu. Saya baru kenal awak. Harini baru pertama kali kita keluar bersama. Saya tak tahu awak orang macam mana, kerja apa, background family awak. Kalau boleh kita kenal dulu.
Minho terdiam, jauh di dalam hatinya kecewa tapi betul juga kata Jisung, harini hari pertama mereka keluar bersama, tetapi Minho sudah melamarnya. Minho cuma tidak ingin kehilangannya lagi sekali. Selepas peristiwa sebulan lepas, Minho mencari Jisung dengan bermacam cara. Banyak app yg di download hanya untuk mencari Jisung. Blued, Tinder, Wechat, Bigo. Juga tidak menjumpainya. Pada hari mereka terserempak di Pizza Hut minggu lepas, betapa gembiranya hati Minho. Seolah-olah dia mendapat peluang kedua yang tidak disangkanya. So unexpected.
Jisung: Awak?
Minho: Ya.
Jisung: Saya bukan reject awak tau. Saya nak kita berkawan dulu, kenal hati budi dulu. Bila saya dah ready saya beritahu. Boleh?
Minho: Okay. Saya hormat keputusan awak. Tapi saya harap sangat awak terima saya.
Jisung: Okay. Boleh saya sambung makan kek ni? Kesian dia tunggu nak dihabiskan.
Minho: Haha. kek lagi penting dari saya ya?
Jisung: Hehe. Kek ni sedap.
Minho: Saya tak sedap? (Dengan muka jahat)
Jisung: Erk?
Secara automatik wajah Jisung memerah lagi. Dia malu kerana teringat peristiwa sebulan lepas.
Minho: Sungie..
Jisung: Ya?
Minho: Kenapa awak comel sangat?
Minho memang pandai memalukan Jisung. Wajahnya kini merah bak delima menahan malu.
Minho: Sorry-sorry. Saya suka tengok awak malu macam ni.
Setelah selesai makan, mereka bersetuju untuk pulang. Minho berat hati untuk melepaskan Jisung. Kalau ikutkan hati, dia ingin Jisung pulang kerumahnya, memeluknya sepenuh hati dan ingin melihat wajahnya ketika bangun tidur. Tetapi Minho juga menghormati pendirian Jisung, tidak adil baginya untuk mengikut kemahuan Minho.
Sepanjang perjalanan, mereka berborak sesama sendiri. Mereka bercerita mengenai diri masing-masing. Kini, Jisung sudah mengenali sedikit peribadi Minho dan sebaliknya. Bagi Jisung, Minho seorang lelaki yang kuat. Dia seorang anak bongsu dari 3 orang adik beradik. Abangnya sudah berkahwin dan menetap di negeri kelahirannya, Melaka. Kakaknya seorang doktor dan masih tidak berkahwin dan kini tinggal di Kuala Lumpur. Ibu bapanya sudah lama meninggal ketika umurnya masih 13 tahun. Neneknya yang menjaganya selama ini, tetapi neneknya sudah meninggal setahun yang lepas. Kini dia tinggal berseorangan. Menyewa di sebuah apartmen di Kota Bharu. Minho adalah seorang akauntan di salah sebuah syarikat yang besar di Kelantan. Single. Berumur 27 tahun.
Manakala Minho juga kini mengenali Jisung. Berumur 23 tahun, berasal dari Kuantan Pahang dan kini sedang menyambung pelajaran di salah sebuah universiti di Kelantan. Jisung menceritakan sedikit berkenaan keluarganya tetapi dia juga ceritakan hubungannya kurang baik dengan keluarganya setelah dia membuat keputusan untuk keluar dari sebuah institusi pendidikan guru 4 tahun yang lalu. Ibu bapanya ingin Jisung menjadi seorang guru, Jisung sendiri pun ingin menjadi seorang guru, tetapi disebabkan keputusan bodohnya ketika itu, semuanya hancur. Dan kini Jisung menyambung pelajaran hanya kerana ingin menebus kesalahan dirinya.
Banyak cerita yang mereka kongsikan hingga tidak sedar mereka sudah sampai di hadapan rumah Jisung.
Jisung: Terima kasih untuk malam ni.
Minho: Terima kasih juga sebab awak sudi keluar dengan saya.
Jisung: Sama-sama.
Minho: Sungie, sekejap.
Minho mengeluarkan semula kotak cincin dari poketnya.
Minho: Awak peganglah cincin ni. Ini cincin saya, cincin couple. Cincin awak ni awak pakai dulu. Itu tanda saya beri hati saya kepada awak. Tapi cincin saya awak pegang dulu. Bila awak dah bersedia untuk beri hati awak kepada saya, awak pakaikan cincin tu di tangan saya.
Jisung terpaku. Dia hanya memandang wajah Minho. "Betul ke lelaki ni bersungguh nakkan aku?" Jisung bermonolog dalam hati.
Minho menyarungkan cincin Jisung ke jarinya. Muat dan cantik ditangan Jisung. Jisung hanya melihat perbuatan Minho. Jujur di dalam hatinya dia terpaut dengan lelaki dihadapannya. Tetapi Jisung takut, untuk menerima orang semudah itu, biarlah dia fikir dulu sebaik-baiknya sebelum membuat keputusan.
Jisung: Terima kasih. Awak bersabar ya. Saya akan beritahu keputusan saya secepat mungkin.
Jisung memberikan senyuman yang sangat manis untuk Minho bagi melegakan keresahannya. Jisung tahu keadaan Minho, dia melihat Minho seorang lelaki yang baik yang mampu menjaga hatinya. Tetapi mampukah dia menjaga Jisung? Menjaga hati tak sama dengan dengan menjaga orang. Jisung sedar keadaan dirinya. Masalah peribadi yang disimpannya mungkin akan menyebabkan Minho tidak lagi menyukainya. "Patutkah aku beritahu dia?" Tanya Jisung pada dirinya sendiri.
Minho: Sungie? Are you okay?
Jisung tersedar dari lamunannya dan membalas soalan minho.
Jisung: Okay2. (sambil tersenyum)
Minho membalas senyuman Jisung. Jelas diwajahnya sebuah harapan yang tinggi untuk memiliki Jisung.
Jisung: Saya masuk dulu ya. Terima kasih lagi sekali.
Minho: Okay sayang. Selamat malam.
Jisung: Selamat malam juga. Hati-hati memandu.
Minho: Okay. Love You.
Jisung: Erk...
Jisung terdiam, wajahnya memerah. Dia menggaru-garu lehernya. Begitulah reaksinya apabila dia dalam kemaluan. Opss! dalam keadaan malu i mean. Ungkapan itu bebar-benar membuat hatinya berdegup kencang. Dia terus masuk kerumah kerana tidak mahu Minho menyakatnya lagi. Dia hanya melambaikan tangan tanpa melihat Minho.